HAPUSKAN UMNO & BN SELAMANYA!!!

BERITA MALAYSIA


November 13 , 1999 10:10AM

 

DAP AKAN BERTANDING DI TUJUH KAWASAN PARLIMEN DI PULAU PINANG

 

PULAU PINANG, 13 Nov (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang hari ini mengesahkan DAP akan bertanding di tujuh kawasan Parlimen dan beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-10, 29 November ini.

Katanya kawasan Parlimen yang akan ditandingi ialah Tanjung, Jelutong, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Bagan, Bayan Baru dan Nibong Tebal.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan calon-calon berkenaan dan pengumuman mengenainya akan hanya dibuat sama ada pada 19 Nov atau pun pada hari penamaan calon.

Pulau Pinang mempunyai 11 kerusi Parlimen dan empat tempat yang tidak ditandingi oleh DAP ialah Balik Pulau, Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Permatang Pauh.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Deepavali di ibu pejabat DAP Negeri di sini malam tadi, beliau berkata empat kerusi itu akan diagihkan kepada calon-calon daripada parti-parti pembangkang yang menamakan diri mereka sebagai Barisan Alternatif.

Lim turut mencadangkan supaya hari pengundian yang jatuh pada hari Isnin diisytiharkan sebagai cuti umum bagi membolehkan pengundi keluar beramai-ramaiuntuk mengundi.

Beliau juga meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memberikan penjelasan yang munasabah mengapa memilih hari Isnin iaitu hari bekerja sebagai hari mengundi.

Katanya pilihan raya merupakan ujian kepada sistem demokrasi yang membolehkan orang ramai memilih parti dan calon yang mereka kehendaki.

"Suruhajaya Pilihan Raya perlu memberi penjelasan mengapa pilihan raya diadakan pada hari Isnin dan bukan hujung minggu dan jika tidak mereka tidak mempunyai kredibiliti," katanya.

Selain itu beliau mengkritik ketidakcekapan SPR yang menyebabkan kira-kira 650,000 pengundi yang baru mendaftar tidak layak mengundi pada pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Negeri, puan Chong Eng berkata Pulau pinang akan mempunyai manifesto yang ekslusif dan berbeza daripada manifesto yang dibuat bersama-sama dengan pakatan pembangkang lain yang akan diumumkan tidak lama lagi. -- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke