*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Indeks KLSE

Kenapakah indeks KLSE tidak mampu naik?  Walaupun dijamin oleh kerajaan 
bahawa ekonomi sudah pulih dan pelbagai galakan yang diberikan untuk 
mempercepatkan pemulihan ekonomi, indeks KLSE masih lemah tidak bermaya.

Semenjak pengumuman belanjawan oleh Daim, indeks sentiasa menjunam selama 
lebih seminggu kecuali dalam satu hari ianya naik beberapa mata kemudian 
turun kembali.  Malah ianya sedang menunjukkan kenaikkan beberapa hari 
sebelum belanjawan dan mula menjunamnya pada saat Daim mula membentang 
penipuan belajawannya yang tidak relevan lagi di parlimen.

Kemudian apabila, Mahathir mengumunkan parlimen dibubar, saham telah 
melonjat seketika tetapi kembali menurun hingga ke paras yang lebih rendah.

Apakah agaknya punca kemorosotan indeks KLSE?

Ramai penganalisis saham dan mereka yang mencari makan dengan menjual beli 
saham mengeluh perihal apa yang sedang berlaku.  Mereka mengatakan dengan 
tuduhan bertubi-tubi dan amaran bahawa pengikut DSAI dan penyokong parti 
pembangkang akan mengadakan rusuhan selepas pilihanraya telah memberi suatu 
amaran serta ketakutan kepada para pelabur.  Kebanyakan mereka menjauhkan 
diri dari pasaran.  Ini amat ketara.

Sebagai contoh, jumlah saham yang diniagakan semalam tidak pun mencecah 
100,000 lot sedang hari ini hanya berjumlah 118,388 lot dan indeksnya turun 
lagi. Ini amatlah jauh berbeza dengan jumlah di hari-hari yang rancak 
sebelum ini walaupun dalam keadaan kelembapan ekonomi.  Jumlah lot yang 
diniagakan mencecah 300,000 lot.  Malah di masa ekonomi memuncak dulu jumlah 
setengah juta lot saham diniagakan sehari adalah menjadi kelaziman.

Adakah pelabor takut dengan kemungkinan PAS/KeADILan/DAP/PRM dan 
pengerak-pengerak reformasi akan melakukan rusuhan seperti apa yang 
dikatakan oleh Mahathir?

Menurut mereka yang terlibat dengan saham lagi ialah, mereka percaya, dengan 
kesungguhan Mahathir menyatakan perkara rusuhan yang akan berlaku itu di 
media setiap hari, maka mereka yakin bahawa Mahathir sudah bertekad untuk 
mengadakan rusuhan tersebut dan akan menuduh pihak Alternatif yang 
memulakannya.

Itu sudah menjadi amalan Mahathir.  Bila dia gembar-gemburkan maka ianya 
akan menjadi kenyataan.

Sebelum DSAI dipecat, dia dan ramai lagi pemimpin UMNO lain sibuk
memperkatakan perihal suatu tindakan drastik perlu diambil � kemudian 
jelaslah pemecatan DSAI lah yang dimaksudkan.

Tujuan Mahathir ialah supaya awal-awal lagi dia memahatkan perkara ini akan 
berlaku dan Alternatif akan dituduhkan.  Jadi bila Mahathir mengarah 
penganas-penganasnya melakukan rusuhan itu nanti (dengan disediakan 
jurukamera TV3 bagaikan berlakon) � mudah dia menuduhkan Alternatif bagi 
membenarkan amarannya sebelum ini.

Sekian.

  Ibrahim Baba
  17 November, 1999

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke