|
Berita jam 6 11/11/1999 adalah dirujuk; antara lain pembaca berita mengatakan " tempoh jawatan mereka tamat apabila Parlimen dibubarkan ", sambil merujuk kepada jawatan yang disandang oleh ahli politik sepertimana yang telah diperuntukan oleh perlembagaan Negara. Maksudnya, selesai saja pembubaran Parlimen, taraf semua parti politik terhadap undang-undang dan perlembagaan adalah sama, samada ianya UMNO(baru), MCA, MIC, PAS, keADILan, PRM, DAP, PPP dan sebagainya adalah serupa. Mereka tidak boleh bahkan haram menggunakan harta negara di dalam berkempen. Bagi yang selama hampir lima tahun lalu asyik dengan mikropon Jabatan Penerangan sekarang sudah tidak layak lagi mengarahkan juruteknik di jabatan berkenaan untuk memasang mikropon bagi mereka bercakap. Jabatan Penerangan pun kena perihatin dan faham akan tanggungjawabnya sebagai badan kerajaan yang menjaga harta benda supaya jangan disalah pakai oleh orang lain. Pegawai Tadbir di jabatan penerangan juga kena faham bahawa mereka tidak bertanggungjawab lagi kepada Aziz Shamsuddin dan Khalil Yaakub. Mereka berdua sekarang tidak ada apa-apa kaitan tugan dan tanggungjawab lagi dengan Kementerian Penerangan. Walaupun Aziz Shamsuddin dilantik saat-saat terakhir di Kementerian Penerangan, tetapi aplikasi undang-undang sudah menetapkan selepas Parlimen dibubarkan, mereka sudah tidak ada autonomi lagi di Kementerian berkenaan. Kereta-kereta kerajaan juga sudah tidak boleh dinaiki lagi oleh semua yang bergelar yang menjadi ahli di dalam Parlimen. Pemandu-pemandu kerajaan juga tidak bertanggungjawab lagi kepada susunatur aktiviti mereka. Selama menunggu Pilihanraya, pemandu-pemandu kerajaan yang sebelum ini bertugas itu bolehlah rehat. Mereka mesti kena pastikan kereta kerajaan tidak dipakai oleh orang politik. Pemandu kerajaan kena faham keadaan ini. Tak kira siapa pun, Tok Guru Nik Aziz pun jangan bagi guna kereta kerajaan Negeri Kelantan. Mahathir jangan bagi guna kereta di JPM hak kerajaan dan begitulah seterusnya. Pembantu Penerangan terutamanya adalah badan yang dijadikan oleh UMNO(baru) sebagai kakitangan mereka. Terutamanya yang bertugas di daerah-daerah, mereka tidak terlepas tanggungjawab untuk membebaskan diri mereka dari menjadi ahli politik. Mereka kena pastikan semua alat pandang dengar yang ada di jabatan penerangan itu tidak disalah guna oleh parti politik untuk kempen politik mereka. Banyak lagi sebenarnya yang boleh dinyatakan, balairaya yang dibuat dengan menggunakan wang kerajaan negeri juga tidak boleh dijadikan tempat kempen dan ceramah politik oleh sesiapa pun. Balairaya dibuat dari wang kerajaan dan bukannya wang parti. Masjid boleh guna untuk mana-mana parti politik. Mereka boleh menjadikan masjid tempat untuk bercakap benar dan mengajak orang mendekati Allah dan mengeruni kebesaran Tuhan. Mereka boleh mengunakan masjid untuk bersembahyang hajat dan meminta doa supaya parti mereka akan menang. Kalau UMNO(baru) nak buat tak apa. Pas nak buat tak apa juga. Mana-mana parti politik boleh menggunakan masjid untuk mengajak orang menentang kezaliman, menuntut keadilan dan menentang perkara mungkar. Akhirnya, selepas Parlimen dibubarkan, Panggilan yang memberi maksud jawatan di dalam Parlimen dan kerajaan sudah tidak boleh di pakai lagi oleh mana-mana pihak. RTM, TV3, NTV7, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah dan media yang lain sudah tidak boleh memanggil Abdullah Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia atau Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seumpamanya kepada orang lain. Harta benda kerajaan juga sudah tidak boleh digunakan lagi oleh mereka semua. Rakyat Malaysia seluruhnya kena perhatikan perkara ini. Tolak mana-mana pihak yang menggunakan harta benda kerajaan Malaysia. Kalau boleh dan apabila kena gayanya, adukan kepada Polis dan Dakwa di Mahkamah kepada penyalahgunaan harta kerajaan itu. Perhatikan!. Sekian muramozi |
