*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamualaikum

Satu demi satu helah serta taktik kotor mula diketengahkan oleh Mahathir dan 
kuncu-kuncunya - syaitan bertopengkan manusia terunggul di penghujung alaf 
ini.

Melalui anjing-anjing peliharaannya di Bukit Aman, orang-orang PAS dan 
keAdilan diugut untuk meninggalkan perjuangan. Ada yang gambar mereka 
diambil, gambar anak bini mereka dirakam, nombor plat kereta diambil dsb. 
Ribuan kalau tidak jutaan RM dihamburkan untuk membeli orang-orang ini.Besar 
atau kecil pangkat mereka dalam parti- kesemuanya diasak. Kita cuma 
mendoakan agar mereka kuat iman dan tabah. Tetapi jangan sama sekali kita 
terkejut kalau ada nama-nama besar dalam PAS atau keAdilan yang berpaling 
tadah selepas ini. Ini hanyalah sebahagian daripda fitnah yang cuba 
menghalang perjuangan.

Taktik kotor seterusnya didalangi melalui SPR. Mengapa hari pilihanraya kali 
ini diadakan pada Isnin. Bukankah mudah diadakan saja pada Sabtu atau Ahad. 
Tidakkah ini menyulitkan anak-anak serta adik-adik kita yang mengambil SPM. 
Bukankah tidak akan timbul masalah pindaan tarikh peperiksaan sekiranya  
pilihanraya diadakan pada hari ahad atau sabtu? Isnin dipilih antara 
sebabnya ialah boleh dikatakan 99% pengundi muda yang rata-rata menyokong BA 
bekerja pada hari itu.Dan kebanyakannya bekerja jauh daripada pusat 
mengundi. Ramai anak muda yang berpendidikan, punyai kesedaran  dan 
menyokong alternatif ini tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala 
Lumpur. Pulau Pinang dan Ipoh tetapi mendaftar  sebagai pengundi di tempat 
asal mereka , mungkin di Temerloh, Tanjung Karang, Parit Buntar, Baling, 
Kuala Berang dan sebagainya. Mungkin nanti akan dikeluarkan arahan 
senyap-senyap kepada semua syarikat swasta agar membekukan cuti kakitangan 
pada hari isnin tersebut. Bagaimana nak balik kampung kalau itu terjadi? 
Demi Allah, pilihanraya ini adalah satu jihad, apapun terjadi, biar perlu 
ponteng kerja, adalah wajib kita turun mengundi  walau di mana sahaja. 
Jangan kita terlepas mengundi semata-mata kerana hari Isnin adalah hari 
kerja. balik kampung sehari dua lebih awal untuk berkempen dan memberi 
penerangan kepada sanak saudara tentang perlunya mengundi BA.

Banyak lagi taktik kotor akan dilakukan. Huru-hara mungkin dilakonkan.
Kita menuntut SPR menjadi TELUS SETELUS-TELUSNYA. Kita masih belum parut 
berganjak daripada tuntutan-tuntutan ini. Kalau mahu juga gunakan undi pos,  
SPR MESTI membenarkan wakil setiap parti yang bertanding menyaksikan SETIAP 
kertas undi dipangkah oleh orang yang benar-benar berhak memangkahnya, dan 
dimasukkan ke dalam peti oleh orang yang benar-benar berhak memasukkannya.

SPR MESTI membenarkan wakil setiap parti yang bertanding mengiringi dan 
mengawasi setiap peti undi, pos dan bukan pos (biasa)yang akan diangkut 
daripada pusat pengundian ke pusat pengiraan undi. Pada hari ini , rakyat 
amat sangsi kepada polis - oleh itu untuk menyerahkan bulat-bulat kepada 
polis  mengiringi peti-peti undi ini adalah tidak munasabah sama sekali.

Banyak lagi taktik-taktik kotor, sama ada melalui SPR dan auta-riti yang 
lain akan digunakan. Soalnya sekarang, saya ingin mendapatkan pandangan 
Tuan-tuan dan Puan-Puan, apakah wajar pihak pembangkang dan juga rakyat 
Malaysia umumnya memberi kata dua kepada SPR - kalau dilihat keadaan buruk 
ini berlanjutan, kita BOIKOT hari penamaan calon dan pengundian. Biar kera 
itu seekor yang bertanding dan menang. Biar dia menjadi kera sumbang di mata 
dunia...kemenangan yang sebenarnya tidak sah dari segi moral ini akan tidak 
lama memaksa suatu pilihanraya baru yang lebih TELUS diadakan. Ini pernah 
terjadi berkali-kali di begitu banyak tempat lain di seluruh dunia. Apabila 
majoriti rakyat Malaysia tidak keluar mengundi sebagai tanda protes, itu 
ertinya Mahathir tidak diterima lagi. Dan syaitan ini perlu sedar!!

Minta pandangan............







______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "muhammad abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke