*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AIR JAMPI, ULAMA DAN DR. HARUN DIN

BANYAK isu berkaitan dengan "ulama" yang telah dilambungkan untuk orang
politik smesy atau menghentam. Anataranya ialah "ULAMA dan AIR JAMPI" telah
menjadi satu isu besar. Ia bermula dengan "lambungan" oleh Dr Mahathir yang
mempertikaikan "kesahihan" Datuk Dr. Harun Din sebagai ulama dan pengubat
menggunakan ayat A-Quran, dibacakan kepada air untuk pesakit.

Ramai tertarik dengan isu tersebut kerana Dr. Harun mempunyai ribuan
peminat, pesakit dan murid. Akhbar utama, beberapa penulis dan penceramah
politik telah menggunakan isu tersebut untuk menyindir dan memperkecil
Harun Din sebagai pengubat, cara bomoh yang tidak sesuai dengan pengajaran
Islam. Ia disebut cara yang tidak masuk akal, malahan semacam satu
"penipuan". Sebabnya Dr. Harun Din sendiri telah berubat di sebuah hospital
Australia.

Dengan demikian ilmu Islam pada diri Datuk Prof (bekas) Dr. (Ph.D) Harun
Din dan orang yang setaraf atau lebih daripada beliau juga tidak boleh
dianggap sebagai ulama menurut pendapat Dr. Mahathir. Wancara dengan TV3
pada malam Rabu 16 Nobember, 1999 Dr Mahathir telah mengulangi pendapatnya
mengenai ulama. Beliau menyebut nama beberapa ulama agung waktu silam ;
tetapi tidak pula memberi nama seorang pun ulama sekarang di dunia ini yang
beliau "hormati" dan membaca penulisan mereka. Mahathir tidak menganggap
seseorang itu "ulama’ apabila ia menjadi anggota atau penyokong mana-mana
parti politik (apakah konsep "sapu bersih" ini juga termasuk mereka yang
berpendidikan agama dalam BN atau penyokongnya di luar secara langsung dan
tidak langsung BUKAN JENIS ULAMA ? tidak pula dijelaskan !.)

Bahas pendapat 1. Logiknya untuk mengetahui siapa itu ulama perlu dikaji
istilah dan konsep serta pemakaiannya. Dalam konteks agama asas ilmu Islam
yang teguh perlu ada pada seseorang. Alim, bukan sahaja ada ilmu yang
mendalam luas tetapi juga mempunyai sifat takwa. Ilmu dan sifat takwa pada
diri seseorang itu diakui dan dihormati oleh masyarakat sehingga ia
dipanggil ulama. Ijazah tinggi tanpa takwa dan menegakkan syariat Islam
tidak boleh dianggap ulama. Ilmu demikian itu hanya untuk dirinya mencari
makan. Jadi tingkat ulama itu bertangga menurut maqam pendekatan diri
dengan Allah dan perjuangan syariat Islam.

Bahas pendapat kedua : AIR dan Jampi. Air yang berkaitan dengan sejarah dan
kepercayaan baik menurut Al-Quran dan Hadis mahupun ulama dan cerita cukup
banyak. Antara yang terkenal ialah 1) air Jeranah, air telaga yang
diceri;takan pernah nabi "meludah/membaca" (?) ses;udah diketahui bahawa
telaga itu diisi rajun oleh musuh Islam ; 2) air zamzam yang diminum oleh
penduduk Mekah dan jamaah haji 3) air kauthar (aib) dan 4) air mahfuz . 3
dan 4 bagi orang tariqat ialah masing-masing air untuk dikasad agar
terkikis sifat jahat (mazmumah) dan dibukakan hijab.

Untuk mengetahui "hikmah" merupakan pemberian Allah kepada hambaNya.
Malahan, saya tahu ada hamba Allah yang diberikan ayat Al-Quran yang dibaca
dan ditulis pada air untuk pesakit jantung. Ini ada buktinya. Namun
demikian itu merupakan satu daripada "undang-undang alam" yang dianugerah
Allah melalui matafizik.

Seterusnya mengenai AIR JAMPI kita banding dengan pita rakaman yang
digunakan oleh penyanyi atau penceramah. Gelombang suara itu akan
mempengaruhi "rasa" dan pancaindera pendengar. Orang akan menari dan
berbagai aksi menurut gelombang yang masuk melalui telinganya. Menurut
seorang "pengubat" dan terpelajar Barat di Indonesia bahawa air itu
berperanan sebagai pita ; manakala ayat Al-Quran itu mempunyai gelombang
yang hebat. Ayat tertentu akan "menormalisasikan" apa yang tidak norma
dalam badan pesakit. Jika sesuai dengan ayat (gelombang) itu maka pesakit
yang perjalanan darah dan urat sarafnya tidak norma akan sembuh. Harun Din
tidak pula menidakkan ilmu dan pendekatan lain kerana setahu penulis Harun
Din dan pengubat lain menggunakan herba, madu dan lain di samping air yang
dibacakan ayat suci dan selawat sifaq.

Untuk melihat secara ilmiah, isu ini perlu penyelidikan mengenai gelombang
ayat Al-Quran dan penyukatan tentang suhu, darah dan lain-lain hal yang
berkaitan dengan pesakit. Ertinya, ilmu kita, termasuk perubatan di
hospital, masih jauh terbatas dan ia perlu penyelidikan yang mendalam dan
meluas. Terciptanya makhluk halus seperti iblis, jin dan syaitan dengan
berbagai nama sebagai satu daripada berbagai penyebab manusia dapat sakit
tidak dapat diketepikan. Bancaan empat qul, ayat kursi, ayat sihir dan
segala doa dan juga sejarah pengubatan oleh Rasullallah dan para sahabat
sebaiknya boleh diperluaskan dengan penemuan ilmiah sekarang. Melukut
(Ahmad Qamar 16/11/99.







 






-----------------------------------------------------
Get free personalized email at http://email.lycos.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke