*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamu'alaikum.

Kebanyakan kita mungkin lebih memikirkan soal kemungkinan pemimpin Barisan 
Alternatif akan dicekup. Tetapi, mungkin tidak ramai yang bersedia untuk 
menerima kenyataan bahawa Mahazir Co. telah memancing beberapa pemimpin 
dalam KeADILan dan PAS.

Akan tersiar tidak lama lagi mengenai seorang pemimpin parti KeADILan yang 
meninggalkan BA. Selepas itu, akan dituruti pula oleh beberapa ahli pemimpin 
BA yang lain. Mereka ini telah diumpan sekian lama, dan beberapa antara 
mereka telah dipancing. Beberapa lagi yang lain sedang cuba bertahan di 
dalam barisan perjuangan BA.

Nama Nasution dan Ezam adalah antara yang disebut-sebut akan keraguan 
kesetian mereka. Sejak Ezam pulang ke tanahair pun, sudah tersoal cara 
beliau pulang dengan begitu mudah. Malah, banyak daripada tindakan beliau 
tidak merujuk kepada kepimpinan KeADILan. Ini amat membimbangkan kepimpinan 
KeADILan, malah mencurigakan.

Lihat kepada cara Mahazir membubarkan Parlimen dalam jangka waktu yang 
singkat ini, sudah pasti dia telah memastikan sesuatu perancangan licik. 
Mungkin umpan-umpannya telah terkena, maka sebab itu dia kelihatan lebih 
yakin untuk menghadapi pilihanraya.

Kita sebagai pejuang-pejuang Islam mempunyai Allah. Maka, kepada Allah lah 
kita kembali memohon pertolongan. Kelebihan Muslimin adalah mempunyai doa 
sebagai senjata. Dengan itu, berdoalah kepada Allah semoga barisan 
perjuangan BA tetap utuh dan kukuh, dan pejuang-pejuang kita tetap di dalam 
barisan mereka. Insya'allah.

Kalau sebelum ini kita berhimpun di masjid-masjid untuk menunaikan solat 
Hajat beramai-ramai untuk Anwar, maka kini sampai pulak masa untuk kita 
laksanakan solat Hajat untuk pemimpin-pemimpin BA supaya mereka tetap cekal 
dan tetap setia dalam perjuangan ini.

Bantulah pemimpin-pemimpin dalam BA, dan bantulah mengkuatkan semangat 
mereka supaya tidak meninggalkan barisan perjuangan mereka.

                "... UNDILAH BARISAN ALTERNATIF ... "

Sekian, wassalam.



>From: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Penangkapan Pemimpin KeADILan Dan PAS!
>Date: Thu, 11 Nov 1999 09:33:18 +0800
>
>
>
>Assalammualaikum,
>
>Adalah dimaklumkan bahawa kemungkinan besar bahawa beberapa tokoh
>kepimpinan KeADILan dan PAS akan ditahan.
>Antara yang telah dikenalpasti adalah Sdr. Ezam Md. Nor, Sdr. Azmin Ali dan
>Ust. Badrul Amin. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menimbulkan
>rasa marah penyokong Barisan Alternatif yang mana mereka akan menjangkakan
>bahawa penyokong akan menimbulkan kekacauan dan memaksa kerajaan
>mengistiharkan darurat.
>
>Saya dengan ini meminta semua pimpinan Bahagian dan Cawangan Barisan
>Alternatif agar mengawal semua pergerakan ahli supaya bersabar dan jangan
>menimbulkan sebarang alasan bagi mereka untuk memerangkap kita. Bertindak
>dengan bijak dan jangan mengikut perasaan. Mungkin inilah masanya mereka
>akan menyarung T-Shirt yang berlambangkan KeADILan dan PAS dan membuat
>kekacauan. Berhati-hatilah.
>
>
>
>Salam Reformasi.
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke