*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jawatan
AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI
KETUA BADAN PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR
Latarbelakang:
Anak kelahiran Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, Dr.
Ghazali Basri adalah satu nama baru dalam dunia politik
kepartian.
Sebelum menyertai Parti Keadilan Nasional, beliau hanya
bergiat
cergas dalam dunia pendidikan dan gerakan sosial seperti
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan boleh dikatakan
separuh usia mudanya dihabiskan dalam dunia pendidikan.
Minatnya dalam dunia pendidikan adalah semulajadi.
Dibesarkan dalam suasana kampung dan persekitaran
keagamaan yang kuat, Dr. Ghazali memperolehi didikan dan
asuhan agama daripada bapanya sendiri yang juga
merupakan
guru agama. Dari situ sedikit demi sedikit semangat
idealisma
untuk mendidik bangsa berputik di dalam sanubari beliau.
Dan
apabila meningkat remaja Dr. Ghazali bercita-cita untuk
menjadi
seorang guru sepertimana juga bapanya sebaik sahaja
beliau
menamatkan pengajian menengahnya di Sabak Bernam.
Cita-citanya itu kelihatan termakbul apabila
permohonannya
untuk menyertai maktab perguruan di terima Pusat Latihan
Perguruan Taiping terlaksana. Di sana, beliau mendapat
latihan
asas sebagai seorang pendidik dan kemudiannya berkhidmat
sebagai guru dari tahun 1967 sehinggalah beliau
memutuskan
untuk meneruskan pengajiannya sehingga ke peringkat
ijazah
sarjana muda di Universiti Malaya pada tahun 1975. Dari
situ Dr.
Ghazali masih meneruskan perkhidmatannya dalam dunia
pendidikan.
Pun begitu cintanya kepada ilmu telah mendorong beliau
sekali
lagi melanjutkan pelajarannya dan kali ini ke Amerika
Syarikat.
Setelah memperolehi ijazah sarjana beliau memutuskan
telah
tiba masanya untuk berubah angin. Dari seorang guru
sekolah
beliau menyertai Universiti Pertanian Malaysia (kini
Universiti
Putra) sebagai pensyarah. Tidak lama kemudian beliau
memperolehi ijazah kedoktorannya dari Scotland dan mulai
tahun 1991 hingga 1994 beliau menjawat kerusi timbalan
dekan
sebelum dilantik ke jawatan Pengarah Pusat Islam UPM
dari
tahun 1994 hingga 1996.
Pada tahun 1997 hingga sekarang beliau menjawat jawatan
rektor Institut Pengajian Ilmu Islam. Dalam aktiviti
sosial, beliau
bergiat cergas di dalam ABIM dan pernah memegang jawatan
Exco Pusat ABIM dari tahun 1990 hingga 1995.
"Pada dasarnya, saya hanyalah seorang pendidik.
Kesedaran
tentang politik hanya bermula apabila saya menyertai
ABIM pada
tahun 1976 dan saya hanya menyertai politik kepartian
setelah
KeADILan ditubuhkan kerana saya percaya inilah
satu-satunya
wadah politik yang mewakili semua kepentingan kaum,
bangsa,
agama dan gerakan sosial di Malaysia," beliau dipetik
sebagai
berkata apabila ditanya apakah beliau berkecimpung dalam
politik sejak dari awal lagi. n
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]