*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ceramah ini telah diadakan di Masjid Bayan
Baru,P.Pinang.
Pembentang 1 : Ustaz Halim Nasir.
------------------------------------------------------
Alhamdulillahi rabbil `alamin.Wa bihi nas ta
`in.Fala `ud wa na illa ala zolimin.As solla tu
wassala mu `ala asy rofil ambia iwal
mursalin.Saiyyidina wahhabi bina Muhammad sallallahu
alaihi wassalam.Wa `ala alihi wa as habihi
ajmain.Subha nakala `il malana illa ma `allam
tana,innaka antal alim mulhakim.Allahumma fakihna
fiddin,wa `alimna takwil.Wala hau la wala khuwwa ta
illa billa hil `aliyyil `azim.Ammaba`.
Muqadimah.
------------------
" Fa bi aiyyi ha di sim ba` da hu yuk minun."
- Dan dgn berita manakah lagi kamu mahu
beriman,setelah berita yg disampaikan oleh Al-Quran?
(Ayat 50 Suratul Mursalaat).
* Kesan apabila ulama tidak diperduli/diambil
kira,maka lahirlah pemimpin yg takabbur.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita kena tanya diri kita sendiri,iaitu apakah
dia peranan yg kita mesti ambil di dlm mempertahankan
institiusi para ulama.Krn sekarang ni,apa yg kita
lihat,diantara trend yg sedang wujud dlm masyarakat
kita pd hari ini,ialah memperlekehkan para ulama.Puak2
ni menganggap ulama ni sbg satu generasi yg tidak
punya saham dlm Islam.Lalu mrk meletakkan ulama
ini,hanya sebaris dgn batu nisan,sebaris dgn majlis
tahlil dan baca Yaasin,sebaris dgn hanya utk membaca
doa dlm kenduri dll.Sehinggalah sampai kpd satu tahap
yg cukup biadap,yg mana mrk menuduh ulama sbg penjual
air jampi.Dgn kenyataan yg cukup kurang ajar,dgn
menyatakan bahwa ulama ni ambil kesempatan dgn
pengetahuannya yg serba sedikit ttg Al-Quran,lalu
bolehlah tipu org dgn jampi serapah,maka jadilah dia
kaya dan boleh beli bungalow.
Demikianlah juganya yg terjadi di sebuah IPT
baru2 ini,dimana puak2 yg telah sesat,telah menconteng
di papan2 kenyataan dgn mengatakan bahwa `ulama
penipu`,begitu juga mrk mengatakan yg `Imam Syafi'e
juga penipu`.Na u zubillahi min zalik.Apalah nak jadi
dgn masyarakat kita mutakhir ini,hingga sampai ke
tahap berani menghina seorg Imam yg berketurunan
Quraisy,yg keturunannya pula bersambung dgn Rasulullah
s.a.w.,yakni Imam Syafi'e.Beliau yg pernah bermimpi
bertemu Rasulullah s.a.w.,dimana di dlm mimpinya
itu,Rasulullah mengarahkan Imam Syafi'e menjulurkan
lidahnya.Maka apabila Imam Syafi'e menjulurkan
lidahnya,Nabi s.a.w. menyapu lidah Imam Syafi'e sambil
berkata,"Pergilah engkau." Dgn keberkatan yg ALLAH SWT
beri kpd sapuan Rasulullah di dlm mimpi Imam Syafi'e
itu tadi (yg mana syaitan tidak boleh menyerupai Nabi
s.a.w. di dlm mimpi),maka dgn keberkatan itu,Imam
Syafi'e dapat menhafal Al-Quran ketika usianya baru 9
thn.Dan apabila mencecah usia 15 thn,sudah dilantik
menjadi mufti negeri Mekah,dan
sudah boleh memberikan fatwa.Beliau juga mengaji dgn
Imam Malik rahimmatulmullah; dan telah mengarang
ratusan buah kitab.Tapi la ni dgn tiba2,ada org berani
menulis dgn mengatakan yg Imam Syafi'e penipu.Wa
nauzubillahi min zalik.
Ust menyatakan yg beliau menyebut ttg senario
ini,krn utk membayangkan khususnya bagi umat Islam di
M`sia ini,bahwa kita sedang lihat sudah ada suatu arus
utk mem`bakul-sampah`kan para ulama.Iaitu dgn
menyatakan yg ulama hanya tahu menghukum shj,hanya
tahu mengharamkan shj,dan ulama tidak boleh berperanan
di bidang ekonomi,di bidang jenayah,di bidang politik;
jadi ulama tidak ada haq.Oleh itu kita sbg
ummah,kenalah memperbetulkan keadaan ini,krn perana
ulama amatlah besar.Sehinggakan Nabi s.a.w. telah
menyebut dlm hadisnya,"Apabila ulama pupus krn tidak
dibela (ummat tidak berperanan utk membela para
ulama),maka kesannya akan lahirlah pemimpin2 yg
jahat,yg akan menyesatkan manusia." Sabda Rasulullahi
s.a.w. lagi,"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mencabut
`ilmu sekaligus drpd dada manusia,tetapi tanda ALLAH
mengangkat `ilmu ialah dimatikanNya ulama,maka manusia
akan menyerahkan urusan hidup mrk kpd pemimpin yg
jahil.Dan apabila pemimpin yg jahil ini ditanya ttg
Islam,maka berfatwalah mrk tanpa `ilmu.Jadi,pemimpin
itu pun sesat,dan dia menyesatkan pula org lain."
[ Hadis ini menceritakan tanda hari nak qiamat,dan
diantara tanda hari nak qiamat ialah ilmu
diangkat.Tetapi ilmu diangkat bukanlah dgn sekaligus
(yakni bukan dgn melupakan ilmu yg telah diamalkan
oleh seseorg),tapi ALLAH SWT mengangkat ilmu dgn
mematikan para ulama yg benar2 berjuang,menyeru,zuhud
dan hidup dgn penuh kesederhanaan.Ulama2 seperti ini
pupus,lalu yg tinggal hanyalah ulama jahat,ulama
duniawi pulus,yg hanya memikirkan masalah duniawi,yg
juga menjadi seperti burung2 kakak tua yg akan
mengangguk2kan kepalanya apabila diberi makan habuan
yg banyak.Ulama yg jahat seperti ini,telah diberi
ingat oleh ALLAH,yg bermaksud,"Mrk adalah seperti
anjing.Yg dikatakan anjing ini,apabila kamu membawa
tulang,lidahnya terjelir.Kalau kamu tak bawa tulang
pun,lidahnya tetap terjelir." - Inilah perangai
anjing,yg kira 24 jam nak mentahkedarah saja.Memang
ALLAH marah sungguh dgn puak2 ni.
Lalu apabila tidak ada lagi ulama yg ikhlas utk mrk
refer,maka urusan harian mrk serahkan kpd pemimpin yg
BANGANG.Oleh krn tidak ada lagi ulama yg nak tegur;
kalau ada ulama pun,dia dituduh jual air jampi; kalau
ada ulama pun,dia diperlekeh; ulama dah tak boleh lagi
berperanan,maka manusia pun akan mengambil puak2
juhalah sbg tempat reference mrk.Lalu sesatlah mrk
bersama2 dgn pemimpin jahil mrk.
Inilah bahaya yg menunggu ummah,apabila ummah hanya
tidur lena tidak berperanan bila ulama di
caci-maki.Ummah langsung tidak berperanan apabila
ulama diperlekeh.Jadi,apa yg Nabi s.a.w. sebut dlm
hadis di atas,sudahpun berlaku di depan mata
kita.Iaitu telah munculnya golongan2 pemimpinyg
sombong/takabbur akibat dari ulama2 dicantas.Tapi
sayangnya,hanya segelintir shj yg bangkit membela para
ulama.Tapi yg lebih teruknya lagi,ialah puak2 yg dok
pi mengaji ugama pun,tidak membela kawan2 sama ulama
dgnnya,krn mrk sayangkan kerusi empuk mrk lagi drpd
sahabat2 seperjuangan. ]
Sabda Rasulullah s.a.w.,"Tidak akan masuk ke
dlm syurga,org2 yg di dlm hatinya ada perasaan
sombong/takabbur kpd ALLAH SWT walaupun sebesar biji
sawi."
- Sombong dlm istilah bahasa Melayu ni,mungkin macam
kita tak menegur seseorg.
Tapi kalau istilah sombong dlm Islam; dia ada `2`
ciri :
a) Menolak kebenaran.
--------------------------------
Baik dia pemimpin,ataupun rakyat biasa,apabila
dia menolak kebenaran yg paling tinggi (yakni
Al-Quran); apabila dia tak percaya hukum dlm
Al-Quran,yg mana telah diperjuangkan oleh ulama sejak
dr zaman dahulu,sehinggakan ada diantara mrk itu
dipenjara seperti Imam Hanafi,Imam Syafi'e,Imam Malik
dan Imam Ahmad bin Hambal yg disebat krn
mempertahankan aqidah; maka jadi sombong/takabbur lah
org2 yg menolak kebenaran Al-Quran walaupun satu
ayat.Lalu kata Nabi s.a.w. lagi,"Apabila tolak
kebenaran,jadi takabbur.Dan apabila jadi takabbur,tak
dak pasai boleh masuk syurga."
Kemudian ust merujuk kpd satu ayat ALLAH yg
menjadi muqadimah tadi,iaitu ayat yg terakhir dlm
Suratul Mursalaat,dimana ALLAH kata,"Berita mana lagi
yg kamu nak percaya? Kalau tidak kpd Al-Quran?"
[ Yg dimaksudkan oleh ayat ini ialah kalau Quran kamu
tak percaya,bermakna kamu tidak beriman.Krn
kesombonganlah,maka pd hari ini,ramai org dah tak
percayakan Al-Quran (tapi ada juga yg mengatakan
percaya hanya di bibir shj; manakala di dlm hati masih
meraguinya).Dah la tak sayang para ulama,sombong pula
org2 sekarang ni.Apa,depa ingat,syurga tu tok wan depa
yg punya ka? Boleh masuk ikut sesuka hati saja ka?
Al-Quran pun boleh depa tolak,inikan pula para
ulama.Dgn kemelut ugama yg kita dok hadapi
sekarang,tiba2 muncul pula golongan2 yg mempertikaikan
hadis Nabi; krn mrk kata hadis muncul 700 thn selepas
Nabi s.a.w. wafat.Maka krn itu,hadis boleh
dipetikaikan,Imam Bukhari dipertikaikan,Imam Muslim
dipertikaikan.Awat depa ni baguih sangat ka? Depa
kenai ka sapa Imam Bukhari/Imam Muslim? Kedua2 Imam
Bukhari/Muslim bertungkus-lumus utk men`sahih`kan
sesuatu hadis yg mrk terima; seperti dgn mendirikan
berbelas2 rakaat sembahyang sunat
istighkarah/hajat/tahajjud,utk mensahihkan satu2
hadis.Apa depa ingat macam karang hikayat Hang
Tuah/Hang Jebat,yg tak tau kesahihan perawi2nya. ]
Dgn kebiadapan sudah sampai kpd tahap yg
membimbangkan,maka ust mengingatkan bahwa tidak ada
dlm sirah,mahupun dlm Al-Quran,yg mengatakan bahwa
org2 sombong ending hidup mrk dlm "Ya aiya tu han naf
sul mut ma innah",yakni tak jumpa lagi ayat yg
mengatakan org sombong mati dlm keadaan baik.
[ Mrk2 itu seperti Qarun,seorg jutawan yg tidak
menghormati ulama,malah dia menentang Nabi Musa a.s.
Hebat tak hebatnya jutawan Qarun ni,kita boleh pi
lihat di Mesir ada sebuah tasik bernama `Faiyum`,yg
berukurlilitnya 80 km (sama dgn jarak antara Sg Petani
ke Balik Pulau,Penang); dan tasik `Faiyum` yg luas
itulah sebenarnya `mahligai` Qarun asalnya,yg
ditenggelamkan oleh ALLAH SWT menjadi tasik.Inilah
Qarun yg mempunyai `mahligai` yg amat luas,tapi
`ending`nya hina; bukan kata lawan ulama,Nabi Musa
dilawannya.
Yg lain2nya seperti Firaun,Haman,Namrud dan nama2 yg
sewaktu dgn mrk sehinggalah ke hari qiamat; mrk2 ini
akan mati dlm keadaan hina krn sombong/takabbur akibat
tidak ada perasaan cinta kpd ulama. ]
Satu lagi cnth ialah sdra/i tengok apa dah jadi
dgn Turki; bagaimana ALLAH SWT lanyak Turki
tempohari.Yg dikatakan Turki tu,bukan kata tak hormat
ulama,malah depa tangkap dan bunuh para ulama.Ini
adalah merupakan salah satu kejayaan ideologi
sekularisma yg dipelopori oleh seorg Yahudi yg
menyamar sbg seorg Islam,iaitu `bapa` sekular,Mustapha
Kamal Ataturk.Org ni lah yg bertanggungjawab
memusnahkan kerajaan empayar Islam Ottomaniah,yg mana
satu ketika dulu mempunyai ketumbukan tentera yg amat
ditakuti.Di zaman kegemilangan Ottomaniah,Islam
berkembang hebat,sehinggakan ditulis di dlm buku para
orientalis,dimana kalau tentera2 Turki di bawah
kepimpinan kerajaan Ottomaniah pergi berperang,baik di
darat/laut/udara,maka para orientalis menulis di dlm
buku mrk (seakan2 pantun),"Siang bertukar menjadi
malam,Malam bertukar menjadi siang."
[ Maksudnya,hebatnya tentera2 Turki,kalau pergi
berperang di waktu siang,siang bertukar menjadi mlm
krn akibat kepulan2 asap yg dilepaskan oleh bedilan
meriam2 tentera Turki,lalu kepulan2 asap yg terlalu
tebal itu menyebabkan suasana terang siang itu
bertukar menjadi kelam mlm.Manakala,mlm bertukar
menjadi siang pula,ialah apabila cahaya drpd muncung2
senapang dan bedilan2 meriam yg dihalakan oleh
tentera2 Turki mengalahkan musuh. ]
Tapi setelah tumbangnya kerajaan Islam
Ottomaniah sekitar 1920an,maka muncullah Mustapha
Kamal Ataturk yg sangat2 anti dgn para ulama.Dimana
langkah pertamanya utk menghancurkan institiusi ulama
ialah menutup Mahad2 Tahfiz,supaya tiada lagi generasi
akan datang yg menjadi penghafal Al-Quran.Sedangkan
org yg menghafal Al-Quran,kata Nabi s.a.w.,"Mrk boleh
memberi syafaat pd hari qiamat kpd 10 org ahli
keluarganya."
[ Oleh krn itu,ust kata,"Untung jadi penghafal Quran
ni,tapi sakit bila nak `maintain` hafalan mrk. ]
Kemudian bapa sekular laknatullah ini,mengorak
langkahnya lagi; kali ini dia cuba membahasa
`Turki`kan azan.Dan sekaligus meng`selaras`kan khutbah
Jumaat di semua Masjid2 di Turki.Kemudian
diharamkannya pula perkataan `Islam` bagi mana2
pertubuhan pun,eg,parti Islam pimpinan Najbudin
Erbekan telah ditukarkan namanya kpd parti Refah (yg
bererti kebajikan).Tapi kalau mana2 badan nak daftar
juga atas nama Islam,maka pendaftaran tersebut akan
dibatalkannya.
[ Inilah juga apa yg nak dilakukan di
M`sia.`Bunga`2nya sudah kedengaran tempohari.Apa nak
jadi dgn Melayu kita? ]
Kemudian dgn kuasa ALLAH SWT,satu ketika
diberiNya tampuk pemerintahan Turki kpd Prof Dr
Najbudin Erbekan dari parti Refah,yg merupakan seorg
engineer kereta-kebal Rusia yg bernama `Leppard`.Dan
selepas kemenangan itu,projek pertamanya bukanlah nak
membina istana/mahligai,tapi dgn adanya sifat ulama
pdnya,maka dibentangnya di parlimen Turki bahwa dia
hendak membina projek lebuhraya yg menghubungkan
Istanbul terus ke Madinah,supaya rakyatnya menjadi
mudah mengerjakan haji/umrah.Tetapi
sayangnya,projeknya itu telah dibantah oleh ahli2
kabinet yg lain,yg mempunyai fahaman sekular yg amat
pekat; dan akhirnya mrk menyuruh Dr. Najbudin
meletakkan jawatannya secara paksa.Dlm masa `3` thn
shj Dr. Najbudin memerintah,dia sempat membangunkan
kembali semula Mahad2 Tahfiz dan para ulama
dibela.Inilah yg dilakukan,bila pemimpinnya fikir ttg
Islam.
Kemudian baru2 ini,bila mana parti sekular
menang,dan apabila upacara mengangkat sumpah di
parlimen dijalankan,tiba2 naik seorg wanita yg memakai
tudung utk mengangkat sumpah setelah dia menang satu
kerusi di parlimen Turki.Tetapi dia telah dihalang
dari mengangkat sumpah,lalu dihalau keluar dari
parlimen Turki krn mempertahankan auratnya.Inilah dia
Turki sekular,mrk benci sampai ke tudung
kepala.Sekarang sampailah masanya ALLAH menghukum
mrk,tapi yg kena ialah puluhan ribu rakyat yg tidak
berdosa.Krn ini adalah sifat azab ALLAH; bila Dia
balun,Dia sapu habih semua.Sehinggakan terpaksa
dikorbankan sebuah ladang jagung yg sedang berbuah,utk
ditanam dgn mayat2 mangsa gempabumi tersebut.
Tetapi ada juga suara2 sumbang di M`sia ini yg
menyatakan bahwa gempabumi yg melanda Turki
itu,bukanlah bala ALLAH,tapi ia merupakan suatu
bencana alam.Lalu utk menunjukkan kejadian itu adalah
bala ALLAH,maka ust suruh kita buka Surah Ar-Rum ayat
41 yg bermaksud,"Telah zahirlah kehancuran di darat
(seperti gempabumi,tanah runtuh,banjir etc) dan
kehancuran di laut (seperti tumpah minyak,ikan kurang
etc),krn kerja tangan2 manusia."
[ Kata ALLAH,Aku hancurkan di darat ialah krn tangan2
pemimpinyg sombong,yg mana tangan mrklah yg meluluskan
kemungkaran.Eg,masa sambut kemerdekaan hari tu,depa pi
panggil para artis utk berhibur.Awat? Tak boleh ka
kita buat sembahyang hajat pulak menggantikan
rancangan2 hiburan yg melalaikan rakyat drpd tunduk
sujud kpd ALLAH SWT?...Tarak pasai la,ini adalah krn
di dlm hati2 mrk telah bersarang perasaan takabbur
itu.Inilah kata ALLAH,krn tangan2 pemimpin yg sombong;
yg meluluskan lesen arak; meluluskan lesen judi;
mencemuh/memecat ulama; menghina janggut Nabi s.a.w.;
inilah yg mengundang bala drpd ALLAH SWT.Kes seperti
inilah juga yg membuatkan bumi Turki terbungkang,tapi
itupun mrk tak sedar2 lagi.Krn akibat dari amalan
sekularisma mrklah yg menjauhkan diri drpd para
ulama,lalu jiwa mrk mati.Sehinggakan azab ALLAH,mrk
tak nampak dah.Teruknya Turki,sampai ke tahap
melupakan ulama.Akibat berpegang dgn ajaran yg tidak
bersumber drpd Islam,jiwa mrk mati.Oleh sbb
itulah,ulama mesti kita kena bela,krn ulama adalah
pewaris Nabi. ]
.....bersambung.....
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>