*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded Message:>
-----Original Message-----
From: Yahya Ayyash <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Apakah Dosa Para Mujahid ini??
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum wbt,
Bismillah hirrahmanirrahim,
Sudah lama saya ingin sampaikan berita ini kepada sidang pembaca sekalian,
tetapi kerana masing-masing kita sibuk dengan masalah politik semasa, saya
pendamkan cerita ini hinggalah ke saat-saat akhir menjelang pilihanraya.
Moga kisah benar ini akan dapat menjadi renungan kita bersama di pagi
pilihanraya nanti.
Cerita ini saya dapat melalui internet, yang telah saya kumpulkan sejak
beberapa lama dahulu terutamanya sejak kisah penangkapan Tok Guru Pattani
ini tersiar di beberapa buah mailing list tempatan.
Lihatlah gambar-gambar di bawah; dan lihat pula petikan berita yang
menyusul, tak perlu saya ulas panjang; semuanya jelas kepada kita siapa Dr
Mahathir Bin Mohamad yang sebenarnya; seorang manusia yang mengaku
beragama
Islam tetapi kerana sedikit habuan duniawi, tergamak ia mengepung dan
menangkap Mujahid-Mujahid yang tumpang berteduh di bumi Malaysia ini
untuk
diserahkan kepada tentera-tentera kuffar.
Gambar Pertama:
http://www.angelfire.com/ab/guraba/images/tokguru.jpg
Nama: Tuan Guru Abdul Rahman (Baba Bedul)
Jawatan: Supreme Leader of the New PULO (Pemimpin Agung PULO Baru)
Kesalahan: Berjuang untuk membebaskan bumi Pattani Darulsalam dari jajahan
Siam.
Hukuman: Dicekup di bumi Malaysia, sekitar Kuala Kangsar ketika berhenti
untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan 1998; lalu diserahkan hidup-hidup
kepada kerajaan Siam.
Gambar Kedua:
http://www.angelfire.com/ab/guraba/hajidaud.jpg
Nama: Haji Asem (berbaju gelap) dan Haji Daud (berbaju biru)
Jawatan: Panglima Angkatan Perang Pattani (PULO Baru)
Kesalahan: Berjuang untuk membebaskan bumi Pattani Darulsalam dari jajahan
Siam.
Hukuman: Dicekup di bumi Malaysia, sekitar Kuala Kangsar ketika berhenti
untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan 1998; lalu diserahkan hidup-hidup
kepada kerajaan Siam.
Mana buktinya bahawa kerajaaan Malaysia terlibat?
Ini buktinya:
Keratan dari Bangkok Post 5 February 1998:
<cut>
The cooperation received from Malaysia last month which led to the capture
of four separatist movement leaders has undoubtedly helped strengthen
ties
and mutual understanding between our two countries. This latest gesture
came
as something of a surprise as leading separatists for decades have
considered Malaysia a safe haven. The capture reportedly took place on
the
night of Jan 12 when Malaysian security forces, believed to be police,
launched a surprise raid on hideouts housing the four separatist members
of
the mainstream Pattani United Liberation Organisation (Pulo) and the
splinter New Pulo group.
<cut>
[Kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk menangkap 4
Pemimpin
Pejuang Pattani telah membantu mengukuhkan lagi kerjasama dan persefahaman
antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand. Kerjasama Malaysia ini
begitu memeranjatkan pejuang-pejuang Pattani kerana selama ini, sejak
berdekad yang lalu mereka menganggap Malaysia tempat yang paling selamat
untuk mereka tumpang berteduh. Tangkapan ini dibuat dengan kerjasama pihak
berkuasa Malaysia pada malam 12 Januari 1998]
Kerana apa Mahathir sanggup berbuat demikian?
KERANA PROJECT PEMBANGUNAN SEGI-TIGA UTARA!!
Ini buktinya:
Keratan Bangkok Post 5 February 1998.
<cut>
The interior minister is reportedly worried by the problem as without
peace
and order in the area, it is unlikely the heavily promoted
Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle Development Project will ever
be
fully realised. The Growth Triangle, which is the brainchild of Malaysian
Prime Minister Mahathir Mohammed, links Thailand's South to four
Malaysian
northern states (including Kedah which is the Malaysian premier's
birthplace) and the west of Sumatra island in Indonesia in a plan to
encourage tourism, trade, investment, fishing, agriculture, transport and
energy cooperation. "Investor confidence can be restored only when we
are
able to resolve separatist-inspired terrorism in the area," said Maj-Gen
Sanan, adding that Malaysia's assistance was crucial to help Thailand
tackle
the problem.
<cut>
(Kementerian dalam negeri Thailand dikatakan begitu khuatir dengan keadaan
keselamatan di Selatan Thailand, kerana tanpa keamanan di situ, project
pembangunan segitiga utara antara Indonesia-Malaysia-Thailand tidak akan
menjadi kenyataan. Project segi-tiga utara ini adalah hasil ilham Dr
Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Major General Sanan berkata,
"Keyakinan pelabur akan dapat dipulihkan sekiranya kita dapat
menyelesaikan
masalah pejuang pemisah Pattani". Beliau juga menambah bahawa bantuan
Malaysia amatlah diperlukan untuk membantu Thailand menyelesaikan masalah
tersebut.)
Kerana apakah Pejuang Pattani menentang project ini?
Kerana ianya bertentangan dengan deklarasi Kumpulan-Kumpulan Pejuang
Pattani
yang ditandatangani oleh kesemua kumpulan pejuang Pattani pada 31 Ogos
1989.
Rujuk buku "Hidup Mati Bangsa Melayu Pattani" keluaran Majlis
Permesyuaratan Rakyat Melayu Pattani, mukasurat xv:
(Ada 9 perkara yang diisytiharkan; di bawah ini saya petikkan perkara yang
ke-5)
"5. Kami menentang segala bentuk kerjasama oleh mana-mana pihak dengan
penjajah Thai dalam mengambil faedah dan menikmati sumber-sumber ekonomi
dan
kekayaan bumi Patani."
Tetapi Mahathir apa peduli; kerjasama dengan kerajaan Thailand ini bukan
saja akan membantu Thailand memusnahkan gerakan jihad Pattani yang sudah
berterusan zaman berzaman, tetapi juga membantu memperkayakan kroni-kroni
Mahathir.
Mana buktinya? Sila rujuk
http://www.sittdec.org.my/imtgt/news/07219803.htm
yang memuatkan berita berkenaan perkembangan project segitiga utara
dipetik
daripada akhbar the New Straits Times 21 July 1998:
<cut>
Konsortium Perkapalan Bhd's partly-owned Sadao ICD Terminal in southern
Thailand is expected to be a catalyst for stronger industrial and trade
links as envisaged under the Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle
and
Asian Free Trade Area scheme.
<cut.
(Terminal Pelabuhan Sadao di selatan Thailand yang sahamnya turut dimiliki
oleh Konsortium Perkapalan Berhad dari Malaysia dijangka akan menjadi
pemangkin kepada project pembangunan segitiga utara)
<cut>
KPB Group Executive chairman, Mirzan Mahathir said Sadao ICD Terminal, the
fourth such depot terminal in Thailand, was one of the pioneer projects
promoted by the IMT-GT Joint Business Council.
<cut>
(Pengerusi Eksekutif Kumpulan KPB, Mirzan Mahathir berkata, project
pelabuhan Sadao ini adalah salah satu daripada project perintis yang
dicadangkan oleh Lembaga Bersama untuk Pembangunan Segitiga Utara.)
<cut>
Mirzan, who is the KPB Sadao ICD Terminal vice chairman, said Sadao ICD
Terminal had the ptential to become the major terminal in Thailand.
<cut>
(Mirzan, yang dilantik sebagai Naib Pengerusi Lembaga Pelabuhan KPB Sadao
berkata bahawa pelabuhan Sadao ini ada potensi menjadi pelabuhan utama di
Thailand.)
MASYAALLAH!!! HANYA KERANA INGIN MELIHAT ANAKNYA MENDAPAT BUSINESS DI
SELATAN THAILAND, SANGGUP ORANG TUA KEPARAT INI MENYERAHKAN TOK GURU
PATTANI
DAN PANGLIMA-PANGLIMANYA KEPADA KERAJAAN SIAM!!
Sebagai orang Islam, apakah agaknya yang akan kita jawab di akhirat kelak
apabila kita ditanya kenapa kita masih sanggup bersekongkol dengan seorang
pemimpin yang tergamak menggadai perjuangan para Mujahideen hanya kerana
kepentingan duniawi yang tak seberapa?
Sama-samalah kita fikirkan!!
Akhukum fil Islam,
Yahya Ayyash
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]>