*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Terima Kasih Abang…

     Aku duduk keseorangan di pasir putih.. menatap ke arah laut yg
terbentang luas… sambil ku perhatikan riak-riak air ditepian
pantai…teringat semula aku pada zaman remajaku yang penuh dengan
detik-detik hitam…

     Aku berasal dari sebuah keluarga yang kuat dengan pegangan agama
dan kedua ibubapaku adalah orang-orang yang berdisiplin. Aku ..pada
asalnya seorang gadis yang begitu taat dengan ibubapa dan tidak pernah
sekali melawan apatahlagi mengherdik mereka berubah menjadi seorang
yang biadab dan kurang ajar.. Ini semua disebabkan salah pergaulaan
sewaktu aku di sekolah menengah. Sepatah ibu cakap sepuluh aku
menjawabnya. Semasa di menengah lima aku sentiasa pulang lewat..kadang
kala hingga ke pukul dua belas tengah malam. Telah berkali-kali
dinasihati dan dimarahi tetapi kepalaku ini sudah tidak dimakan ajar..
Seluruh keluargaku menjadi bimbang dengan perubahan sikapku …terutama
sekali abang kesayanganku.

     Pada suatu hari..terjadi pertengkaran yang hebat diantara aku dan
abangku… "Ela, kenapa kau asyik balik lambat aje..kan tak baik anak
gadis balik lewat-lewat malam selalu, apa nanti orang-orang kata!!"
tegur abangku yang berdiri di muka pintu pada malam aku balik dari
Fire Disco.

     "Aahh… kalau abang balik malam-malam tak apa.. kalau Ela tak
boleh???.. Mana adil.!!. Kalau abang boleh balik malam Ela pun
bolehlah..!!" jawabku marah …"Kau tu perempuan Ela.. kalau jadi
sesuatu ..keluarga yang dapat malu nanti.."kata abang dengan nada yang
agak tinggi.."Sudahlah abang…. Abang dengan emak dan ayah sama aje..
kuno.. Sekarang zaman moden bang.. perempuan dan lelaki dah
setaraf.."jawabku selamba…

     "Tapi kau mesti ingat aku tak boleh mengandung.. kau boleh.."
sambung abang ku.. "Sudahlah bang.. Ela penat okay!!!. Ela nak
tidur.." kata ku.."Ela!!! Dengar sini.. Kalau lain kali kau balik
lambat lagi..aku bilang mak suruh kunci kau jangan kasi kau kebebasan
lagi.."

     "Apa ni bang.. abang agak Ela ni binatang ye?? Boleh
dikunci….Jalan dah!!!..siapa kisah kalau pintu kunci Ela boleh keluar
dari tingkap.."

     "Kau semakin biadab sekarang nie ye Ela!!" kata abang marah.

     Dengan tiba-tiba tangan abangku yg kasa itu hinggap ke mukaku..
aku ditamparnya.. Tangan yang dahulunya selalu membelai dan bermain
denganku hinggap ke pipiku yang dahulunya selalu dikucupnya.. Aku
tergamam sebentar.. tanpa berkata apa-apa lagi aku pun mengangkat
begku yang belum panas duduk di kerusi dan terus bergegas keluar dari
rumah tanpa berkata apa-apa.. Ibu tersentak dari tidur. Ibu cuba
menahanku tetapi abang melarang.

     "Biarkan dia mak.. kalau sudah tidak dapat dididik lagi biar dia
keluar daripada memalukan keluarga…nanti dia sedar, dia balik…"kata
abang tegas.

     Aku berlari dengan airmata berlinangan membasahi pipiku.. hatiku
terasa pilu.. abang kesayanganku telah menamparku.. Aku yang tidak
pernah dipukul apalagi ditampar oleh ayah atau ibu telah ditampar oleh
abang .. abang kesayanganku.. Aku berlari tanpa tujuan.. akhirnya
kakiku membawaku ke rumah Ina.. kawan baikku .. Ku ceritakan
segala-galanya kepadanya. Ina.. kawan sepermainnanku sejak kecil yang
sentiasa menjadi tempat aku mengongsi rahsia.. Tetapi sejak berkawan
dengan Jo.. Ina ku tinggalkan.. Tetapi kini aku ke rumah Ina lagi…Ku
ceritakan segala yang telah terjadi diantara aku dan abangku tadi…

     "Sabarlah Ela, tapi yang dikatakan oleh abang kau tu banyak
kebenarannya.. Engkau yang bersalah dalam hal ini Ela.." nasihat Ina
kepadaku..

     "Kau pun salahkan aku???" tanyaku pantas… oleh kerana kepenatan
kata-kata Ina ku diamkan sahaja.

     Malam itu aku bermalam di rumah Ina.. Esok pagi setelah sarapan
..aku mula beredar untuk ke rumah Jo.. setibanya di sana ku ceritakan
kisahku kepada teman lelaki ku itu..

     "Sudahlah Ela .. apa yang you fikirkan sangat… mari ikut I.. I
tahu bagaimana you boleh lupakan all your problems tu…" katanya sambil
tersenyum manis..

     Jo mengajakku ke satu tempat yang tidak pernah aku pergi.. Aku
dibawanya ke sebuah pondok yang terpencil dan usang di Punggol..
Apabila aku masuk.. aku dapati rumah itu penuh dengan asap dan
remaja-remaja yang berpasang-pasangan di kawasaan sudut rumah yang
mungkin roboh dua tiga bulan lagi itu … Mereka kelihatan seperti
berada di dalam keadaan mabuk.. dalam alam khayalan... Jo membawaku ke
satu sudut yang mana tidak diduduki oleh penghuni-penghuni rumah itu…
Aku disuruhnya mencuba barang yang dikatakannya membawa ketenangan
itu.. Pada awalnya aku cuba menolak…tetapi Jo terus memujukku..

     "Come on Ela.. try it..enjoylah..I guarantee you boleh lupakan
semua masalah you tu.."

     Dengan perasaan ragu-ragu aku memberanikan diri mencuba benda
yang memberi khayalan kepada ku itu…..Jo menyuntikkan dadah yg
dikatanya heroin itu ke tangan kiri ku…Setelah beberapa minit
kemudian, ku dengar imbasan suara orang merumpuh masuk ke pondok yang
usang itu . Aku cuba amati wajah marah yang menatapku di dedaun
pintu..

     "Mari balik Ela!!!!" teriak suara seakan-akan suara abangku..
nadanya yang marah menyebabkan aku kebingungan.. terasa seakan-akan
aku berada dirumah .. dan dihadapannya..

     "Hey!!! Lu sapa nie nak suruh Ela balik hah’????" halang Jo..
Pada saat itu.. kepala ku telah pun merasa pusing.. aku terasa seperti
aku berada di langit yang ke tujuh.. Segala yang terjadi
disekelilingku tidak ku sedari lagi…mata ku terasa berat….tanganku
mula longlai…aku terasa tanganku ditarik… ku rasa bilik yang aku
berada pada ketika itu menjadi semakin panas…Pandangan mataku menjadi
hitam dengan tiba-tiba ..

     Sebaiknya aku sedar.. aku berada di katil hospital… Aku
dimasukkan ke Hospital Besar Singapura.. dan aku dikelilingi oleh Ina
dan ibuku ..

     "Abangggggg….. Mana abang???".. perkataan yang pertama keluar
dari mulut ku…. Ku lihat seraut wajah ibu yang tiba-tiba bertukar
seakan-akan ditutupi awan mendung… ibu menangis… airmata bercucuran
membasahi pipi ibu ..

     "Ayah..mana ayah mak???".. tanyaku risau…"Ayah kau berada di
dalam wad intensif .. dia diserang sakit jantung dengan
tiba-tiba.."jawab Ina perlahan..

     "Mana abangku Ina???" soalanku itu ku tujukan lagi.. tetapi kali
ini kepada Ina.. Ina terdiam.. soalan itu ku ulangi buat kali ketiga..
"Mana abangku Ina!!???"

     Air kaca menyaluti mata Ina…dengan nada rendah dia berkata..
"Ela.. bawak bertenang.. abangmu telah pergi menemui Ilahi".. Ina
menangis…

     "Astaghfirullaah"… kalimah allah ku keluarkan.. aku menjadi lesu…
" What happened Ina???"

     "Ela.. kau ingat tak masa kau di pondok usang yang terletak di
punggol itu???…" "Pada waktu abang kau ingin membawa kau pulang ..
satu pergelutan telah terjadi di antara abang kau dengan Jo
..tiba-tiba… api yang dinyalakan di dalam pondok tu terjatuh dan telah
menyebabkan kebakaran pada pondok itu.. Sewaktu abang engkau cuba
menyelamatkan kau.. rumah itu telah terbakar teruk.. akibatnya seluruh
anggota belakang abangmu terbakar teruk sewaktu mengangkatmu keluar
dari rumah itu .. Akibat dari itu.. abang mu hangus di kebanyakkan
bahagian badannya dan tidak dapat diselamatkan oleh doktor.. Mayatnya
telah dikebumikan semalam.".."Ela ..kau sebenarnya sudah tiga hari tak
sedarkan diri.." katanya perlahan..

     Hatiku pilu..badanku lesu..akalku seperti tidak dapat menerima
kenyatan yang baru disampaikan oleh temanku Ina tadi.. kali ini
..tidak dapat ku tahan lagi airmata dari jatuh mengalir ke
pipiku..Abang ku meninggal kerana menyelamatkan ku.. aku kesal..kesal
dengan sikapku yang menyebabkan kematian abang kesayangan ku itu..
satu-satunya saudaraku…

     Seminggu kemudiannya .. aku dimasukkan ke pusat pemulihan dadah
untuk menjalani rawatan selama tiga bulan.

     Bapaku pula.. alhamdulillaah.. pulih sepenuhnya setelah empat
minggu menjalani rawatan intensif di Hospital Besar Singapura..

     Tiap kali ku terkenang peristiwa pahit yang meragut nyawa abangku
itu.. hatiku terasa sebak ..dan airmata pasti mengalir mestipun aku
cuba menahannya… tiada lain yang dapat ku lakukan kecuali mendoakan
agar roh Allahyarham abangku sentiasa dirahmati Allah SWT…
"Abang....Maafkan Ela!!!"




http://members.tripod.com/~Diya/




--



-----------------------------------------------------
Get free personalized email at http://email.lycos.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke