*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

* Bubar Parlimen tergesa-gesa
* Anwar tetap bakal PM


MAHATHIR MASUK PERANGKAP - Nik Aziz


KOTA BHARU: Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dianggap terperangkap dengan 
kenyataan Menteri Besar Kelantan bagi melantik orang bukan Islam sebagai 
Perdana Menteri di negara ini sehingga mengambil tindakan membubarkan 
Parlimen secara tergesa-gesa.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, disebabkan terpengaruh 
dengan kenyataan tersebut Dr. Mahathir terlalu yakin Umno akan menang pada 
pilihan raya ini sehingga membubarkan Parlimen serta-merta.

"Pada hakikatnya itu adalah satu perangkap PAS supaya pembubaran Parlimen 
dipercepatkan," katanya selepas satu majlis perjumpaan dengan pegawai dan 
kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di ibu pejabat Kada, 
Lundang, Khamis lalu.

Hampir ke semua pegawai kanan Kada termasuk Pengerusinya, Dato' Husin Ahmad 
dan Pengurus Besarnya, Haji Hassan Harun hadir dalam majlis tersebut.

Menurut Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, apa yang dinyatakan oleh beliau 
sebelum ini adalah satu kenyataan politik untuk membuatkan Perdana Menteri 
membubarkan Parlimen.

"Dia (DAP) bertanding 30 kerusi (Parlimen), kita (PAS) 58 kerusi dan 
KeAdilan 44 kerusi... macam mana DAP jadi PM," katanya.

Beliau juga memaklumkan, Barisan Alternatif telah bersetuju bahawa jika 
menang, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

"Macam mana sekalipun, jawatan Perdana Menteri tidak boleh diberikan kepada 
DAP, pertamanya kerana kita sudah tetapkan bahawa Anwar Ibrahim jadi PM.

"Keduanya, Pengerusi DAP sendiri, Dr. Chen Man Hin berkata, DAP tidak boleh 
menerima jawatan Perdana Menteri kerana suasana negara ini tidak 
mengizinkan," kata beliau.

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke