*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamuaolaikum,

sdr mat rencana,

Mari kite bermain logik...... 

nie jawabnya .....some issues yg di bangkit kan

1 hukum hudud....ramai akan mati sebab dituduh merogol?????
sdr, sebelum menghukum ada prosesnya bukan boleh hukum sewenang
wenangnya. Kena ikut prosess yg ditujukkan oleh rasulullah s.a.w dan
sahabat2nya.

2 zaman gemilang Islam dipenuhi dengan profesor2 ahli2 falsafah ahli2
cerdik pandai dalam bidang perubatan, fizik, kimia , astronomy science
dll???

Betul ke zaman tu zaman kegmilangan Islam......kalau gitu zaman
rasulullah dan khalifah arrashidin tu bukan zaman gemilang Islam lah...

kena check balik 'kayu pengukur' sdr bagi menentukan yg mana satu zaman
gemilang. Saya berpendapat sdr silap pakai 'kayu pengukur'.

3 Kena tolak BA/PAS sebab Amerika sokong mereka???????
Sdr kena faham.....reverse psychology mainan America. Mereka menunjuk2
menyokong BA/PAS dan dingin (on the surface saje) terhadap rayuan PM di
America baru2 ini, supaya org2 macam sdr boleh buat alasan untuk
menolak PAS. Bagitulah cara America bantu PM dan BN sebenarnya - main
reverse psychology.

4 THE BOTTOM LINE

Nak vote keadilan ke tak nak????
nak nilai2 Islam dijadikan budaya masyarakat ke tidak????
masih mengagongkan perangai pemimpin2 hari ini yg begitu rakus
(perkumpulan harta berlebihan, membazir), rendah moral (kaki betina dan
ada yg kaki botol). cakap tak serupa bikin ????

What difference does it make to your life if we choose to change
pemimpin masa kini??????

ooop!....to remind u jentera kerajaan dan instituisi think tank tetap
untuh.....walaupun BN tumbang.........

we are not looking at structural changelah but more on the 'values'.
Structural changes r instrument to effect change that we r looking
for.....the VALUES will drive everything else.

salam

"UNDILAH BARISAN ALTERNATIF"
Everything can be taken away from a man but one thing:
THE LAST OF THE HUMAN FREEDOMS-TO CHOOSE ONE'S ATTITUDE IN ANY GIVEN
SET OF CIRCUMTANCES, TO CHOOSE ONE'S OWN WAY 
(Victor Frankl, in Man's search for meaning)
_____________________________________________________________

--- Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> En. Shahrel, 
> 
> Terima kasih kerana menjawab E.Mail saya. Maaf kerana
> saya lambat menjawab kembali kerana agak sibuk
> kebelakangan ini. 
> 
> Walaubagaimanapun, En. Shahrel tidak menjawab soalan
> saya. Sebagai orang yang begitu mempertahankan Islam,
> En. Shahrel mengecam kata-kata pemimpin UMNO yang En.
> Shahrel anggap lari dari landasan Islam, tetapi kenapa
> En. Shahrel mempertahankan pemimpin PAS yang menghina
> ALLAH secara terang-terangan kemudian menerima seribu
> satu alasan yang diberikan oleh mereka demi
> mempertahankan diri dari dikecam. 
> 
> Tetapi En. Shahrel tidak langsung menerima alasan
> pemimpin UMNO apabila mereka membela diri. Sedangkan
> petikan kata-kata pemimpin UMNO itu adalah subjektif
> dan masih boleh dipertikaikan atau dibahaskan,
> manakala kata-kata seperti bekerjasama dgn Syaitan,
> Allah mencarut, orang UMNO kafir (PAS menafikannya
> sekarang), mengolah doa supaya ternampak hanya bulan
> ketika mengundi dan lain-lain, yang begitu jelas
> maksudnya dan merupakan seperti satu fatwa bila keluar
> dari seorang yang "mengaku diri sendiri mursyid". 
> 
> Ini bukan bersifat subjektif - ianya jelas. Takkan
> seorang mursyid berseloroh sebegitu atau tidak
> bermaksud sedemikian? Apakah bekerja dengan syaitan
> boleh dianggap hanya sebagai perumpamaan oleh seorang
> mursyid? Anda semua seolah-olah sangat pasti bahawa
> anda betul, orang lain salah dan tidak ada sesuatu pun
> kesalahan dari pihak anda dan kesalahan adalah milik
> orang lain. Siapa yang menghukum benar atau salahnya
> di sini? En. Shahrel dan rakan-rakan, NIk Aziz atau
> Allah? Ulama yang sejati akan berfikir sebelum
> bercakap. 
> 
> Majalah Tamadun Jun 1998 - Mohd Sabu menyatakan bahawa
> Anwar lebih kejam dari Mahathir dan membongkar kisah
> liwat Anwar dalam wawancara dengannya. Tetapi Mohd
> Sabu berdiam diri malah bersama-sama menyokong Anwar
> sekarang. Apa ceritanya ini? Pendirian pun tidak ada,
> bagaimana hendak memerintah. 
> 
> Baiklah, PAS nak buat hukum hudud. Dalam zaman Nabi
> Muhammad, hukum hudud dilaksanakan tetapi pada kes-kes
> tertentu hukumnya banyak yang terpaksa dilonggarkan.
> Kes rogol - siapa yang akan merogol jika ada 4 orang
> yang sedang melihatnya? Dan jika ada 4 orang yang
> sedang melihat takkan 4 orang itu akan membiarkan
> perogolan itu berlaku? Kes rogol samada ke atas wanita
> yang berpakaian seksi atau budak dalam pakaian seragam
> sekolah terjadi tanpa saksi. Di manakah keadilan dalam
> Islam, kalau begitu? Allah juga menyatakan bahawa
> Islam dan hukumnya sesuai untuk semua zaman dan ianya
> adil. 
> 
> Oleh itu fikirlah - sesuaikanlah semoga tidak terjadi
> melepaskan orang yang salah dan menganiaya orang yang
> benar. Dalam kes ini jika PAS berkuasa matilah semua
> orang kerana orang PAS akan sentiasa betul walau
> apapun kata-kata dan perbuatan mereka manakala orang
> lain akan tetap dihukum walaupun tidak bersalah. Allah
> menurunkan Al-Quran untuk kita berfikir, berkali-kali
> Allah menyebut kelebihan manusia adalah pada akal
> fikiran. Al-Quran diturunkan untuk kita berfikir
> mengenai ayat-ayatnya dan mengkaji. Allah tidak
> menyuruh kita menerima sahaja membuta tuli dan Allah
> tidak menghalang kita dari bertanya lebih jauh. Sebab
> itu, di zaman kegemilangan Islam ulama-ulamanya
> terdiri dari professor-professor yang pakar dalam
> bidang perubatan, sains, matematik, architecture dan
> terutama fizik. Mereka membina bangunan-bangunan dan
> universiti-universiti. Maka orang-orang kafir menjadi
> segan pada mereka kerana akhlak dan kepandaian mereka.
> Dan Tok Guru En. Shahrel pula, pandai dalam apa?
> Berseloroh? 
> 
> Lagi satu, tidakkah En. Shahrel membaca attachment
> saya mengenai Perwaja dan bagaimana ianya
> dimanipulasikan oleh Anwar? Ataupun, En. Shahrel tidak
> memahami pentadbiran kewangan sebagaimana Anwar tidak
> memahaminya juga? 
> 
> En. Shahrel, sebelum saya pergi lebih jauh lagi
> sehingga En. Shahrel ketinggalan ingin saya ingatkan
> bahawa perbincangan kita ini adalah berbentuk global
> dan objektifnya adalah untuk kebaikan sebuah Negara
> dan seluruh Rakyat bukan perbincangan sempit mengenai
> sesuatu daerah, sebuah keluarga atau seorang individu
> sahaja. Jadi, kesimpulan yang kita jangkakan adalah
> sesuatu yang terbaik untuk negara iaitu dari segi
> ekonomi dan sosial yang merangkumi kehidupan seluruh
> rakyat Malaysia, Melayu, Cina dan India. Get it? 
> 
> Kebanyakan kes rogol anak berlaku di kawasan
> perkampungan yang mana PAS berkuasa. Satu kes rogol di
> Pendang, Kedah tahun lepas berlaku pada seorang yang
> berserban dan kuat berparti (PAS). Dia merogol
> anaknya. Kes liwat dengan kambing 1 - 2 minggu lepas
> berlaku di Kelantan. Apabila kes yang berkenaan dengan
> akhlak berlaku, pertama sekali yang patut disalahkan
> adalah diri sendiri, kemudian kita lihat pada
> keluarganya, kemudian pada sekolahnya, kemudian pada
> masyarakat sekeliling, kemudian pada masyarakat
> daerahnya, negerinya, kemudian pada kerajaan negeri
> dan kemudian pada rakyat negara dan kemudiannya pada
> kerajaan negara. Bukankah kerajaan PAS yang memerintah
> Kelantan? Kenapa kes-kes rogol juga berlaku di
> Kelantan? Kenapa orang Kelantan yang paling ramai
> berhibur di Siam? Kenapa di kampus, budak Kelantan
> dilabel sebagai kurang sopan, suka bergaduh dan
> terlebih sosial bila keluar dari Kelantan? Inikah yang
> PAS mahu? Sikap berpura-pura. Satu pesanan saya, kalau
> En. Shahrel ada anak dan anak En. Shahrel kurang ajar
> atau menjadi Bohsia atau Bohjan atau apa saja, jangan
> disalahkan kerajaan kerana tak semua anak orang jadi
> begitu. Sedangkan anak orang lain tinggal di Malaysia
> juga, kerajaan yang sama, media yang sama cuma
> ibu-bapanya saja yang tak sama. Berfikirlah dgn tenang
> tentang hal ini. Dan jika anak En. Shahrel dirogol dan
> tidak ada saksi dan jika pada waktu itu, PAS
> memerintah dengan hukum hudud apakah En. Shahrel akan
> buat? Terima sajalah yang anak anda telah berzina dan
> dihukum rejam? Maaf, saya tidak suka memberi contoh
> begini tetapi inilah contoh terbaik. 
> 
> Masyarakat Malaysia majmuk, En. Shahrel. Takkan En.
> Shahrel nak tengok orang Islam yang dibicarakan sebaik
> mungkin oleh manusia (hakim) kerana dituduh mencuri
> dan bersubahat dengan orang bukan Islam lalu didapati
> bersalah. Dipotong tangannya, tetapi orang bukan Islam
> tadi tidak dipotong tangannya. Tiba-tiba orang yang
> benar-benar bersalah dapat ditangkap maka mahkamah
> membebaskan mereka berdua tadi. Tetapi yang Islam
> bebas tanpa tangan dan yang kafir bebas dengan
> sempurna. Orang kafir akan berkata betapa tidak
> adilnya Islam lalu bagaimana kita hendak berdakwah? 
> 
> Cuba bandingkan - Nik Aziz, Fadzil Nor yang hanya tahu
> bercakap tentang wanita dengan jasa Dr. Mahathir
> kepada dunia Islam. Menolong beratus-ratus juta umat
> Islam di Bosnia dan Kosovo setakat yang termampu,
> menolong memberi idea untuk membangunkan negara-negara
> dunia ke-tiga yang kebanyakannya Islam, mengutuk
> kekejaman dan ketidakadilan Amerika terhadap negara
> Islam lain dengan beraninya. Kita bercakap di sini
> dari segi kuantiti umat Islam. Berapa ramai yang
> mendapat manfaat dari kelantangan Dr. Mahathir membela
> Islam dengan caranya, dengan cara yang global dan
> moden sesuai dengan zaman. Bukanlah maksud beliau
> tidak boleh berserban dan berketayap tetapi apalah ada
> pada serban jika dibandingkan dengan membantu
> berjuta-juta umat Islam dan membangunkan negara Islam?
> Beliau tidak perlu berjubah dan berjanggut (itulah
> mesej yang ingin disampaikan,tetapi tidak terjangkau
> oleh minda pengikut Tok Guru di Kelantan itu). Tok
> Guru di Kelantan itu hanya nampak orang di rumahnya
> dan orang-orang di negerinya. Orang-orang di negeri
> lain, negara lain dan kemajuan orang lain dan
> persaingan dengan kafir demi menjaga maruah Islam yang
> diperlecehkan oleh orang kafir dia tidak nampak. 
> 
> Kanggaroo court yang diadakan oleh Amerika untuk
> membicarakan Malaysia telah menyaksikan seorang Mat
> Salleh mengakui menerima wang dari Anwar. Ini
> dilaporkan oleh bukan sahaja media kita yang kononnya
> berat sebelah tetapi juga media Amerika yang dipuji
> oleh PAS itu. Jadi benarlah Anwar menjual negaranya.
> Apakah En. Shahrel tak terfikir? 
> 
> Anwar juga hanya menyaman penulis buku 50 dalil kerana
> memfitnah dalam muka surat 29 sahaja (saya ulang
> MUKASURAT 29 SAHAJA) iaitu tentang anak luar nikahnya.
> Tetapi tidak pernah menyaman penulis itu untuk
> mukasurat lain yang memperkatakan mengenai liwat,
> salahguna kuasa dan lain-lain. Jadi benarlah Anwar
> melakukannya. Apakah En. Shahrel tak terfikir? 
> 
> Amerika membenci Islam. Membenci Saddam Hussin kerana
> kekuatan senjata Iraq lalu menyerang dan melemahkan
> terus Iraq. Melengah-lengahkan isu penderitaan umat
> Islam Bosnia dan Kosovo begitu juga dengan isu
> Palestin. Seluruh dunia tahu, Rusia juga tahu. Amerika
> dikritik kerana sifat berat sebelahnya dan seluruh
> dunia tahu bahawa mereka berbuat demikian kerana ingin
> melemahkan Islam. Malah Amerika juga tahu yang orang
> lain tahu niat mereka tetapi mereka tak kisah kerana
> mereka berkuasa. Pasti melucukan dan membanggakan bagi
> Amerika kerana orang-orang Melayu sendiri ingin
> meminta pertolongan mereka dalam hal perundangan kita.
> 
> 
=== message truncated ===






=====
salam
AA
"UNDI BARISAN ALTERNATIF"
Everything can be taken away from a man but one thing:
THE LAST OF THE HUMAN FREEDOMS-TO CHOOSE ONE'S ATTITUDE IN ANY GIVEN SET OF 
CIRCUMTANCES, TO CHOOSE ONE'S OWN WAY 
(Victor Frankl, in Man's search for meaning)
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abol abai <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke