*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
One thing is PARTI SOSIALIS MALAYSIA  the same party
as Parti Rakyat Malaysia ? If it is ,it has got my
full support.Please some one from this newsgroup
conform this.

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) ISTIHAR BERTANDING DALAM
PILIHANRAYA UMUM KE - 10
 
 
Pengenalan
Kami dari Parti Sosialis Malaysia(PSM) dengan penuh
kesedaran dan tanggungjawap ingin menawarkan diri
bertanding di dalam Pilihahanraya ke-10 ini.
 
Perkhidmatan kami kepada masyarakat sudah menjangkau
lebih 20 (dua puluh) tahun dan melibatkan permasalahan
pekerja-pekerja dari pelbagai sektor seperti
perladangan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan,
termasuklah masalah perumahan, peneroka pandar,
kesihatan, penubuhan kesatuan, penganiayaan dan
sebagainya. Kami juga pernah mendedahkan konspirasi
mengabai, menghina dan menindas pekerja oleh
pihak-pihak yang berkuasa dan berharta.
 
 
Rakyat adalah Pekerja
Kami menganggap sebahagian besar rakyat yang produktif
adalah pekerja dan mereka yang tidak bekerja seperti
kanak-kanak, belia dan wargatua mengharapkan kepada
mereka yang bekerja untuk menampung kehidupan mereka.
Kami juga menganggap bahawa selagi seseorang itu
menggunakan peralatan majikan untuk bekerja dan
mendapat gaji atau diberi ganjaran hasil dari tenaga
mereka sendiri, selagi itulah orang ini di anggap
sebagai seorang pekerja. Mungkin mereka bertaraf
pekerja bawahan, pekerja menengah dan pekerja atasan,
namun di dalam definasi ini mereka tetap  dianggap 
sebagai pekerja.
 
Sistem Kapitalisma Membawa Kehancuran
Kami berpendirian bahawa pencubaan untuk menyelesaikan
isu-isu semasa dan pada masa-masa lalu, tidak berkesan
kerana penyelesaian adalah berdasarkan kepada usaha
�menyembuh gejala-gejala penyakit tetapi bukan
penyakit itu sendiri � (�curing the symptoms but not
the disease itself �). Pendek kata kita cuba mengatasi
gejala-gejala kapitalisma (seperti nepotisma,
kronisma, korupsi, amalan diktator, penindasan dan
salahguna kuasa yang menghancur kemanusiaan dan
persekitaran) tetapi tidak mempertikaikan lagi sistem
kapitalisma yang membiakkan segala keburukan ini. Maka
kita sudah menerima acuan sistem kapitalisma ini
sebagai satu hukum alam atau sebagai naluri kehidupan.
Sosialis
menentang pendirian ini. Selagi kita tidak
mempertikaikan sistem kapitalisma ini selagi itulah
hidup kita berfoya-foya seperti golongan hipokrit yang
akan menyembah sesiapa saja asalkan mendapat ganjaran
tertentu.
 
 
 
 
Matlamat Sosialis
Sosialis bertujuan untuk bersama dengan rakyat
mewujudkan suatu keadaan di mana kemanusian menjadi
teras kepada pembangunan dan sentiasa menyanjung
ketulenan keadilan, kebebasan serta demokrasi. Kami
pula akan bekerjasama (terhad atau berterusan) dengan
sesiapa saja untuk mencapai matlamat ini.
 
 
Mengapa Kami Bertanding ?
 
1. Kami sedar isu-isu rakyat tidak boleh dipisahkan
daripada perjuangan politik. Walaupun masyarakat
mengalami pelbagai masalah sosial dan ekonomi namun
penyelesaian adalah biasanya penyelesaian politik.
Perjuangan rakyat yang diceburi oleh ahli-ahli PSM
kini sudah sampai ke tahap yang matang. Sudah sampai
masanya kita turun ke gelanggang politik untuk
memperjuangkan masalah dan hak rakyat.
 
2. Kami telah mengharungi pelbagai cabaran semasa
menangani masalah masyarakat yang tertindas dan isu
yang sering timbul adalah konspirasi dan salah guna
kuasa oleh pemimpin politik, badan-badan kerajaan,
pihak keselamatan, pemaju, kehakiman dan lain lain
lagi. Kami sedar bahawa sekiranya kami tidak
mempertikaikan undang-undang yang kejam yang
diluluskan di Parlimen selagi itulah rakyat akan
menerima padah undang- undang tersebut. Kerana ramai
yang berselindung di balik undang-undang ini. Kami
akan mengutarakan dan mempersoalkan isu-isu asas dan
pokok di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
 
3.  Di samping itu tahap perjuangan kami sentiasa
berkembang mengikut perkembangan semasa dan penyertaan
di dalam pilihanraya adalah satu usaha di antara
berbagai usaha PSM untuk berkhidmat kepada masyarakat.

 
Prestasi Golongan Sosialis
 
Prestasi kami memperjuangkan masalah masyarakat yang
tertindas adalah memuaskan.  Ada kalanya kami ditahan
dan didakwa kerana kami
mempertikaikan keganasan dan penyelewengan.  Kami pula
tidak
dikongkongi oleh isu perkauman dan keagamaan kerana
kami berpendirian bahawa semua golongan miskin harus
dibantu dari segi kebajikan dan peluang untuk
berdikari.  Rakyat berbilang kaum dan agama adalah
keistimewaan kita, maka itu kita harus menggemblingkan
keunikan ini untuk menyatu-padukan rakyat agar mereka
tidak ketinggalan di dalam arus kemajuan negara.
Justeru itu kami tidak gentar kepada perubahan dan
sanggup mengundurkan diri sekiranya tindakan kami ini
akan
menguntungkan rakyat jelata.
 
 
 
Kami yakin terhadap kemampuan kami dan mempunyai
keazaman serta prinsip yang tinggi apabila menangani
masalah rakyat di semua lapisan
masyarakat kerana kami tidak membenarkan sesiapa
menindas sesiapa jua, tidak kira kaum, agama dan
darjat. Kami juga berkemampuan mendedah mengheret
sesiapa saja ke mahkamah atau tempat-tempat lain
sekiranya mereka menderhaka kepada rakyat.
 
SOKONGKAN DARI RAKYAT
Kami memang menghadapi kekurangan wang dan tenaga
kerja dan ingin mengambil kesempatan ini untuk merayu
kepada masyarakat umum untuk mendapat bantuan ikhlas
agar dapat kami memperjuangkan mereka yang tertindas
dan memerlukan pembelaan di peringkat yang lebih
tinggi lagi. Golongan sosialis adalah golongan yang
berprinsip dan berpegang kepada amanah rakyat.
Kebanggaan sosialis pula adalah apabila rakyat jelata
dapat menikmati kekayaan negara, mengembangkan potensi
masing-masing dan tidak dianiayai oleh mana-mana
pihak.  Selagi ada sistem yang menindas selagi itulah
sosialisme berkembang menentangnya.
 
 
 
 
Dr. Mohd. Nasir Hashim
Pengerusi Protem
Parti Sosialis Malaysia
 
5hb. November 1999


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Rashid ahmadinin <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke