*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum wbt,

 Ciri-ciri isteri yang baik menurut Islam.

 Isteri yang  baik secara total akan mudah melahirkan
rumahtangga
 bahagia tetapi sebaliknya isteri yang tidak memahami
akan
 tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan
rumahtangga yang
 kucar-kacir.

 Kita sedar dan faham rumahtangga yang bahagia lahir
daripada isteri
 yang soleh, jiran yang baik dan kenderaan yang
sempurna. Dan wanita
 adalah penentu buruk baik sesebuah masyarakat.
Manakala masyarakat
 yang baik pula lahir daripada rumahtangga dan
keluarga yang bahagia.

 Wanita dengan sifat kehalusan yang dianugerah oleh
Allah s.w.t.
 bersesuaian sekali sebagai pengasuh, pendidik
anak-anak, pembimbing
 dan juga penghibur hati suami.

 Daripada sifat semula jadi dengan kehalusan ini jika
dididik dan
 diasuh serta dihalusi hatinya sejak awal-awal agar
kematangan
 berfikir dan tingkah laku yang mulia sebagai
persiapan seorang isteri
 yang soleh, sudah pasti berhasil.

 Rumahtangga bahagia boleh diasaskan oleh isteri
akhlakul karimah
 perlulah memenuhi tanggungjawab yang digariskan dalam
tuntutan yang
 pembetukan rumahtangga yang bahagia. Tanggungjawab
ini perlulah
 benar-benar difahami, dihayati dan dilaksanakan agar
cita-cita untuk
 melahirkan rumahtangga bahagia terhasil.

 1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul

 Ketaatan kepada Allah akan jelas dilihat dari segala
perintah dan
 larangan yang telah ditetapkan dipatuhi dengan
sesungguhnya. Perintah
 dan larangan ini tergambar dengan jelas sebagaimana
yang dibawakan
 oleh Rasulullah s.w.a. Ketaatan yang tidak berbelah
bagi dengan
 sendirinya kan melahirkan disanubari perasaan kasih
kepadanya.

 Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 24 yang
bermaksud. "Katakan:
 Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu,
isteri-isterimu,
 kaum keluargamu, kekayaan yang kamu peroleh,
perniagaan yang kamu
 khuatiri akan rugi dan tempat tinggal yang kamu
sukai; kalau semua
 itu kamu cintai lebih dari Allah dan Rasulnya dan
dari berjuang di
 jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan
perintah-Nya. Dan
 Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang
fasik."

 Jelas kepada kita bahawa ketaatan kepada Allah s.w.t.
akan menelurkan
 kasih dan cinta yang tidak ternilai di sisi manusia.
Ketaatan dan
 cinta kepada Allah ini bukanlah mudah diperolehi
sekirannya
 persediaan kearah itu disambilewakan.

 Pendidikan jiwa supaya beriman sesungguhnya kepada
Allah dan
 Rasul-Nya, perlulah dididik sejak awal lagi. Didikan
ini akan menjadi
 benteng dan memahami akan batas-batas yang dilarang
dan dibolehkan
 dalam ugama. Keimanan yang kukuh, perbuatan yang
soleh dan mengikut
 ketetapan yang ditentukan dengan sendirinya secara
mudah akan dapat
 melawan hawa nafsu lahiriah dan bathiniah.

 " Dan kalau kamu hitung nikmat Allah, niscaya tidak
dapat kamu
 menghitungnya.," An-Nahl ayat 18. Daripada rasa
kenikmatan yang
 diberikan oleh-Nya yang tidak terkira akan memahami
betapa hamba
 sangat-sangat memerlukan kepada Khaliknya. Sifat
ihsan dengan sendiri
 mengonkong diri insan; kerana sifat wanita biasanya
tidak akan puas
 dengan panorama duniawi.

 2. Akhlak mulia dan sempurna sebelum kecantikan

 Kita fahami bahawa Allah tidak memandang paras rupa
(kecantikan)
 sesaorang tetapi akhlak yang mulia menjadi nilaian
yang kukuh
 disisiNya. Akhlak mulia dan sempurna menjadi pakaian
yang kekal
 manakala kecantikan akan luntur dimakan atau dimamah
usia. Tetapi
 kiranya kecantikan ini dapat diadunkan dengan akhlak
yang mulia sudah
 tentu ia adalah pilihan utama setiap insan.

 Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik perlulah
dididik dan
 diasuh dengan nilai-nilai yang begitu rupa agar
meninggikan lagi
 taraf kamanusian dan sekaligus membezakannya dengan
sifat kehaiwanan.

 Isteri yang berakhlak mulia dengan mudah dapat
memahami akan
 bentuk-bentuk pakaian yang harus dikenakan pada
tubuhnya dalam
 keadaan tertentu; dapat mengawal perkataan-perkataan
yang maaruf
 ketika berbicara dan mengetahui akan batas-batas
bergaul sesama
 rakan, suami, keluarga dan juga saudara-mara yang
lainnya.

 Di samping itu segala tindakannya mempunyai perbezaan
dengan wanita
 yang tidak soleh. Ia tidak gemar membeli tanpa izin
suaminya, apatah
 lagi penjualan dengan cara berhutang sepertimana
kaedah sistem belian
 pati yang berluasa sekarang. Ia lebih mirip kepada
kemaksiatan
 daripada yang maaruf.

 Juga tidak bertindak menggunakan harta dan wang suami
tanpa izinnya.
 Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang
maaruf
 sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian;
Rasulullah
 menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang
berhajat sahaja.
 Isteri yang soleh juga akan mudah mengawal harta
benda suami ketika
 ketiadaan-Nya

 3. Mengambil berat kewajipan rumahtangga dan berusaha
memperbaikinya.

 Wanita yang telah dididik sejak awal-awal lagi dengan
akhlak yang
 mulia secara matang mengetahui akan persediaan
berumahtangga dan
 memahami kewajipannya memperbaikinya dari masa ke
semasa dengan patuh
 dari tunjuk-ajar suaminya.

 Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang
diriwayatkan oleh
 Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu
sebaik-baik benda yang
 disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila
suaminya melihat
 kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan
dia, taatlah ia
 padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan
memelihara nama
 baik suaminya."

 Dari hadith di atas jelaslah kepada kita ukuran
seorang isteri yang
 baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam
segala bidang;
 ketaatan yang tidak berbelah-bagi asalkan yang
diredai Allah s.w.t
 dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya
ketika
 ketiadaannya.

 Ketaatan dan kepatuhan ini akan memudahkan penerimaan
hidayah Allah
 s.w.t dan ketenangan hati suami dalam menjalani hidup
berumahtangga.
 Dan sekaligus seolah-olah menjadi suatu simpanan yang
sangat berharga
 bagi seorang lelaki berumahtangga apabila memiliki
isteri yang baik
 budi pekerti atau perangainya dan mampu mengendalikan
rumahtangga
 dengan baik.

 Walaupun di dalam Islam tanggungjawab di dalam
rumahtangga seperti
 menjaga anak-anak dan memasak serta lain-lain tidak
diwajibkan
 sepenuhnya kepada isteri tetapi isteri yang soleh
merasakan
 tanggungjawab ini biarlah ia yang menanggungnya.
Kerana ia tidak mahu
 tangan orang lain mendodoikan anaknya ketika hendah
tidur; tidak mahu
 tangan lain memasakkan makanan suaminya atau
sebagainya dan memahami
 tugasnya adalah melayani suaminya semata-mata.

 Isteri yang soleh sungguh cekap dan teratur melayani
suaminya menjaga
 dan mendidik anak-anak, menyediakan makan minum
keluarga, mengemas
 tempat tinggal dengan rapi dan lainya. Sedaya upaya
berusaha
 memperbaiki kewajipan yang telah diamanahkan oleh
suaminya.

 Isteri yang begini akan melahirkan rumahtangga yang
tenteram, riang
 gembira dan menjadi rumahtangga contoh dalam
masyarakat. Begitulah
 yang dikehendaki dalam Islam.

 4. Malu dan taat

 Sifat malu sememangnya lumrah bagi seorang wanita.
Malu seorang
 isteri adalah hormat dan taat yang sebenarnya kepada
suaminya, selagi
 suaminya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

 Isteri akan diam semasa suami bercakap, membenarkan
kata-katanya dan
 menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh
juga diadakan
 tetapi ia perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu
berakal pendek
 walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan
yang mengikut
 nafsu syaitan dan sikap memberontak, menangi dan
menghentak-hentak
 kaki yang akhirnya akan memporak-perandakan
rumahtangga.

 Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan
Ibnu Majah
 mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu
berpesan-pesan kepada kaum
 wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka
itu tawanan bagi
 kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada
mereka itu
 selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu
 mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang
nyata. Maka jika
 mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah
kamu tinggalkan
 tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak
menyakitkan. Kemudian
 bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu
cari jalan yang
 bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada
mereka. Ketahuilah,
 sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas
isteri-isterimu, dan
 isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula.
Adapun kewajipanmu
 (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu
janganlah
 menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak
kamu sukai, dan
 mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu
tidak sukai
 masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas
kamu ialah
 bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu
dalam urusan
 pakaian dan makanan mereka."

 Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan
taat kepada suami
 masing-masing adalah perkara penting di dalam
pergaulan
 berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal
agar jangan
 sampai berlaku yang tidak sesuai denga kewanitaannya
dan dilarang
 oleh agama.

 Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan
meghormati
 suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda
Allah s.w.t
 jua; dan murka suami bererti murkalah Allah
kepadanya.

 5. Mulia dan hormati ahli suami dan kerabatnya

 Bermula selepas ijab & qabul, tugas dan tanggungjawab
ibu bapa selama
 ini berpindah secara automatik ke bahu suami
sepenuhnya. Dan sebagai
 seorang isteri, suamilah tempat ia bergantung kasih
sayang.

 Oleh itu tidak syak lagi seorang isteri itu
menghormati akan
 ahli-ahli (adik-beradik) suami, saudara-mara dan
kerabatnya mengikut
 batas yang tertentu. Dan perhubungan dan pertaliannya
mempunyai had
 dan batas yang dibolehkan di dalam Islam.

 Kedatangan mereka terutama ibu bapanya perlulah
disanjung dan
 hubungan ini perlu dititik-beratkan. Ada di kalangan
keluarga Islam,
 perhubungan antara suami dan ibu bapanya renggang
disebabkan oleh
 sikap isteri yang tidak menyenangkan orang tua suami.

 Kadangkala isteri itu meminta barang-barang keperluan
yang tidak
 dimampui oleh sisuami hingga membabitkan keluarganya
akan juga
 menjadi punca perpecahan antara suami isteri dan kaum
keluarganya.
 Memuliakan dan menghormati suami dan kaum kerabatnya
merupakan satu
 tanggungjawab isteri yang baik.

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke