Alhamdulillah, saat yang dinanti-nanti telah pun tiba. Inilah masanya untuk rakyat menghakimi dan menghukumi kezaliman dan kedurjanaan yang dilakukan oleh MAHAFIRAUN selama ini. Dosa-dosanya, khususnya kepada Agama dan umat Islam, cukup besar dan tidak boleh dimaafkan begitu sahaja. Penghinaannya kepada ULAMAK yang dinyatakan Rasulullah s.a.w. sebagai pewaris Nabi menunjukkan bahawa MAHAFIRAUN telah menunjukkan kebiadabannya kepada Allah s.w.t. Alhamdulillah, ramai ulamak telah pun turun mengatur langkah bagi melakukan jihad menumpaskan MAHAFIRAUN. Mereka bukan menggunakan kekerasan; sebaliknya melalui pilihanraya. Satu negeri yang sah akan jatuh ke tangan Barisan Alternatif (khususnya PAS) ialah Perlis. Laporan yang diterima menunjukkan bahawa harapan Barisan Alternatif untuk memerintah Perlis cukup cerah, Untuk menang dengan majoriti mudah (simple majoriti), Barisan Alternatif perlu memenangi 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dan 10 kerusi bagi majoriti dua pertiga. Antara kawasan yang sah akan jatuh ke tangan Barisan Alternatif ialah N13 - Guar Sanji, N15 - Sanglang, N5 - Santan, N6 - Bintang, N10 - Kayang dan N14 - Simpang Empat, N4 - Mata Ayer dan N7 - Sena. Dengan menawan 8 kawasan ini, Barisan Alternatif akan dapat membentuk kerajaan negeri Perlis dengan majoriti mudah. Selain itu, beberapa kawasan lagi juga dilaporkan akan jatuh ke tangan Barisan Alternatif. Ini termasuklah N12 - Tambun Tulang, Hanya satu kawasan sahaja di Perlis yang boleh dianggap selamat bagi Barisan Nasional iaitu N11 - Pauh. Ini kerana 27% pengundi kawasan ini adalah bukan Melayu dan berkecenderungan untuk menyokong parti MAHAFIRAUN. Bagi rakyat Perlis, pilihanraya kali ini ialah pertarungan antara ULAMAK DAN ISLAM menentang MAHAFIRAUN DAN GOLONGAN SEKULAR yang menentang Islam. Walaupun kita diajar untuk bekerja kuat bagi memastikan kemenangan, marilah kita bersama-sama menadah tangan kepada Allah s.w.t. berdoa agar golongan yang memperjuangkan Islam diberikan kemenangan. Insya-Allah, dalam masa beberapa minggu lalu, Perlis akan mendapat Menteri Besar baru. YAB Dato' Dr Haron Din akan menggantikan Sahidan Kasim. Allahu Akbar! Oleh: Pak Long |
