Kenyataan akhbar Ketua Pembangkang Parlimen, Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen bagi kawasan Tanjong, Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada 15 November 1999

DAP Menyokong Zaitun Kassim Sebagai Calon Tajaan DAP Yang Bertanding Di Kawasan Parlimen Selayang Untuk Menonjolkan Isu-isu Wanita

Semalam di mesyuarat DAP di Petaling Jaya, Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP telah menerima Zaitun Kassim, Naib Pengerusi All Women’s Action Society (AWAM) sebagai calon tajaan DAP yang bertanding di kawasan Parlimen Selayang untuk menonjolkan isu-isu wanita.

Ini ialah kali pertama DAP menerima seorang pemimpin oraganisasi bukan kerajaan (NGO) yang bukan ahli DAP untuk menjadi calon tajaan DAP demi bertanding pada pilihan raya umum ini.

Dalam Manifesto Bersama Barisan Alternatif, “Ke Arah Malaysia Yang Adil”, Barisan Alternatif akan:

  • Memperketatkan undang-undang berkenaan hak, kepentingan dan martabat wanita dan memansuhkan undang-undang serta peraturan yang mendiskriminasi terhadap wanita.
  • Melindungi hak serta kebajikan wanita yang ditinggalkan suami tanpa nafkah yang berpatutan.
  • Meneruskan penerimaan pencen bagi balu walaupun mereka berkahwin lain.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan asuhan bayi dalam komuniti dan di tempat kerja.
  • Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita yang bekerja.
  • Mengkaji Agenda Perubahan Untuk Wanita dengan tujuan untuk melaksanakan perakuan-perakuan yang sesuai.
Zaitun telah memberi sokongan kepada Manifesto Bersama Barisan Alternatif dan beliau akan memberi sokongan kepada semua cadangan dan langkah DAP yang selaras dengan Manifesto Bersama Barisan Alternatif di Parlimen jika beliau terpilih.

Kirim email ke