*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Begin forwarded message:

Kita nyenyak lena dikatil empuk
kita duduk selesa di kerusi lembut
kita sedang dinyanyikan lagu merdu
kita sedang dijamu makanan lazat
kita sedang memakai pakaian mahal
kita sedang asyik dibuai mimpi indah
kita sedang khusyuk memanjang angan

BANGKIT SEMUA! BANGKIT!

kita tak boleh berterus-terusan
disogok dengan kesenangan
kita perlu sedar
ada manusia lain yang sengsara
tidak makan
tidak minum
tidak tidur
tidak berpakaian
tidak berpeluang menuntut ilmu
tiada kemudahan asas
dan tiada pendidikan agama
itu yang terutama

BANGKIT SEMUA! BANGKIT!

Kita kena berjihad
kita wajib berjihad
menegakkan agama wahyu
jangan biarkan ia diperkotak katik
manusia jahil
manusia bengap
kita perlu sensitif
keadaan sekeliling
senario semasa

BANGKIT SEMUA! BANGKIT!

Kita mengaku beragama Islam
adakah ianya dipusakai
atau sekadar keturunan
atau hanya pada nama
atau hanya untuk ambil kesempatan?
kalau itulah
kayu pengukurnya
itu bukan Islam sebenar
Islam perlu dihayati
dengan sepenuh jiwa
dalam semua aspek kehidupan

BANGKIT SEMUA! BANGKIT!

Kita bangga dengan bangsa
bangsa melayu rumpun melayu
Islam bukan hak bangsa melayu
Islam bukan hak bangsa arab
Islam tidak dimonopoli oleh satu bangsa
semua bangsa berhak pada Islam
Islam ciptaan Allah
manusia ciptaan Allah
bangsa ciptaan Allah
bahasa ciptaan Allah
itu semua hak Allah

BANGKIT SEMUA! BANGKIT!

Kita cerminkan Islam sebenar
bukan hanya berlagu nasyid
bukan hanya bercerekarama
bukan hanya perasmian majlis
jelmakan ia dalam kehidupan harian
melalui hati yang ikhlas
dan niat yang bersih
syiar dan syariat
wajib seiring

BANGKIT SEMUA! BANGKIT!

Hargailah pengorbanan Kekasih Allah
berjuang menentang musuh
menegakkan agama yang kita anuti
hari ini
kita tidak mungkin selesa begini
kalau bukan hasil perjuangan
para nabi, rasul dan sahabat
untuk umat mendatang
jihad akbar jihad menegakkan agama
apakah jihad kita hari ini?

BANGKIT SEMUA! BANGKIT!

Bumi kita aman dan damai
tiada peperangan
dan tiada alasan untuk kita
tidak berjihad menuntut ilmu
memperjuangkan agama
sedangkan rakyat lain
bermatian-matian
mempertahankannya
Jihad kita tidak perlu pada senjata
tidak perlu pada pertumpahan darah
kerana umat kita umat istimewa
setiap amalan gandaan pahala
jihadlah dengan lidah
jihadlah dengan hati
apa jua sekalipun
tua muda
kaya miskin
kuat lemah
cerdik pandai
jihadlah walaupun sedikit

BANGKIT SEMUA! BANGKIT!

Umur kita mungkin berbeza
tapi jangkamasa hidup kita
mungkin sama
kita perlu taburkan banyak jasa
sementara masih bernyawa
bukan untuk mendapat nama
atau khidmat cemerlang
dari manusia kepada manusia
tetapi anugerah dari
Allah Azza wa jalla

BANGKIT SEMUA! BANGKIT!

Kenangkanlah siapa diri kita
dari mana kita datang
kemana kita selepas ini
apa yang kita bawa
dimana kita akan disimpan
bila kita akan dijemput
sayangilah ia
sebagaimana ia menyayangi kita
itulah ISLAM
nikmat yang paling
AGUNG


Wannor
Cyberjaya
12 Nov 1999





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke