*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded:
=========

KISAH MEMALI - Bahagian Akhir 

Sebelum menulis Memali Part-1, saya telah berkunjung ke kawasan perkuburan syuhada 
Memali, di Parit Panjang dengan harapan agar kunjungan itu akan dapat memberi 
inspirasi kepada saya dalam penulisan cerita-cerita Memali ini. Dan sebelum mengakhiri 
tulisan ini, saya telah ditakdirkan untuk hadir dalam satu majlis ceramah/tazkirah 
ramadan oleh ust Ismail Mahmud, adik kepada al-syahid ustaz Ibrahim Libya di sebuah 
masjid berdekatan. Betullah kata orang, ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasik - 
cara pidato beliau yang berapi-rapi menyeru hadirin kepada jihad menyebabkan bulu roma 
saya meremang sepanjang ceramah. Lapang-lapangkan masa anda untuk menghadirkan diri ke 
kuliah atau ceramah beliau bila berkesempatan! 

Meneruskan cerita Memali, Sebagai penutup, ada baiknya kita perhatikan beberapa 
pengajaran yang boleh diambil daripada tragedi berdarah ini: 

Antaranya, peristiwa di perkampungan Memali itu seharusnya menjadi iktibar kepada 
semua pencinta-pencinta Islam bahawasanya dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah 
Allah di muka bumi ini bukanlah semudah dan se'ideal' yang kita sangkakan. Perjuangan 
ini memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan di bumi Memali adalah pengorbanan nyawa 
dan badan! 

MUNGKIN BENAR ISLAM TIDAK AKAN NAIK MELALUI MATA PEDANG, TETAPI ISLAM JUGA TIDAK AKAN 
HANCUR MELALUI MATA PELURU!! 

Saya mendengar cerita dari Memali mengenai seorang hamba Allah, yang cakapnya 
berdegar-degar dan antara yang paling lantang sebelum kejadian - tetapi bila berlaku 
pertempuran, beliaulah yang pertama lari lintang pukang, menyusup naik ke rumah 
seorang pakcik di kampung tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana 
sememangnya sejak zaman Rasulullah lagi, memang terdapat puak-puak munafik di kalangan 
kita! 

SAMPAI MATI PUN, PEMERINTAHAN ISLAM TAK AKAN TERLAKSANA DI BUMI MALAYSIA INI SELAGI 
ORANG ISLAM DARI BANGSA MUNAFIK MASIH TERUS MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN!! 

Saya juga mendengar cerita mengenai seorang hamba Allah di kampung itu [orang atas 
pagar] yg jenis makan kiri kanan; kiri pun dia pi, kanan pun dia pi. Ada kemungkinan 
beliaulah antara yang jadi tukang cucuk dalam kejadian itu. Beliau masih ada di 
kampung itu hingga ke hari ini, tetapi orang kampung sudah tak pedulikan beliau lagi. 
Ini menunjukkan bahawa dalam masyarakat kita memang ada puak-puak semacam ini; kita 
seharusnya berhati-hati dengan orang atau kumpulan seperti itu! 

SUKA KA TAK SUKA KA, MEMANG ADA BERIBU ORANG ATAS PAGAR DALAM MASYARAKAT KITA! 

SUKA KA TAK SUKA KA, ADALAH MENJADI KEWAJIPAN KITA UNTUK MERUNTUHKAN 'PAGAR-PAGAR' 
ITU, SEHINGGALAH MEREKA TERPAKSA MEMILIH, NAK KE SEBELAH SINI ATAU KE SEBELAH SANA!! 

Saya juga mendengar cerita lucu mengenai seorang Cina yang dipanggil "Panjang" yang 
lari lintang pukang, menyusup naik ke rumah seorang makcik di kampung tersebut. Beliau 
ketika itu sedang membawa traktor membajak di sawah berhampiran. Bila ditanya apasal 
beliau lari? Jawab beliau, "Aya.Wa Takut LoNanti Polis Tangkap Wa.Wa Takut Polis 
Ingat Wa Kominis!!". Baling ketika itu memang pun terkenal dengan komunis. Kisah ini 
mengajar kita mengenai "cara dan tindak tanduk" orang-orang depa bila berhadapan 
dengan keadaan yang sedemikian. 

TRAGEDI BERDARAH DI INDONESIA 12-14 MEI 1998 CUMALAH ULANG TAYANG CERITA LUCU DI 
KAMPUNG MEMALI INI!! 

Saya pernah singgah bersembahyang di masjid berhadapan perkuburan Memali berdekatan 
roundbout Parit Panjang. Menurut cerita, Sultan Kedah turut memberi sumbangan 
pembinaan masjid tersebut atas dasar prihatin Baginda kepada tragedi Memali, wallah hu 
aklam. 

BUKAN SEMUA 'ORANG ATAS' BUTA PERUT - ADA JUGA YANG BERSIMPATI DENGAN GOLONGAN YANG 
IKHLAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ DI MUKA BUMI!! 

Saya juga mendengar cerita mengenai anggota Polis yang berasal dari Baling yang kena 
kerja di luar daerah Baling kerana beliau ada sangkut paut adik beradik dengan orang 
kampung Memali. Sekali tu, beberapa minggu sebelum kejadian, ketika beliau sedang 
makan di gerai/restoran dengan Orang-Orang Atas Polis, tiba-tiba ada sorang org 
kampung dia datang join. Nak jadi ceritanya, orang kampung dia ni adalah antara yang 
sedang dicari-cari Polis (Wanted List); gelabah dia. Macam-macam isyarat dia bagi 
suruh si mamat tu belah, tapi si mamat tu tak paham-paham. Nasib baik polis-polis yang 
lain tu tak perasan, kalau tidak, si mamat itu tentu dah kena tangkap hari itu juga. 
Sebetulnya, ramai Polis-Polis di Baling adalah anak jati Baling. Seorang polis pernah 
bercerita kata mereka sendiri tak 'berani' nak ronda di kawasan Memali sebelum 
kejadian. Rasanya, bukan 'tak berani' tapi lebih kepada rasa simpati kepada saudara 
mara sesama daerah. Maka itu, tidak hairanlah bila pasukan polis yang d!
!
ipanggil untuk menyerang perkampungan Memali di'import' khas dari luar daerah Baling. 
Kata seorang hamba Allah dari Baling: 

"Cuba mu tengok, dema (mereka) bawak mari Polis Hutan dan Komando dari Perak (Ulu 
Kinta); pasal apa dema tak panggil Polis Hutan dari Sungai Petani? - sebab Polis-Polis 
di Sungai Petani kenal siapa dia Ustaz Ibrahim Libya. Dia tu Tok Guru, bukannya orang 
jahat!!". 

NAK TAK NAK, KITA KENA TERIMA REALITI HIDUP DI MALAYSIA - BAHAWASA NYA 
MASTERMIND-MASTERMIND KAT ATAS SANA LEBIH KE DEPAN DALAM BANYAK HAL. POLIS, FRU, POLIS 
HUTAN, ASKAR, KETUA KAMPUNG, JKKK DAN RAKYAT MARHAIN MACAM KITA NI CUMALAH BUAH-BUAH 
CATUR PADA PANDANGAN MEREKA!!! 

Saya juga mendengar cerita mengenai Kubur Wangi dan Serban Wangi. Diceritakan orang 
kubur para syuhada di perkuburan Islam Parit Panjang itu pernah mengeluarkan bau yang 
harum. Cerita ini telah diceritakan dari mulut ke mulut. Kemudiannya pula, beberapa 
tahun yang lalu, muncul pula cerita bahawa serban seorang sahabat yang digunakan untuk 
membalut luka al-syahid pada hari kejadian, dan kemudiannya digantung di rumah beliau 
sebagai kenangan (tanpa mencuci darah itu), telah mengeluarkan bau yang harum setelah 
bertahun-tahun tergantung di situ. Kata makcik yang menceritakan kisah ini: 

"Habis lebik (lunyai) orang pakat berebut gi cium serban tu!". 

INI MENUNJUKKAN BETAPA RINDU DAN SETIANYA PENGIKUT-PENGIKUT AL-SYAHID KEPADA BELIAU. 
SEMANGAT WAJA MEREKA TAK PERNAH LUNTUR WALAU PUN KAMPUNG MEREKA PERNAH DIREMPUH KERETA 
PERISAI DAN DILANDA HUJAN PELURU!! 

Dua tiga bulan selepas tragedi, bila ditanya mengenai isu kubur wangi ini, Allahyarham 
Pak Ya, seorang hardcore UMNO di pedalaman Baling berkata: 

"Apa tak wanginya. Cuba mu gi tanya kedai-kedai Cina di Pekan Baling tu, berapa botol 
minyak wangi dema (org kampung) gi beli, gi soh (tuang) atas kubur Memali tu!". 

Seorang lagi Pakcik tua, orang lama UMNO, bila saya tanya cerita ini, beliau berkata:

" Ala, puak-puak Memali tu ramai dok gi Kelantan. Dema gi beli minyak wangi di 
Kelantan, bawak kelik sini, gi bubuh di kubur tu". 

Bila timbul pula cerita Serban Wangi, saya tanya pula seorang lagi Pakcik UMNO; kata 
beliau: 

" Ala, serban tu, bubuh minyak wangi hak dema bawa kelik (balik) dari India Pakistan 
tu. Puak-puak ni ramai yang dok gi ngaji sana." 

NASIB BAIK DEPA TAK TAHU NAK SEBUT PERFUME-PERFUME MACAM ESTEE LAUDER KA, FRAICHE 
COLOGNE KA, JEAN D'ASTRESS KA, APA-APA KA. KALAU TIDAK TENTUNYA TERGELIAT LIDAH 
PAKCIK-PAKCIK INI NAK MERIWAYATKAN CERITA ITU KEPADA SAYA!! 

Apa-apa pun, pengajarannya: Bila berhadapan dengan puak-puak main logik akal ini, tak 
payahlah dok berdebat dengan mereka bab-bab yang tak kesampaian akal mereka 
memikirkannya. Apa mereka kata, senyum sajalah, kemudian kat dalam hati, minta doa 
supaya Allah memberikan hidayah kepada mereka - KERANA SESUNGGUHNYA SAYA PERNAH 
MENJADI SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA SEBELUM SAYA SUAMI ISTERI DENGAN SECARA RASMINYA 
MENGISI BORANG HIJAU PUTIH TAK BEBERAPA LAMA DULU......SETELAH 13 TAHUN TRAGEDI MEMALI 
BERLALU!! 

-Wassalamu-
======================================================

Note:
Sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepada keluarga mangsa Memali, sila 
hubungi:

Bendahari Madrasah Islahiah Diniah
Kg Memali, 09100 Baling, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-4732631




Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke