*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Analisis Berita - HARAKAH

Perhitungan politik BN-Mahathir zalimi rakyat Kelantan

   RATA-RATA rakyat Malaysia yang cukup prihatin
tentang perkembangan politik negeri  Kelantan dan
nasib rakyatnya menyedari perhitungan politik
Umno/BN/Mahathir telah menzalimi 1.5 juta rakyat
Kelantan. 
Sudah 10 tahun parti PAS memerintah negeri
 Kelantan tanpa mendapat perhatian dan bantuan
sewajarnya dari Kerajaan Pusat Umno/BN
 pimpinan Dr. Mahathir di segi keutamaan pinjaman
pembangunan, malah juga untuk
 membangunkan sumber-sumber petroleum dan gas asli
yang terbukti dijumpai di luar pantai
 Kelantan. Sekiranya sumber ini dimajukan, ia akan
dapat memberi pendapatan baru kepada
 Kerajaan Negeri di segi royaltinya untuk membangunkan
negeri Kelantan, sekaligus mening-katkan
 taraf sosioekonomi rakyat serta membasmikan
kemiskinan. 

 Apabila penulis bertanyakan seorang anak tempatan,
iaitu pakar jurutera petrokimia di sebuah
 syarikat petrokimia terkenal milik Jerman, Dorsch
Consult, yang ditugaskan untuk membuat kajian
 kemungkinan (feasibility study) oleh Perbadanan
Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
 bagi pembangunan industri petrokimia di Kelantan,
beliau berkata: "Pegawai atasan Petronas tiada
 masalah untuk datang ke Kelantan bagi memaju dan
membangunkan industri minyak dan gas di
 sini, cuma yang menjadi masalah ialah tidak mendapat
`lampu hijau' dari orang atasan Kerajaan
 Pusat." 

 Mungkin tidak ramai orang tahu bahawa Petronas berada
di bawah bidang kuasa Perdana
 Menteri. Sebab itulah Dr. Mahathir bebas untuk
menggunakan wang Petronas berbilion ringgit
 tanpa meminta izin dari sesiapa pun untuk membiayai
projek-projek mega, mewah dan tidak perlu,
 kesayangannya. 

 Seorang penganalisis politik tanah air berkata, kini
Dr. Mahathir menggunakan segala kuasa yang
 ada di tangannya bagi mengarahkan Petronas supaya
jangan memajukan industri tersebut selagi
 PAS memerintah Kelantan. 

 "Mungkin Mahathir menunggu saat kejatuhan Kerajaan
PAS, barulah dia akan memulakan projek
 pembangunan industri berkenaan secara besar-besaran,
memandangkan dia juga memerlukan
 banyak lagi wang Petronas untuk membiayai berbagai
lagi projek meganya seperti mana yang
 diumumkan beliau seperti projek hidro elektrik Bakun,
lebuh raya pergu-nungan dari pusat
 perjudian di Genting Highland ke Cameron Highland,
jambatan ke Sumatera, 'airport' antarabangsa
 di Kedah, dan sebagainya," katanya. 

 Begitu juga dengan projek penyaluran gas asli yang
ditemui di luar pantai Kelantan yang
 dianggarkan sebanyak 20 tcf (trillion cubic feet) dan
bernilai RM65.5 bilion. Di segi penjimatan
 kosnya, ia patut disalurkan melalui satu rangkaian
talian paip terus ke Pantai Senok, Bachok,
 Kelantan, yang terletak lebih dekat dari
telaga-telaga gas dan juga terdapat kemudahan tapak
 tanah seluas 5,000 ekar yang dimajukan oleh Kerajaan
Negeri melalui PKINK bagi pembangunan
 industri petrokimia yang dipanggil 'Pantai Senok
Intergrated Petroleum Complex'. 

 Jarak Pantai Senok dari telaga-telaga gas asli yang
ditemui itu adalah 100 km berbanding dengan
 Kerteh, Terengganu, yang mempunyai jarak 300 km,
meskipun terdapat kemudahan pendaratan
 gas asli di situ. "Sedangkan kos membina satu
kilometer saluran paip gas asli adalah AS$1 juta
 (RM3.8 juta), maka adalah lebih murah dan ekonomikal
untuk mendaratkan gas asli itu ke Pantai
 Senok, Kelantan, sekaligus dapat juga membantu
membangunkan industri gas dan petrokimia di
 sini. 

 "Tambahan pula, kedudukan negeri Kelantan lebih
strategik kerana ia lebih dekat dengan pasaran
 gas asli di Kampuchea, Vietnam dan Thailand,
berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia,"
 kata Ketua Eksekutif PKINK, Wan Zulkifli Wan Jusoff,
di seminar Pelan Pembangunan Strategik
 Negeri Kelantan Tahun 2000-2010 baru-baru ini. 

 Tetapi apa yang berlaku, Kerajaan BN-Mahathir
memutuskan projek penyaluran gas asli dari luar
 pantai Kelantan itu dibawa ke negeri Kedah melalui
laluan utara daerah Songkla, negeri Thai, yang
 menyebabkan nilai kos yang lebih tinggi, iaitu RM3
bilion. 

 Jadi saluran paip gas asli yang lebih panjang dan
lebih mahal akan tidak melalui (by pass) negeri
 Kelantan dan menyebabkan rakyat Kelantan akan
berputih mata kerana hanya dapat melihat
 kejayaan pembangunan tercapai di negeri lain
sedangkan sumber-sumber petroleum dan gas asli
 ditemui di luar pantainya. 

 Walaupun ditegaskan beberapa kali oleh Wan Zulkifli:
"Ini hak Kelantan, hak rakyat Kelantan, dan
 bukan hak negeri-negeri lain, kerana ia dijumpai di
luar pesisiran pantai Kelantan", namun rakyat
 dan negeri Kelantan tetap tersisih oleh pemerintahan
zalim Umno/BN/Mahathir. Mereka dihukum
 oleh Dr. Mahathir kerana memilih parti PAS untuk
dijadikan pemerintah mereka. 

 Jelas perutusan Dr. Mahathir di Kongres Ekonomi
Kelantan anjuran sebuah jabatan di bawah
 Kerajaan Pusat dan dibantu oleh Umno negeri: "Amat
sukar dinafikan Kelantan amat ketinggalan
 ke belakang dalam arus perdana pembangunan negara",
mungkin tepat sekali. Cuma ia disebabkan
 oleh tangan Dr. Mahathir sendiri dan bukan disebabkan
oleh kelemahan pentadbiran Kerajaan
 Negeri. 

 Malah Kerajaan Negeri bersifat lebih proaktif dalam
penyertaan pembangunan sumber gas asli di
 Kelantan. Kerajaan Negeri telah secara agresif
membentuk Keloil (Kelantan Oil) Sdn. Bhd. yang
 beroperasi di bawah PKINK mulai 1992 lagi untuk
menerajui dan memajukan industri minyak dan
 gas, bagi memastikan sumber bumi Kelantan dapat
didaratkan di Kelantan, serta menyiapkan diri
 untuk penglibatan secara komersil dalam industri
petrokimia. 



=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Irsa Zain <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke