*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TV3 BAKAL MENYIARKAN �PENGAKUAN BERSUMPAH� UMMI FELDA
Saya telah mendapat ura-ura daripada kawan saya bahawa stesen propaganda
MAHAFIRAUN, TV3 sudahpun merakamkan di studio, satu pengakuan bersumpah
daripada Umi Hafilda bahawa Anwar telah melakukan hubungan sulit dengan
Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali.
Kalaulah TV3 berniat jahat untuk menyiarkan fitnah tersebut, saya menyeru
agar TV3 tidak menggolongkan diri dengan kaum munafik dan fasiq. Membuat
tuduhan palsu sedemikian bukan cara budaya atau agama kita.Sesungguhnya
Rasulullah telah dengan jelas menerangkan bahawa tuduhan-tuduhan zina
memerlukan empat saksi yang boleh diterima pengakuan mereka. Setakat
menyiarkan pengakuan Umi Hafilda seorang, tidak memadai, lebih-lebih lagi
kerana keperibadiannya diragu-ragukan.Ini pasti muslihat jahat MAHAFIRAUN
seperti muslihat jahatnya dahulu yang menyiarkan gambar Ku Li memakai topi
bersalib. Perbuatan jahat seperti ini pada waktu pilihanraya hanyalah
perbuatan seorang yang tersepit dan sedar dirinya sudah tidak diterima lagi
oleh rakyat.
Pengakuan Umi Hafilda jugalah mesti pengakuan yang kononnya nampak
Anwar melakukan hubungan tersebut dengan Shamsidar secara terang-terang.
Adakah Umi mengaku bahawa dia berada di dalam bilik semasa Anwar kononnya
sekatil dengan Shamsidar? Mustahil!
Jangan ingat kami tertipu dengan dakyah-dakyah sedemikian. MAHAFIRAUN
menuduh Barisan Alternatif bermain kotor, tetapi mAHAFIRAUN adalah orang
yang paling rendah moral dan prinsipnya. Sanggup dia lakukan perkara
sebegini demi untuk meraih undi rakyat? MAHAFIRAUN tidak bermoral! Dakyah
kotor sebeginilah antara sebab-sebab utama kenapa kita kena tolak MAHAFIRAUN
habis-habisan. Sudah terlalu lama Malaysia cuba digemparkan dan disensasikan
dengan fitnah-fitnah yang tidak berasas. Dengan MAHAFIRAUN, politik Malaysia
tidak berganjak daripada isu peribadi seseorang dan tidak memfokuskan kepada
isu-isu penting. MAHAFIRAUNlah yang bertanggungjawab menggalakkan budaya
politik kotor di negara kita. Politik kita tidak akan bersih kembali selagi
kita tidak mengambil tindakan segera untuk membuang unsur-unsur yang
mengotorkan di dalam politik negara.Buanglah pemimpin BN yang sememangnya
korup dan tidak bertanggungjawab. Undilah Barisan Alternatif agar rakyat
kembali berkuasa! Razak Sulaiman18 NOVEMBER 1999
STRATEGI KOTOR : AMARAN TERAMAT KERAS BUAT MAHAFIRAUN
Nampaknya MAHAFIRAUN begitu beriya-iya untuk melaksanakan strategi kotornya
dalam pilihanraya kali ini. Setiap hari dihighlightnya di dalam
akhbar-akhbar penyebar fitnah bahawa parti KeADILan akan merusuh dan membuat
huruhara. Persoalannya, bagaimana beliau boleh mengetahui perkara yang belum
terjadi, dan begitu yakin ianya akan terjadi dan dicetuskan oleh Keadilan ?
Benarlah segala maklumat yang didedahkan dalam internet sebelum ini bahawa
Firaun Gila itu akan melaksanakan darurat kerana Barisan Nasional akan
mengalami kekalahan teruk di tangan Barisan ALternatif. JIka ini berlaku,
suasana seperti kemenangan FIS di ALgeria dahulu akan berulang di Malaysia,
bilamana golongan yang menang dinafikan kemenangannya dan golongan yang
kalah bermaharajalela secara ganas. MAHAFIRAUN membuat kenyataan jahat itu
dengan menyebut bahawa pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi akan
menjadi pilihanraya terkotor dalam sejarah negara tidak lain tidak bukan
kerana mahu menakutkan rakyat bahawa pembangkang cenderung untuk bertindak
ganas. Umum mengetahui bahawa jika pembangkanglah yang beliau maksudkan,
nyata kenyataan yang dibuat tersebut berniat jahat, tidak bertanggungjawab
dan keji. Ini kerana pembangkang bukanlah pihak yang memiliki segala
kekuatan jentera pilihanraya baik sumber kewangan, media, polis, jabatan
kerajaan dan sebagainya. Selama ini Barisan Nasional lah yang mempunyai
segala peralatan dan kepakaran untuk merencanakan perbuatan jahat dan tidak
beretika ketika pilihanraya berlangsung. Rakyat yang waras masih belum lupa
dengan taktik-taktik kotor dan jahat yang dilakukan ketika
pilihanraya-pilihanraya yang lalu termasuk memberikan �pukulan maut� last
minute kepada parti pembangkang.
Ingin saya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia sekalian bahawa
MAHAFIRAUN adalah seorang ahli strategis yang licik. Kenyataan beliau
tersebut nyata mempunyai niat dan maksud yang tersirat di sebalik yang
tersurat. Sejak setahun yang lalu, saya kerap membuat analisis terhadap
setiap ucapan MAHAFIRAUN.Dari pemerhatian yang dibuat, MAHAFIRAUN seringkali
mengatakan sesuatu yang kontra antara perbuatan dengan ucapannya. Misalnya,
jika beliau membuat ucapan tentang budaya dan perbuatan fitnah yang menular
di kalangan rakyat Malaysia kebelakangan ini dan menyeru supaya jangan suka
memfitnah, maka sebenarnya perbuatan itulah yang akan dan telah
dilakukannya. Beliau seringkali berbuat sesuatu yang songsang dan
menyongsang dari pandangan umum. Awas semua !! Jika MAHAFIRAUN berkata
bahawa pilihanraya 29 November ni akan menjadi terkotor, maka yang akan
melakukan kekotoran dan strategi kotor lagi jahat tersebut ialah Barisan
Nasional sendiri. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam masa 24 jam
yang lalu, MAHAFIRAUN telah merancang dan akan
menggerakkan beberapa strategi kotor seperti berikut;
1. Ketika kempen pilihanraya - mengarahkan pemuda-pemuda gerak gempur UMNO,
SB dan mereka yang boleh dibeli maruahnya dengan upah tertentu, supaya
menimbulkan ketakutan, prejudis, kebencian, kemarahan dan seumpamanya kepada
parti-parti alternatif - PAS, keADILan, DAP dan PRM dengan tujuan
membangkitkan kemarahan dan ketakutan rakyat. Antaranya ialah dengan
bertindak ganas, mengugut dan tidak mustahil melakukan pembunuhan (seperti
di Lubuk Merbau dahulu). Untuk tujuan ini, sebanyak dua kumpulan SB di Bukit
Aman telah dilantik dan dilatih khas yang akan berlakon sebagai �orang-orang
PAS� dan �orang-orang UMNO�. Mereka-mereka ini akan menyusup masuk ke dalam
kem kedua-dua belah parti dengan menyamar secara komited dengan ahli parti
yang sebenar. Kemudian kumpulan ini akan bertindak agresif antara satu sama
lain, misalnya mengoyakkan poster parti lawan, cabar mencabar, menimbulkan
provokasi ketika parti lawan sedang berceramah dan sebagainya . Bila keadaan
menjadi tegang dan sukar dikawal, maka pihak polis diarah supaya
campurtangan dan keadaan mungkin akan bertambah tegang dan akan merebak
sehingga menjadi pertempuran berdarah.
2. Ketika pengiraan undi dan selepas keputusan pilihanraya diumumkan -
Antara rencana jahat yang akan dilakukan oleh �orang-orang PAS� dan
�orang-orang UMNO� tadi ialah ketika pengiraan undi dilakukan iaitu dengan
menimbulkan provokasi atau situasi tegang di pusat pengiraan undi. Tujuannya
ialah untuk menimbulkan kekacauan. Keadaan ini mungkin akan berlaku di
pusat-pusat pengiraan undi yang menunjukkan BN akan mengalami kekalahan.
Mungkin untuk menipu dalam pengiraan undi agak sulit bagi BN bilamana
menyedari petugas atau wakil parti lawan mengawasi dengan teliti sewaktu
pengiraan dibuat, maka akan diujudkan suasana tegang yang akan berakhir
dengan keadaan tidak terkawal. Umum boleh mengagaknya sendiri akan keadaan
yang bakal terjadi itu. Jika mereka mendapati akan kalah teruk, keadaan yang
lebih tegang dan keganasan antara "dua kumpulan" tadi akan dicetuskan untuk
menjustifikasikan tindakan MAHAFIRAUN membuat perisytiharan darurat. Jika
darurat diisytiharkan, kedudukan dan kemenangan parti-parti alternatif sudah
pasti akan dinafikan (ingat kembali kemenangan FIS di Algeria dulu) Inilah
yang dimaksudkan atau yang tersirat di sebalik peringatan MAHAFIRAUN
baru-baru ini bahawa pilihanraya 29 November nanti akan menjadi terkotor
dalam sejarah. Terkotor yang akan dicetuskan oleh pembangkang seperti yang
dimaksudkannya ialah keganasan, huruhara hatta pembunuhan yang akan
dilakukan oleh "dua kumpulan" yang saya sebutkan di atas. Suka saya memberi
amaran dan peringatan kepada parti-parti alternatif khasnya dan rakyat
Malaysia amnya dan mencari kaedah untuk mematahkan strategi jahat BN ini.
Saya ingin memberi AMARAN KERAS kepada MAHAFIRAUN supaya jangan sekali-kali
cuba menguji sentimen rakyat dengan melakukan perbuatan dan taktik yang
tidak bertamaddun dan bersifat rimba tersebut. Saya tidak akan teragak-agak
untuk memusnahkan anda wahai MAHAFIRAUN menggunakan ilmu bathin jurus ghaib
maut jika anda sanggup mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa dengan
melakukan kekacauan dan rusuhan oleh anjing-anjing anda demi menegakkan
kekuasaan anda ! Ingat MAHAFIRAUN !! DEMI ALLAH,DEMI RASUL, aku bersumpah
wahai MAHAFIRAUN, jika engkau berani membuat huruhara dan rusuhan ciptaan
engkau dalam pilihanraya kali ini, engkau tidak akan hidup melebihi 100 hari
lagi selepas itu. Ini bukan gertakan kosong ! Ini bukan acah-acah atau cakap
kedai kopi. Kalau mahu hidup lama lagi, jangan cuba bermain api !! Walau
engkau kebal dari segala peluru sekalipun, pasti engkau tidak akan kebal
dengan jurus maut ghaib yang dikirim secara bathin kepada engkau.INI ILMU
PUTIH YANG AKAN MENGHANCURKAN ILMU HITAM ENGKAU MAHAFIRAUN ! Seperkara lagi
yang ingin saya ingatkan khususnya kepada rakyat Malaysia sekarang ialah
mengenai persiapan untuk melarikan diri keluar negara oleh MAHAFIRAUN &
keluarganya bersama dengan barua-baruanya seperti Daim, Megat Junid, Aziz
Shamsuddin, Mohtar Abdullah, Augustine Paul, Ummi Sundal,dan lain-lain yang
terlibat dengan jenayah konspirasi terhadap Anwar, sekiranya keputusan awal
menunjukkan kemenangan besar berpihak kepada Barisan Alternatif dan sentimen
rakyat majoriti tidak memungkinkan beliau mengambil tindakan mengisytiharkan
darurat. Jika keadaan menunjukkan kedudukan 50-50 besar kemungkinan huru
hara yang dicetuskan oleh "dua kumpulan" tadi akan dijadikan alasan kukuh
untuk darurat diisytiharkan. Oleh itu saya menyeru kepada semua rakyat yang
cintakan keadilan dan penyokong Barisan Alternatif supaya mengawasi kesemua
pintu keluar negara seperti KLIA dan kesemua lapanganterbang antarabangsa,
pintu keluar di sempadan dan setiap lorong sulit pintu keluar di sempadan
Singapura dan Thailand. Pengawasan
ini hendaklah dibuat pada malam keputusan pengiraan undi dibuat hinggalah
kerajaan alternatif mengangkat sumpah membentuk kerajaan baru.
Jika ternampak ada di antara mereka yang cuba untuk melarikan diri melalui
mana-mana pintu keluar tersebut, tangkapan hendaklah dibuat serta merta dan
serahkan kepada pihak tentera atau polis yang menyokong kita. Tentera dan
polis yang menyokong Barisan Alternatif hendaklah bertindak pantas supaya
penjenayah-penjenayah ini tidak sempat melarikan diri. MAHAFIRAUN dan mereka
ini akan diadili di Mahkamah Rakyat atas segala jenayah dan dosa-dosa yang
telah dibuat selama 18 tahun menjadi diktator Malaysia.Ingat semua rakyat
Malaysia - JANGAN BIARKAN MEREKA YANG MELAKUKAN JENAYAH INI TERLEPAS LARI
!!! Kita akan hukum mereka dengan sewajarnya.
Sekali lagi saya meminta pimpinan parti alternatif dan rakyat
Malaysia yang inginkan perubahan semua, supaya memikirkan langkah-langkah
konkrit secepat mungkin untuk mematahkan taktik kotor yang bakal dicetuskan
oleh Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti. Jangan sampai kesilapan dan
kealpaan kita akan memberikan mereka ruang dan peluang untuk mendominasi
kita secara tidak bertamaddun lagi dengan mengeksploitasi segala jentera dan
kekuatan yang ada pada mereka. Cukuplah 18 tahun yang hitam rakyat berada di
bawah regim Firaun ini.
Panglima Mat Kilau 18 NOVEMBER 1999
PENYALAHGUNAAN HARTA NEGARA OLEH MAHAFIRAUN
Semalam semua media utama elektronik melapurkan Presiden BN dan Presiden
UMNO, MAHAFIRAUN telah menyalahgunakan harta negara. Berita berkenaan
melapurkan beliau telah menjadikan Pejabatnya di PutraJaya untuk menunggu
beberapa orang Preiden Parti komponen BN. Beberapa orang Presiden Parti
komponen dan beberapa orang hamamnya termasuklah Kuli datang ke Pejabat
Kerajaan Malaysia di PutraJaya itu. Inilah bentuk kesalahan yang sangat
kerap dilakukan oleh parti politik BN. Mereka sedikitpun tidak merasa
bersalah bahawa itu adalah harta negara dan bukanya harta BN. Memang betul
Mat Sabu kata bahawa MAHAFIRAUN ialah Perdana Menteri yang paling muka tak
malu. Dialah yang melarang pegawai kerajaan menggunakan masa dan perkakas
kerajaan selain untuk tugas sebagai pegawai kerajaan semata-mata. Tetapi
beliaulah sebenarnya bapak kepada penyalahgunaan masa dan harta kerajaan
untuk kepentingan Politik.Bukan itu saja, Pembesar BN yang datang ke Pejabat
PM di PutraJaya itu menaiki kenderaan Kerajaan juga. Keadaan ini jelas
menunjukkan bahawa BN memang tidak sensitif langsung dengan halal haram dan
baik buruk kelakuan mereka. Tindakan dan cara mereka bertindak tidak cermat
manakala tidak menjadikan apa yang disarankan kepada pegawai kerajaan buat
dan amalkan tetapi mereka sendiri tidak menyediakan diri mereka sebagai
contoh. Jelaslah bahawa dasar kepimpinan melalui tauladan yang MAHAFIRAUN
lancarkan gagal.
Sebab itulah perangai ahli-ahli bawahan BN adalah amat buruk.
Penyalahgunaan harta kerajaan adalah dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
Balai-balai orang ramai dijadikan macam hak dan harta mereka. Bahkah
dijadikan pusat gerakan parti di musim pilihanraya ini.
Dinaikkan bendera UMNO(baru)/BN ditiang-tiang yang ada di depan dewan-dewan
dan balai-balai orang ramai di mana dewan dan balai berkenaan adalah dibuat
menggunakan duit kerajaan. Bendera UMNO(baru)/BN adalah tak boleh dinaikan
ditiang-tiang yang disebutkan itu. Akibatnya pepecahan yang berlaku. Semua
yang perihatin sila perhatikan perkara ini, di mana-mana kita berkunjung,
jika ada dewan dan balai maka bukan bendera kerajaan Negeri atau Malaysia
saja yang berkibar, tetapi bendera UMNO(baru)/BN pun ada sekali. Keadaan
inilah sebenarnya yang memecah belahkan masyarakat. Bahkan ada dikalangan
penyokong UMNO(baru)/BN faham keadaan ini dan terasa malu untuk
menggunakan harta negara untuk parti. Apabila ada pihak yang cuba untuk
membetulkan keadaan, mereka tohmah dengan mengatakan ada pihak yang
dengki.Sebenarnya di dalam usaha membetulkan keadaan, istilah dengki adalah
tak ada langsung. Serupalah dengan keadaan UMNO(baru)/BN sekarang, oleh
sebab mereka fikir teguran yang pembangkang buat itu mereka anggap untuk
kepentingan politik pembangkang, maka teguran yang baik dan berasaskan tidak
dipedulikan bahkan diputarbelitkan dengan cara yang amat tidak berakhlak.
Sekian muramozi 18 NOVEMBER 1999
SIAPA PATUT BERTERIMA KASIH, KERAJAAN ATAU RAKYAT?
Saya tertarik unutuk memberi ulasan tentang isu terima kasih yang
dibangkitkan oleh MAHAFIRAUN sebelum pembubaran parlimen tidak lama dulu.
Walaupun isu ini telah senyap di media milik kerajaan tetapi ada baiknya
saya bangkitkan beberapa persoalan tentang isu ini untuk renungan dan
difikirkan oleh rakyat yang beglum menetapkan pendirian masing-masing.
Kerajaan BN pimpinan MAHAFIRAUN sebelum pembubaran parlimen telah dengan
sombong menyatakan bahawa rakyat patut berterima kasih kepada kerajaan dan
para pemimpin BN kerana merekalah negara Malaysia telah berjaya membangun
dengan pantas, rakyat hidup dengan aman dan taraf hidup rakyat telah
meningkat. Mereka jugalah yang telah membawa seribu satu kebaikan kepada
Malaysia. Oleh itu, rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan dan
terhutang budi kepada kerajaan dan para pemimpin BN. Sebagai tanda terima
kasih, rakyat harus membalas dengan mengundi calon-calon BN dalam
pilihanraya akan datang. Persoalan disini apakah benar rakyat harus
berterima kasih kepada kerajaan dan oleh itu wajib mengundi BN. Untuk
menjawab persoalan ini kita hendaklah kembali kepada perkara pokok atau
asas. Sebelum menjadi YB, Menteri, TPM dan PM siapakah MAHAFIRAUN, Dollah
Badwi, Najib, Daim, Megat, Hamid dan lainnya. Mereka ini hanyalah seperti
mana orang-orang kebanyakan yang jika tidak mempunyai pelajaran dan buka
dari keluarga berada mungkin hanya sama seperti rakyat marhain yang lain.
Boleh jadi MAHAFIRAUN hanya jadi doktor biasa di Alor Star, Megar barangkali
jadi penjual goreng pisang di Chow Kit. Hanya setelah rakyat memberikan undi
mereka
kepada pemimpin BN ini maka mereka menjadi YB dan setengah YB kerana pandai
membodek dilantik menjadi menteri.
1. Siapakah yang melantik mereka kepada kedudukan yang ada sekarang?
2. Siapakah yang memberi mereka ini kuasa untuk memimpin?
3. Siapa yang membayar gaji YB-YB, menteri, TPM dan PM?
4. Siapa yang membayar gaji pemandu kereta, tukang kebun, tukang masak dan
segala macam pembantu mereka?
5. Duit siapa mereka yang digunakan untuk membeli jet kegunaan PM?
6. Duit siapa yang diguna untuk membayar tiket penerbangan YB-YB, Menteri,
TPM dan PM?
7. Dengan duit siapakah mereka membayar bil-bil air, api, telefon,
handphone, kereta, minyak kereta, penyelenggaraan kereta, rumah dan segala
macam bil yang lain? Siapa, pernahkah MAHAFIRAUN mengeluarkan duit beliau
untuk membayar segala-galanya ini?
8. Pernahkah MAHAFIRAUN menggunakan duitnya untuk membayar kos makan minum
semasa membuat rumah terbuka pada hari perayaan atau menggunakan duit
rakyat? Mungkin MAHAFIRAUN dan anak pinaknya cuba lari dari membayar cukai
pendapatan apatah lagi membayar zakat?
MAHAFIRAUN dan menteri-menterinya mungkin tidak pernah menggunakan wang
sendiri untuk membayar semua perkara yang disebutkan malah merampok wang
rakyat dan menindas rakyat. Jadi, kenapa rakyat harus berterima kasih kepada
MAHAFIRAUN dan para menterinya.
Tugas PM dan para menteri merupakan suatu amanah dari Allah dan rakyat yang
menjadi tanggungjawab sesiapa sahaja yang menjadi PM/ menteri. Bermakna
tidak timbul langsung isu rakyat mesti berterima kasih. Malah PM dan para
menterinyalah yang patut berterima kasih kepada rakyat kerana membolehkan
mereka hidup mewah, kerta mewah, melancong keluar negara dan tidak pernah
faham apa itu erti kenaikan harga ikan, ayam dan barangan harian. Jika
MAHAFIRAUN tidak sanggup, ada orang lain yang rakyat boleh lantik jadi
pemimpin dan Perdana Menteri.Apakah rakyat harus berterima kasih kepada PM
dan para menteri yang asyik dengan kekayaan, kemewahan, kemegahan,
kemungkaran, penipuan, kemaksiatan dan kezaliman. Apakah kita masih perlu
berterima kasih kepada orang yang merompak kekayaan rakyat dan negara.
Rakyat khususnya kakitangan kerajaan telah digula-gulakan dengan bonus
minimum sebulan gaji.
Sebenarnya kakitangan kerajaan berhak mendapat malahan dua bulan gaji
jika kita mengambil kira kos yang telah dibelanjakan untuk projek bakun yang
kini terbiar dan tersadai. Kakitangan Petronas boleh mendapat empat/lima
bulan gaji jika mengambil kira jumlah 2 billion yang digunakan untuk bailout
syarikat Mirzan, Konsortium Perkapalan Berhad? Jadi kenapa harus berterima
kasih kepada mereka-mereka itu.
Cukuplah kita sebagai rakyat memberi peluang kepada pengkhianat negara ini.
Jika dengan merampok khazanah negara dan cmenindas rakyatpun, mereka masih
mahu rakyat berterima kasih kepada mereka, kita tunjukkan kepada mereka
jalan keluar dan laungkan zaman kejatuhan pengkhianat agama, bangsa dan
negara ini.Mari kita bersama-sama menarik kembali kuasa yang kita berikan
kepada mereka selama ini dan mari kita jadikan mereka kembali sebagai rakyat
biasa supaya mereka sedar bagaimana tingginya langit. Mari sama-sama kita
membuat perubahan dan berhijrah ke suatu era yang gemilang dan makmur untuk
kita dan masa depan generasi Malaysia untuk menghadapi alaf baru. Hijrah ke
BA Untuk Kebaikan! InsyaALLAH! Angin Perubahan.18 NOVEMBER 1999
PEMILIHAN CALON : MAHAFIRAUN GILA KUASA
Kesetiaan membuta parti-parti komponen BN kepada MAHAFIRAUN membuktikan
bagaimana MAHAFIRAUN berkuasa seperti diktator mutlak di dalam parti
tersebut. MAHAFIRAUN tidak pernah menghargai pemikiran bebas di dalam
partinya, cuma kesetiaan yang hampir menyerupai pemujaan. Bagi ahli-ahli BN,
MAHAFIRAUN seolah-olah tuhan yang berkuasa atas hidup dan mati mereka. Mana
tidaknya? Apabila ditanya tentang nasib mereka, calon-calon yang bakal
digugurkan hanya sekadar menjawab, "Saya serahkan perkara ini kepada
MAHAFIRAUN".Tidakkah calon-calon BN mempunyai otak? Tidakkah mereka
mempunyai keberanian sedikit pun? Apa sudah jadi kepada mereka? Kalau begini
sikap mereka, lebih baik kami undi lembu sahaja menjadi wakil rakyat! Itulah
budaya takut yang diserapkan oleh MAHAFIRAUN ke dalam setiap jiwa Ahli
Parlimen atau ADUN BN. Depan kita berani mengutuk PAS dan mencaci mereka
bermacam-macam. Dengan si Mamak Kutty seorang ini, lebih pengecut daripada
tikus! Apabila nampak kezaliman yang terang-terang, senyap membisu. Tetapi
apabila nampak MAHAFIRAUN menyerang Barisan Alternatif sedikit, berjuang
mati-matian, takut dilabelkan sebagai penyokong BA.
Para pemimpin BA telah diugut, dipukul dan dipaksa melakukan
benda-benda yang tidak senonoh oleh anjing-anjing MAHAFIRAUN di dalam PDRM.
Ada yang dibogelkan dan dipaksa merangkak seumpama binatang. Tetapi Ahli
Parlimen BN, kerana terlalu memikirkan rasuah dan harta mereka yang akan
kering dan hilang kalau menyertai Barisan Alternatif, takut bertindak dan
takut bersuara. Takut hilang kerusi mereka pada pilihanraya akan datang.
MAHAFIRAUN terlampau efektif ke atas calon-calon BN yang bakal bertanding.
Dengan menggunakan segala macam ugutan, paksaan dan godaan, MAHAFIRAUN telah
membeli dan memiliki jiwa-jiwa calon-calon BN kita. Untuk apakah kita
memilih mereka kalau mereka hanya boneka sahaja?Rakyat tidak mahu patung
atau burung kakaktua. Rakyat mahu wakil rakyat yang berdiri sebagai calon
hanya kerana prinsip dan perjuangan. Itulah tanggungjawabwakil rakyat,
memperjuangkan hak mereka yang tidak mampu berjuang untuk diri sendiri.
Barisan Alternatif tidak lekok untuk turun ke padang dan mendengar rakyat.
Barisan Alternatif tidak berasa segan untuk berjumpa dengan rakyat dan
memahami masalah mereka. Mereka tidak gentar untuk menghadapi si Firaun yang
zalim demi memperjuangkan hak rakyat.
Pada 29 November, buatlah pilihan yang betul. Adakah kita mahu calon-calon
pengecut, atau calon-calon berjiwa rakyat? Pilihan di tangan anda. Abdul
Samad 18 NOVEMBER 1999
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>