*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BELANJAWAN 2000 BN SATU PENIPUAN BESAR
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2000 kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dibentang
oleh Tun Daim di parlimen empat minggu lalu hanya merupakan 'gula-gula' yang
dilayurkan di hadapan mulut rakyat, tetapi tidak dapat dijamah sedikit pun
oleh rakyat kerana belum sempat ianya diluluskan oleh Dewan Rakyat, Dr.
Mahathir telah membubarkan parlimen.
Ini bermakna belanjawan 2000 BN-Mahathir-Daim itu merupakan "satu penipuan
besar" yang dilakukan oleh mereka terhadap rakyat Malaysia, kata Profesor
Jomo K.S. ketika mengulas mengenai pembubaran parlimen sebelum meluluskan
Belanjawan 2000 kerajaan.
"Segala perbelanjaan kerajaan untuk menyediakan belanjawan, perbahasan dan
semua kos persidangan parlimen selama empat minggu itu, yang dihadiri oleh
beratus-ratus ahli parlimen dan wakil rakyat dari seluruh negara adalah
sia-sia sahaja," katanya.
Menurut Prof. Jomo, Dr. Mahathir boleh menunggu dahulu sehingga parlimen
meluluskan belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan pimpinan beliau,
"tetapi bertindak membubarkan parlimen agar belanjawan berbentuk `gula-gula
pilihan raya' yang dijanjikan kepada rakyat itu tidak diluluskan parlimen."
"Ini merupakan satu muslihat kerajaan, malah ia ibarat manifesto BN
semata-mata untuk memikat rakyat supaya mengundi BN lagi, padahal rakyat
perlu ingat jika mereka memenangi pilihan raya akan datang, mereka tidak
semestinya akan melaksanakan apa yang telah dicadang dan dijanjikan di dalam
belanjawan tersebut," tambahnya.
Malah, katanya, segala keputusan yang dibuat kerajaan sebelum itu seperti
menggugurkan penswastaan perkhidmatan kesihatan dan hospital kerajaan serta
kelonggaran syarat penggabungan bank secara paksaan, mungkin akan ditarik
balik.
"Ini seperti 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Sekarang kepimpinan BN
tidak boleh dipercayai lagi," tegasnya.
Prof. Jomo berkata, kini kemampuan Barisan Alternatif (BA) untuk menubuhkan
sebuah kerajaan yang berteraskan perpaduan nasional yang adil dan lebih
demokratik, sudah terbukti apabila Manifesto Bersama yang memberi keutamaan
kepada kepentingan dan nasib rakyat jelata dan Belanjawan Rakyat BA yang
lebih membela kehidupan nelayan, petani, setinggan, penoreh getah, pemandu
teksi, kakitangan kerajaan dan sebagainya.
"Sehinggakan pihak media prokerajaan tidak berupaya untuk membahaskan
intipati Manifesto dan Belanjawan BA yang lebih konkrit dan
bertanggungjawab. Inilah yang membimbangkan kerajaan BN-Mahathir
sehinggakan ia merupakan antara faktor utama kenapa beliau mempercepatkan
tarikh pilihan raya agar masyarakat kampung dan luar bandar, yang merupakan
penyokong kuat mereka tidak sempat terpengaruh dengan kempen BA," katanya.
Katanya lagi, Dr. Mahathir juga takut untuk ke mahkamah berkaitan kes
perbicaraan Dato' Seri Anwar kerana takut segala rahsia beliau dan pemimpin
atasan Umno/BN akan terbongkar dengan soalan bertubi-tubi dari peguam-peguam
Anwar.
Mereka juga takut dengan perkembangan politik di Indonesia akan mempengaruhi
fikiran rakyat Malaysia untuk menukar kerajaan sebab itulah diadakan pilihan
raya sekarang, katanya.
Profesor di Universiti Malaya itu berkata, rakyat perlu sedar banyak
kezaliman dan ketidakadilan kerajaan BN berleluasa sekarang, seperti kini
hanya keluarga orang Melayu yang berada dan berpendapatan tinggi saja yang
mampu menghantar anak-anak mereka ke pusat pengajian tinggi.
"Anak-anak Melayu, Cina dan India yang miskin, walaupun cerdik, pandai dan
berkelayakan, tidak lagi mempunyai peluang untuk menghantar anak-anak mereka
ke universiti. Semuanya kerana dasar penswastaan pendidikan kerajaan,"
kata Prof. Jomo dengan rasa penuh kesal.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>