*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~
Just to highlight again saranan di bawah:
Saya mencadangkan supaya para penyokong BA jangan
sekali-kali memakai t-shirt yang berlambangkan parti
masing-masing. Cukup memakai pakaian biasa sahaja.
KETIKA KEADAAN INI AMAT SUKAR UNTUK MENGENALI MUSUH
DALAM SELIMUT DAN GUNTING DALAM LIPATAN YANG
BERTINDAK SEPERTI MUSANG BERBULU AYAM !!
Election day: 29 November
Nomination day: 20 November
LAWAN, LAWAN dan LAWAN!!!
--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN
> KEADILAN
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> PESANAN PENTING ! AWAS DENGAN TAKTIK-TAKTIK KOTOR
> INI
>
> Saya telah mendapat maklumat dan ingin memberikan
> peringatan dan AMARAN KERAS kepada para penyokong
> Barisan
> Alternatif dan rakyat Malaysia amnya akan
> taktik-taktik kotor di bawah yang akan dicetuskan
> oleh Barisan Nasional dalam
> pilihanraya kali ini.
>
> 1. Mahathir akan gunakan isu PM bukan Islam yang
> disebut oleh TG Dato Nik Aziz baru-baru ini untuk
> menakut-nakutkan
> orang Melayu �kununnya� ketuanan Melayu akan lenyap
> jika dibiarkan PAS menang. INGAT�. JANGAN
> SEKALI-KALI
> TERPENGARUH DAN TERTIPU DENGAN PUTAR BELIT INI.
>
> 2. Perisytiharan Mahathir - Negara akan huruhara dan
> kacau bilau jika BA menang. Dalam Utusan Meloya
> hari ini (11
> November) Mahathir sudah membayangkan yang rusuhan
> pasti akan terjadi. Ini dilakukan dengan perbuatan
> provokasi oleh
> SB-SB polis dan SB UMNO dan daripada pasukan Gerak
> Gempur UMNO dengan menyamar sebagai �orang-orang BA�
> dan
> akan mencetuskan kekacauan di beberapa tempat
> khususnya Ibukota KL. Kekacauan dan rusuhan ini akan
> dibuat
> sungguh-sungguh sekiranya keputusan awal mendapati
> BA mendahului kemenangan pilihanraya pada 27 atau 28
> November ini.
> INGAT KEPADA SEMUA PENYOKONG BA�. Jika ada di
> mana-mana orang-orang yang cuba bertindak diluar
> tabie
> seperti mahu membakar bangunan, menyerang tempat
> ibadat dan bergaduh antara kaum Melayu, India dan
> Cina, segera
> bertindak dengan menangkap mereka. Ingat ! Jangan
> bertindak sendirian kerana risikonya tinggi.
> Bertindak dalam kumpulan
> yang agak besar. INGAT !! Ancaman huruhara ini
> merupakan suatu ugutan Mahathir kepada rakyat supaya
> menjadi gentar dan
> takut untuk mengundi BA kerana kununnya negara akan
> kacau bilau jika pembangkang menang.
>
> 3. Pasukan Gerak Gempur UMNO dan SB-SB mereka akan
> memakai t-shirt yang berlambangkan parti-parti
> Barisan
> Alternatif. Mereka-mereka ini akan cuba membuat
> provokasi dengan tujuan untuk menggugat ketenteraman
> awam dan
> seterusnya perisytiharan darurat sekiranya keadaan
> sudah tidak terkawal.
>
> Saya mencadangkan supaya para penyokong BA jangan
> sekali-kali memakai t-shirt yang berlambangkan parti
> masing-masing.
> Cukup memakai pakaian biasa sahaja. KETIKA KEADAAN
> INI AMAT SUKAR UNTUK MENGENALI MUSUH
> DALAM SELIMUT DAN GUNTING DALAM LIPATAN YANG
> BERTINDAK SEPERTI MUSANG BERBULU
> AYAM !!
>
> 4. Berikut saya perturunkan semula sekali lagi akan
> taktik-taktik kotor yang akan dilakukan oleh BN
> seperti yang didedahkan
> oleh seorang Hamba Allah yang menyokong perjuangan
> BA pada 15 Oktober lepas. Sila edarkan dan cetak
> seluas-luasnya dan
> beri penerangan kepada sekalian orang-orang kampung
> serta rakyat sekalian. SAYA MEMINTA AGAR SEMUA
> RAKYAT
> TIDAK TERPEDAYA DENGAN KERJA_KERJA KOTOR BARISAN
> NASIONAL DALAM PILIHANRAYA KALI
> INI.
> INGAT�SEMUA
> KERJA-KERJA KOTOR TERSEBUT BUKAN SEKALI-KALI KERJA
> BARISAN ALTERNATIF, TETAPI KERJA
> BARISAN NASIONAL. DAN AWASSLAH DENGAN MEREKA-MEREKA
> YANG MENYAMAR !!
>
> Antara Taktik Kotor Yang Bakal Dimainkan Oleh BN:
> JAHAT ITU SATU KEMESTIAN
>
> Saudaraku yang dihormati sekelian, Berikut adalah
> hasil keputusan mesyuarat sulit yang telah
> dijalankan oleh beberapa para
> konspirator @ diktator bersama unit gerak saraf
> UMNO/BN, unit risik 7, dan SB yang akan dipastikan
> 80 % penghasilannya
> akan membawa kejayaan. Antara lain tujuan yang
> paling utama ialah untuk memastikan kemenangan BN
> sewaktu pilihanraya
> nanti. Saudaraku, Tidak semua SB itu anjing
> Mahathir. Ada juga yang berhati insan. Ada juga yang
> berperikemanusiaan.
> Namun begitu penonjolan diri tidak perlu. Yang
> penting sekali adalah keikhlasan dan kejujuran dalam
> menangani yang mana
> benar dan yang mana salah. Berikut diperturunkan
> kertas kerja penghasilan keputusan mesyuarat
> tersebut.
> Objektif :
>
> A. AGAR RAKYAT MARAHKAN BARISAN ALTERNATIF (BA)
> B. PERPECAHAN TIMBUL DI KALANGAN BA
> C. KELAM KABUT BERLAKU DI PIHAK BA
> D. BA BERTINDAK BALAS HINGGA BERLAKU
> E. PERGADUHAN BERLAKU RUSUHAN KAUM YANG MEMBAWA
> KEPADA DHARURAT
>
> (1) Bendera dan poster Barisan Alternatif akan di
> tampal oleh puak BN di tempat awam dengan teknik
> penampalan yang
> menyusahkan orang awam.Contohnya, di tampal menutupi
> papan tanda. Tumpuan utama ialah lampu isyarat dan
> arah jalan.
>
> (2) Menampal sticker dan poster mini Barisan
> Alternatif di cermin hadapan dan belakang kereta
> orang ramai.
>
> (3) Menampal poster dan sepanduk di tempat ibadat
> semua kaum.
>
> (4) Menconteng secara grafitti dengan warna /logo
> barisan alternatif pada dinding rumah ibadat dan
> tempat awam serta papan
> tanda.
>
> (5) Mengedar gambar dan kartun lucah pemimpin wanita
> UMNOdan pemimpin UMNO agar rakyat menganggap ini
> angkara
> Barisan Alternatif.
>
> (6) Menabur surat layang yang keterlaluan dam biadap
> yang ditujukan pada pemimpin UMNO agar rakyat silap
> sangka ianya
> ditulis dan diedarkan oleh Barisan Alternatif.
>
> (7) Berkonvoi dengan sombong dengan kereta dan
> motosikal dengan memakai baju Barisan Alternatif dan
> bendera Barisan
> Alternatif agar imej BA dirosakan. Termasuk melalui
> mesjid di waktu solat sambil bersorak-sorak
> REFORMASI, Takbir !!
> semata-mata agar tuduhan dilemparkan kepada BA.
>
> (8) Mengupah tukang kacau dan tukang sorak diceramah
> BN agar rakyat menuduh ahli BA kaki kacau.
>
> (9) Mengoyak dan membakar poster dan billboard
> Barisan Nasional. Media akan memainkan peranan
> menuduh pembangkang
> main kotor.
>
> (10) Menyembur lembu dan kambing dengan logo Barisan
> Alternatif Agar BA dituduh zalim dan keterlaluan.
> Menyembur cat
> secara grafitti pada kereta orang awam dengan logo
> Parti Alternatif.
>
> (11) Meletakan kain pelikat murah dan lambang BA
> supaya rakyat tuduh BA ciplak BN dan ingin rasuah
> pengundi.
>
> (12) Menaikan sepanduk berbunyi " UMNO PARTI
> KAFIR!!". " UNDI PAS MASUK SYURGA! " "MAHATHIR
> FIRAUN " dsb. Dengan rakyat akan menuduh jelaslah
> memang satu komponen parti BA adalah ekstremis
> agama.
>
> (13) Mengedar surah Yasin berlogokan Barisan
> alternatif dan diedar dimesjid seluruh negara supaya
> rakyat tuduh BA sanggup
> mempermainkan agama.
>
> (14) Menconteng belakang bas-bas tempatan dan
> ekspress dengan kata-kata menghina Mahazalim dan BN
> semata-mata agar
> BA dituduh ekstrim.
>
>
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: simba jr <[EMAIL PROTECTED]>