*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bekas profesor yang bersuara lembut dan sentiasa
merendahkan
diri tetapi tegas serta berprinsip, Dr Chandra Muzaffar
adalah
tokoh bukan kerajaan dari Malaysia yang cukup dikenali
di
peringkat antarabangsa sama ada dalam disiplin akademik
mahupun pertubuhan sosial. Namanya cukup sinonim dengan
gerakan-gerakan keadilan sosial yang diasaskannya dan
paling
dikenali di Malaysia kerana kelantangan memperjuangkan
hak-hak asasi kemanusiaan.
Selepas meninggalkan jawatannya dalam Aliran, Dr Chandra
memimpin International Movement for a Just World atau
JUST
yang merupakan sebuah gerakan sosial dan hak-hak asasi
yang
sama popular dengan Aliran. Beliau masih menjadi
Presiden
JUST sehingga sekarang.
Sepanjang hidupnya, Dr Chandra mengabdikan diri dalam
dunia
pendidikan - memberi sinar cahaya kepada anak-anak
muridnya
di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan
kemudiannya di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur sebagai profesor di
Pusat
Dialog Ketamadunan sehinggalah kontraknya tidak
disambung
semula pada bulan Mei 1999, yang menimbulkan kontroversi
di
sebalik tindakan tersebut. Dalam pada itu juga beliau
juga
menduduki Lembaga Penasihat Program Dialog dan Kerjasama
Dunia Islam-Barat yang berpusat di Washington D.C. serta
beberapa lembaga penasihat dalam siri kajian
universiti-unversiti
di Amerika dan juga di Eropah.
Beliau telah menghasilkan sepuluh (10) buah buku dalam
bahasa
Inggeris dan enam (6) buah buku dalam bahasa Melayu.
"Saya menyertai politik bukan sebagai satu kerjaya
tetapi
sebagai memegang satu amanah bangsa dan rakyat yang
mahukan keadilan..." adalah merupakan kata-katanya yang
paling popular dan diingati ramai.n
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]