*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anwar Ibrahim
Penjara Sungai Buloh Selangor
Saudara Saudari yang Di hormati
Dan Salam Sejahtera.
Saya mohon izin mengemukakan pandangan dan pertimbangan saudara saudari
sempena Pilihanraya Umum pada 29 November 1999. Kuasa dalam sistem
Demokrasi adalah di tangan rakyat. Dan, inilah kesempatan sebaiknya kita
memutuskan bakal Wakil Rakyat dan Kerajaan kita. Dan ini mampu
dilaksanakan
sebaiknya dengan fikiran terbuka, membuat penilaian berdasarkan maklumat
dan tidak terbelenggu dengan fitnah dan propoganda sempit atau kerana
terperangkap dengan sogokan wang dan habuan. Kita mengundi kerana
menyempurnakan tanggungjawab sebagai amanah dalam menentukan masa depan
kita dan anak-anak bangsa.
MENJAMIN PILIHANRAYA BEBAS DAN ADIL
Rakyat prihatin telah mendesak supaya pilihanraya (PR) dikendalikan
secara
bebas dan adil. Bukan sekadar pengawasan piliharaya perlu ditingkatkan
tetapi perjalanan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri perlu diawasi.
Kita
menyesali keputusan menafikan hak 650,000 pengundi baru atas alasan
paling
leceh. Di era teknologi maklumat beserta Koridor Raya Multimedia, SPR
memerlukan masa lapan bulan bagi mengesahkan senarai pemilih baru. Ini
cukup menimbulkan kecurigaan di kalangan orang ramai, bahawa alasan
sebenarnya ialah pengundi-pengundi baru tersebut cenderung menyokong
Barisan Alternatif (BA). Saya ingin menyeru kepada adik-adik yang
dinafikan
hak mengundi kali ini agar jangan terus kecewa. Adik- adik perlu
membantah
ketidakadilan tersebut dengan memberikan khidmat sukarela membantu
memenangkan calon-calon BA.
Usul memansuhkan Undi Pos juga ditolak oleh SPR. Ratusan kenyataan dan
bukti dikemukakan menunjukkan bahawa perlaksanaan dahulu tidak telus dan
didapati curang. SPR kini perlu memastikan agar Pasukan Tentera, Polis
dan
keluarga mereka yang berjumlah 250,000 orang mempunyai hak mengundi.
Meneruskan kecurangan cara pengundian oleh pegawai lain adalah satu
penghinaan kepada mereka. Penyelesaian secara adil dan saksama ialah
dengan
mematuhi kaedah pengundian biasa iaitu membenarkan pengawasan oleh semua
wakil parti yang bertanding.
Kita perlu mendapat kepastian mengenai senarai daftar pemilih yang
kemaskini. Parti PBS Sabah telah mengemukakan senarai ribuan "Pengundi
Hantu" dalam PR Negeri Sabah yang lalu. Akhbar Harakah menyiarkan
contoh-contoh nama pemilih yang bertindih. Dalam amalan Demokrasi,
ketelusan pengendalian PR yang bebas dan adil adalah prasyarat. Bahkan
tugas SPR seharusnya mencakup lain-lain aspek perjalanan PR termasuk
pendedahan semua parti dalam media, pengawasan pasukan keselamatan yang
saksama, selain dari menentukan semua pihak mematuhi undang-undang PR.
UGUTAN, FITNAH DAN SOGOKAN
Pengumuman Dato Seri Dr.Mahathir(DSM) mengenai pembubaran Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri diselang-seli berulang kali dengan ugutan akan
berlakunya rusuhan. Kenyataan bebal sepertimana yang beliau ungkapkan
menzahirkan rasa terdesak dan cemas. Helah beliau dan BN mengekalkan
kuasa
ialah dengan menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat dan menggambarkan
PAS dan DAP terutamanya sebagai puak ekstremis dan pelampau. Ugutan ini
akan berterusan menjelang PR. Kita menggesa agar jentera kerajaan tidak
terlibat. Segelintir kecil Pegawai Polis terutamnya dari Cawangan Khas
yang
bergerak sebelum ini perlu diawasi dan wajar menghentikan operasi
mereka.
Tugas mereka adalah menjaga keselamatan dan bukannya hulubalang bagi
pihak
Barisan Nasional. Kita mendoakan agar keamanan terus dikekalkan dan
keselamatan terpelihara.
Media yang dikuasai oleh pemimpin negara, parti kerajaan dan saudagar
kroni
menyerang ganas bagaikan menggila. Rakyat seharusnya insaf dan sedar
kelompok yang menguasai media tanahair, persekongkolan penguasa,
saudagar
kroni dan media menjadikan negara ini milik kumpulan kecil mirip sistem
Oligarki. Saya telah dedahkan bagaimana DSM dan Tun Daim menguasai
Kumpulan
New Straits Times termasuk akhbar-akhbar dan TV 3 melalui pegangan 70%
ekuiti dalam Real Mild. Selaku Presiden UMNO, beliau menguasai Kumpulan
Utusan Melayu. Akhbar The Star dikuasai oleh MCA dan The Sun adalah
milik
Tan Sri Vincent Tan, peniaga rapat dengan DSM. RTM pula adalah organ
Kerajaan Barisan Nasional. Soal fakta, kebenaran atau kesahihan berita
tidak timbul. Sasaran mereka ialah memusnahkan pemimpin dan parti-parti
alternatif dengan apa cara sekali pun- fitnah, cercaan, penipuan atau
memutar belitkan fakta. Peluang atau ruang bagi menjawab atau memberikan
penjelasan dinafikan. Disebaliknya, berita rasuah, penyelewengan
pimpinan
Barisan Nasional dipadamkan. Perasuah dan penjenayah seolah-olah
mendapat
perlindungan. Hanya dengan kesedaran dan kematangan rakyat maka berita
yang
cuba mereka hebahkan akan dianggap memual dan meloyakan.
Menjelang PR Jentera Kerajaan akan dikerah menggempur ke kawasan tumpuan
dengan pelbagai acara perasmian dan taburan projek. Saya yakin hanya
sebahagian kecil pegawai kerajaan yang rela diperalatkan. Walhal mereka
juga arif tentang kedudukan terdesak kerajaan sementara (caretaker)
sahaja.
Saya ingin menyeru agar pegawai-pegawai kerajaan serta rakan-rakan guru,
tenaga pekerja Telekom, TNB dan lain-lain akan terus dengan komitment
mereka menuntut perubahan dan meyokong calon-calon dari BA. Sudah sekian
lama mereka menerima amaran dan ugutan secara angkuh oleh pimpinan
Barisan
Nasional. Tidak mudah mereka menyerah semata-mata dengan pengumuman
bonus
oleh manusia dalam kecemasan. Walhasil, belanjawan terbatal sudah dan
belanjawan baru BA, insyaAllah lebih adil dan menyakinkan.
Kerja menyogok dan memberi rasuah akan berlanjutan sebagai langkah
terakhir
memancing undi. Kekayaan melimpah pemimpin BN dan parti-parti BN tidak
dipertikai lagi. Pendedahan melalui laporan polis yang merupakan
sebahagian
kecil dari Modus Operandi atau cara dana dikumpulkan oleh mereka
memaparkan
kenyataan merunsingkan. Bahawa wang rasuah dan dari syarikat perjudian
menjadi punca kekayaan menimbun dan sebahagiannya akan dicurahkan kepada
pekerja BN dan pengundi. Sekali lagi andaikata kita terperangkap dengan
pendekatan demikian; sistem pengumpulan harta, memunggah khazanah negara
untuk keluarga dan kroni akan berterusan. Kita bertangungjawab membina
benteng iman dan ruh perjuangan. Menangkis percubaan merasuah pengundi
dengan menumpaskan pelakunya. Berilah sokongan padu kepada BA kerana
agenda
perjuangan serta prinsip yang dipertahankannya.
PIMPINAN BARISAN ALTERNATIF
BA menampilkan tokoh-tokoh dari PAS, KeADILan, DAP dan PRM yang lebih
berkelayakkan dan komitted bagi melaksanakan agenda perjuangan. Namun
yang
lebih menarik ialah keprihatinan mereka dalam isu keadilan, keluhuran
undang-undang, pembangunan ekonomi dan pembahagian yang adil serta tekad
bersama membenteras rasuah, nepotisme dan kronisme. Gabungan kekuatan
ini
jauh lebih mantap dan berakar kepada dukungan rakyat terbanyak. Bahkan
kelayakkan calon-calon yang terdiri dari tokoh politik veteran, sarjana,
sasterawan, profesional, peniaga, ulamak, pimpinan badan bukan kerajaan
jelas menunjukkan keupayaan dan kewibawaan sebagai satu pasukan padu.
Strategi BN selama ini ialah membunuh kemungkinan munculnya tokoh
saingan
yang berwibawa. Maka media milik mereka akan memuatkan gambaran negatif
dan
memesongkan kelayakkan mereka, fikiran bernas, dasar parti tidak
dimuatkan
kerana ini jelas bercanggah dengan propaganda BN selama ini. Umpamanya
ucapan Dato=92 fadzhil Noor dalam Muktamar PAS yang lalu mengenai
keadilan
menurut perspektif Islam yang mencakup soal kebebasan badan kehakiman,
pengagihan ekonomi, toleransi antara kaum dan agama tidak disiarkan.
Ucapan
tersebut bernas, matang dan mewakili sentimen umat islam serta cita rasa
masyarakat Malaysia. Pentadbiran Kelantan di bawah Tuan Guru Nik Abdul
Aziz
membuktikan keupayaan pengurusan ekonomi dan pembangunan dengan dukungan
pentadbir dan tenaga profesional. Bahkan aspek yang lebih menarik buat
saya
ialah kebersihan dari rasuah, gelojoh dan tamak pimpinan yang nyata
sekali
berbeda dengan pentadbiran negeri-negeri di bawah BN, di mana pengagihan
balak, kawasan tanah, peluang perniagaan diperlaku sebagai harta
keluarga
sendiri. Propoganda bahawa PAS mengancam kedudukan rakyat bukan Islam
tidak
benar sama sekali di Kelantan.
Lantaran keterlanjuran polemik isu hak dan kaum termasuk isu bahasa dan
hak
keistemewaan orang-orang Melayu, Parti DAP digambarkan oleh BN sebagai
mewakili kepentingan Cauvinis Cina. MCA dan Gerakan juga mengakui
memperjuangkan masyarakat Cina sepertimana juga MIC bagi masyarakat
India.
Berdasarkan pengalaman saya dalam UMNO dan BN; pemimpin-pemimpin mereka
umumnya cuba memelihara kepentingan kaum secara bermusim. Yang lebih
jelas
ialah kesibukan dan keghairahan menjaga kelompok kecil keluarga dan
kepentingan peniaga dan koprat terdekat. Di mana usaha memperhebatkan
pengenalan Bahasa Cina di kalangan rakyat ? Apa pula usaha mereka
menanam
kefahaman budaya Cina atau fahaman Kung Fu Tze kepada umum? Mengapa
langkah
merangsang perniagaan dan industri kecil dan sederhana, peniaga kecil
dan
penjaja tidak terancang? Sepanjang ingatan saya dalam kabinet jarang
sekali
perkara-perkara tersebut diutarakan selain mejelang PR atau manakala
timbul
keresahan, bantahan, keriuhan bilamana tanah dirampas.
Yang sering dikemukan ialah saham, kontrak pilihan dan kepentingan
saudagar
kaya. Samalah karenahnya dengan masalah Indai di estet dan yang miskin.
Kalau terdapat pun pengagihan saham seperti MAIKA dan saham TELLEKOM,
entah
ke mana akhirnya. Masyarakat Melayu perlu insaf kegelisahan masyarakat
Cina
yang disuarakan oleh DAP. Kita tidak dapat menolak kebenaran kenyataan
bahawa terdapat kelompok masyarakat cina terutamanya dikelas pertengahan
dan rendah yang dipingggirkan. Saudara Lim Kit Siang dan rakan-rakannya
akan gagal menyempurnakan tanggungjawab mereka sekiranya permasalahan
kelompok majoriti cina tidak disuarakan. Kenyataan juga menunjukkan
bahawa
ucapan dan kenyataan saudara Kit Siang dan rakan-rakannya tidak terbatas
kepada masalah di atas tetapi secara tegas dan berani mereka membahaskan
isu rasuah, keadilan, ekonomi yang menyentuh kedudukan semua rakyat.
Masyarakat Melayu juga tetap mengenangkan jasa dan menghargai
pengorbanan
Sdr Lim Guan Eng.
Diantara tokoh politik semasa yang paling konsisten memperjuangkan nasib
rakyat miskin termasuk masalah setinggan ialah Dr. syed Husin Ali.
Kehadiran beliau dan PRM dalam rangkaian BA akan membantu mengimbangi
penekanan pertumbuhan ekonomi yang rancak dengan perkiraan nasionalistik
serta menjuarai ehwal rakyat bawahan.
Dr Wan Azizah Ismail memperlihatkan ketabahan dan kecekalan dalam
menghadapi suasana gawat. Isu keadilan, kesaksamaan dan kedudukan wanita
terus menjadi agenda perjuangannya. Pemimpin KeADILan lainnya seperti
Dr.
Chandra Muzaffar tidak dapat disangkal sebagai di antara pejuang dan
penghujjah utama dalam isu keadilan dan hak asasi.
Saya dapat menyenaraikan puluhan nama tokoh nasional lainnya yang
menyertai
BA tanpa ganjaran upah dan kedudukan, tetapi memilih untuk berkhidmat
dan
berjuang. Di antara mereka ialah Ustaz Abdul Hadi Awang, Dr.Chen Man
Hin,
Dato Dr Harun Din, Prof. Dr Shahnon Ahmad, Karpal Singh, Prof. Dr Jomo
Sundram, Marina Yusoff, Mustaffa Ali, Tian Chua, Dr Sanusi Osman,
Sivarasa,
Sheikh Azmi Ahmad, Rustam A.Sani, Tan Seng Giau, Irene Fernandez dan
Ezam
Mohd Nor.
Bersyukur saya kehadrat Allah SWT lebih-lebih lagi kerana kepercayaan
dan
harapan BA terhadap saya. Percubaan DSM dan beberapa tokoh BN untuk
melenyapkan karier politik saya melalui pelbagai fitnah jahat, dakwaan
mengaibkan, bahkan penderaan fizikal tidak menggugat keyakinan saya dan
kepercayaan rakan-rakan. Keputusan BA membuktikan bahawa muafakat adalah
satu kenyataan. Pimpinan PAS yang mempunyai kaliber, kelayakkan dan
pengalaman masih berlapang dada tidak sepertimana yang cuba digambarkan
oleh BN.
Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa corak kepimpinan baru kami adalah
secara berpasukan, dengan penuh semangat musyawwarah atau perundingan.
Ini
berbeza dengan stail kepimpinan kuku besi ala ditaktor sekarang. Apa
sahaja
yang dilaukan oleh ketua- baik rasuah besar, membazir dengan projek
mega,
megah atau bertindak zalim, tidak ada siapa yang berani menegur atau
melarang! Bagi kami, kepimpinan adalah amanah, tanggungjawab yang perlu
disempurnakan sebaiknya dengan mengambil kira kenyataan hidup masyarakat
di
Malaysia. Ini bermakna pandangan dan teguran dilihat secara positif
membantu usaha memandu perjalanan dasar sterusnya.
AGENDA BARISAN ALTERNATIF
Barisan Alternatif telah merumuskan agenda perjuangan dalam manifesto
bersama. Ini jelas membuktikan bahawa permuafakatan adalah berkesan
melangkaui persefahaman pilihanraya dan menjurus kepada agenda bertindak
jelas. Bahkan cadangan Belanjawan BA adalah lebih realistik dan jujur
berbanding dengan belanjawan BN yang dibentangkan semata-mata sebagai
janji
manis pilihanraya. Setelah pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat dibelai
sebentar, cadangan tersebut terbatal dengan pembubaran Parlimen!
Dengan mengandaikan saudara saudari dapat menelaah manifesto dan BA saya
ingin menggariskan beberapa isu pokok sebagai bahan renungan bersama:
Pertama:
Mendaulat Negara Hukum
Kita menganjurkan gagasan pemerintahan demokratik, telus dan
bertanggungjawab. Manakala kuasa berpusat kepada seseorang atau kelompok
kecil. Maka instrument atau jentera pemerintahan biasanya di bawah
telunjuk
penguasa. Dan, dengan media mengongkong, maka rasuah, penyalahgunaan
kuasa,
ketidakadilan dan kecurangan pimpinan tersorok. Dengan merasa kebal dari
undang-undang, mereka akan lebih terdorong bertindak ganas lagi. Hanya
apabila bangkai menjadi lebih busuk dan tidak terdaya dibendung, barulah
terbuka pekung dan terhidu baunya. Demikianlah iktibar sejarah zaman
silam
serta pengajaran dari beberapa negara jiran tentang berakhirnya
pemerintahan zalim dan tamak. Dengan kuasa, jentera, media, dana rakyat,
terpesona dengan pemimpin ulung, jagoh dunia. Tetapi setelah terbongkar
kisah sebenar terbukti harta menimbun dan kekejaman merata-rata.
Justeru itu, bagi menghindar dari sebarang kecenderungan menindas atau
merompak, beberapa hukum yang lemah dan tidak bermaya perlu diperkukuh.
Badan penyiasat dan penguatkuasa harus lebih profesional. Lembaga
Pendakwaan semestinya menggunakan wewenang bertindak tanpa memilih
apatah
lagi berniat buruk. Tidak harus ada kesangsian sehingga kedengaran
rungutan
sinis bahawa simiskin yang mencuri RM50 di penjara, si menteri mengaut
RM500 juta ringgit terpelihara. Atau keadaan dimana setiap pengkritik
pemimpin bahkan kalangan yang kurang selesa dengan mana-mana dasar
sentiasa
diekori cawangan khas menunggu tindakan. Maknanya kita harus kembali
menghayati semangat Perlembagaan Negara; menjamin kebebasan dan keadilan
serta memertabatkan hukum dengan pembahagian kuasa eksekutif, legislatif
dan kehakiman. Demikianlah raisondetre asas terbentuknya sabuah negara
merdeka dan berdaulat, yang juga kita pusakai dari tradisi agama dan
budaya
bangsa.
Sabagai langkah segera, beberapa Akta dan undang-undang yang didapati
bercanggah dengan prinsip kebebasan dan mudah di salah guna oleh
penguasa
harus dimansuh atau dipinda. Umpamanya Akta Keselamatan Dalam Negeri
releven ketika menghadapi ancaman musuh kini di anggap usang melainkan
dengan maksud menindas pengkritik atau pembangkang. Begitu jualah halnya
dengan sekatan dan halangan terhadap media dan kegiatan mahasiswa.
Kedua: Merangsang Pertumbuhan Ekonomi
Tumpuan utama Agenda Barisan Alternatif ialah merangsang pertumbuhan
ekonomi. Ekonomi perlu di pacu laju dan rancak bagi memungkinkan
penambahan
peluang, keselesaan ramai dan pengagihan adil. Iklim pelaburan dalam dan
luar negeri termasuk sistem percukaian dan dasar fiskal mestilah serasi
degan dasar yang dapat menarik penyertaan aktif sektor swasta tetapi
perlu
terus menjamin pertumbuhan mampan. Insentif dan galakkan penyelidikkan,
pengenalan teknologi, pembangunan sumber manusia akan diberikan
penekanan
sewajarnya. Projek mega, mercu tanda kemegahan peribadi, cara berbelanja
mewah dan membazir akan dihentikan. Ini akan digantikan melalui skim
tambahan bagi industri kecil dan sederhana, peniaga kecil dan prasarana
asas rakyat di bandar, desa dan kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak.
Sistem kelulusan penswastaan, kontrak dan pembahagian saham akan lebih
telus tanpa percanggahan keputusan. Maka amalan pembolotan peluang
sehingga
melimpah kekayaan bagi kelompok kecil keluarga dan kroni akan
dihentikan.
Kepentingan Bumiputra tetap terjamin tetapi diperluaskan penyertaan dan
peluang kepada yang berkelayakkan dan tidak berlegar kepada beberapa
kerat
yang terpilih. Oleh kerana monopoli segelintir korporat dimansuhkan,
maka
jaringan peluang peniaga termasuk bukan bumiputra terutama diperingkat
menegah dan kecil lebih meluas dan melebar. Program pembasmian
kemiskinan,
penyediaan program asas, pembangunan rumah rakyat serta usaha
mengurangkan
kos perkhidmatan awam akan lebih terjamin. Pembangunan kawasan dan
wilayah
juga dianjak dari tumpuan berlebihan ke projek mega terpilih di kota
besar
kepada pendekatan yang lebih seimbang. Dan, ini berkaitan dengan dasar
BA
yang berhasrat menyalurkan belanjawan yang lebih saksama serta
menurunkan
kuasa-kuasa tertentu kepada negeri dan daerah/jajahan/bahagian bagi
menjamin perlaksanaan projek dan program secara cekap dan berkesan.
Pertimbangan khas diperlukan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak.
Ketiga: Kerukunan Hidup Beragama dan Berbudaya
Masyarakat kita umumnya masih terikat dengan kehidupan beragama, sistem
kekeluargaan yang kental dan nilai hidup yang luhur. Maka berbeda dengan
mencanang Islam sebagai lambang melalui pembinaan institusi atau masjid
yang tersergam indah semata, kita lebih menjurus kepada penghayatan
dalam
kehidupan. Ia seharusnya mencakup urusan ibadah, peraturan dan sistem
nilai
akhlak. Kedudukan agama dan sistem nilai penduduk Bukan Islam
terpelihara.
Dan, sebarang kaedah perlaksanaan mengambil kira hak masing-masing
dengan
semangat tasamuh atau toleransi. Ini dibedakan dengan kebiadapan pihak
yang
sengaja menghina agama dan ulama atau mempersendakan hukum.
Pendekatan sedemikian juga yang harus mendasari semua langkah menangani
masalah sosial yang kian serius di negara kita. Dengan menggunakan
pendekatan sederhana dan bijaksana, jentera kerajaan dan badan bukan
kerajaan didorong bekerja sama membantu menyelesaikan masalah
berbangkit.
Tumpuan ialah melalui pendekatan pendidikan, memupuk rasa kasih sayang
dan
memperteguhkan institusi kekeluargaan.
Kita perjelaskan bahawa penekanan isu Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan perlu diteruskan, dipertingkat sebagai bahasa resmi yang
berkesan dan bahasa ilmu yang dikagumi. Di samping itu, penguasaan
lain-lain bahasa termasuk Inggeris, Cina ,Arab, Tamil dan lain-lain
perlu
ditingkatkan. Kita akui kedudukan penting Bahasa Cina di negara dan di
rantau. Sebab itu isu pengembangannya tidak harus menjadi masalah
sepertimana juga pengajaran bahasa suku kaum lainya seperti Bahasa Iban
dan
Kadazan.
Masalah Agama, Bahasa dan juga budaya hanya menjadi masalah bilamana
dijadikan isu politik buat menakutkan rakyat. Saya masih ingat
kontrovesi
galakkan penggunaan Bahasa Inggeris dahulu. Ianya dipertikaikan bukan
kerana masyarakat Melayu menentang keperluan penguasaan Bahasa Inggeris
tetapi kerana pendukung kempen tersebut di kalangan pemimpin tidak jelas
komitment bahkan lemah dalam penguasaan Bahasa Kebangsaan . Saya lebih
yakin dengan pendekatan dan kefahaman budaya yang lebih mendalam
sepanjang
Pentadbiran Barisan Nasional, usaha memahami dan mengenali lain-lain
bahasa
dan faham budaya tidak mendapatkan perhatian. BA merancang untuk memupuk
kesedaran dan kefahaman yang lebih mendalam antara agama, budaya dan
peradaban. SERUAN DAN HARAPAN
Sepanjang zaman aktif saya dalam kegiatan mahasiswa, belia dan akhirnya
sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama UMNO dan Barisan Nasional, saya
telah menemui dan mengenali ratusan ribu teman, layanan, budi baik dan
sokongan rakyat menjadi kenangan abadi. Saya telah menimba banyak
pengalaman pahi tmanis, banyak mempelajari sepak terajang politik,
banyak
menguasai urusan keewangan, ekonomi dan pentadbiran . Tetapi setelah
bercanggah pendapat mengenai beberapa isu pokok dan dasar dengan DSM,
saya
tidak menjangka saya diperlaku sebegini rupa. Setelah di pecat, segera
diusir dari rumah resmi, ditangkap dalam serbuan, dipukul dalam lokap,
dihina, dicerca saban hari sepanjang lebih setahun saya dalam penjara.
Tidak ada yang harus saya sesalkan. Saya bertindak atas keyakinan . Saya
menjadi mangsa fitnah jahat dan konspirasi keji. Maka saya dengan rendah
hati memohon pertimbangan saudara-saudari merenung sejenak, menilai
kandungan warkah dan seruan dan harapan saya. Saya mohon pegertian dan
sokongan saudara-saudari.
Memang benar, sebelum ini saya berbeda pendekatan dengan rakan-rakan
dari
PAS, DAP dan PRM, kerana saya meyakini keupayaan merubah dari dalam UMNO
dan Kerajaan BN. Saya masih mempercayai sabahagian besar ahli-ahli biasa
UMNO dan lain-lain komponen BN ikhlas menyokong pimpinan kerana meyakini
bahawa pemimpin mereka akan mematuhi janji mendirikan kerajaan bersih,
tradisi membela rakyat dan adil.
Beberapa percubaan pembaharuan telah diperkenalkan tetapi manakala
perubahan-perubahan menghala kepada perkara dasar seperti Akta Pencegah
Rasuah yang baru, ketegasan menentang amalan kronisme dan nepotisme,
membatalkan projek mega, megah dan membazir, berusaha memupuk akhlak dan
kehidupan beragama yakni perubahan yang saya yakini didukungi oleh
rakyat
terbanyak. Saya tetap bersabar dan menjadi penyokong yang setia, bekerja
keras, mempertahankan dasar yang sedia ada dengan harapan melakukan
perubahan bila tiba ketikanya nanti. Ramai rakan yang mempertikaikan
pendekatan saya kerana tetap bersabar dan betahan. Cuma saya enggan
berpakat dan bersekongkol dengan cara mereka menimbun kekayaan peribadi,
mempersendakan hukum agama dan ulama, menindas pengkritik dan menahan
pembangkang. DSM merasa dirinya tercabar atas nasihat para konspirator
dan
mulai mencemburui kejayaan saya. Mereka sedar mereka akan gagal
menyingkir
saya mengikut jalan demokratik.
Sengaja saya imbas semula bukanlah sekadar meraih simpati meskipun saya
akui beban berat yang turut ditanggung oleh Azizah, anak-anak dan
sahabat
handai. Saya telah menafi keras fitnah dan segala tuduhan keji.
Nampaknya saya sekali lagi dinafikan hak untuk bertanding sesuai dengan
perancangan konspirator. Namun saya yakin, penentu akhirnya ialah rakyat
sebagai pengundi dari semua parti, pegawai kerajaan, pekerja, petani dan
nelayan untuk memberi kesempatan kepada calon-calon BA- PAS, DAP, PRM
dan
KeADILan bersama dengan sekutu kita di Sabah dan Sarawak.
Inilah kesempatan sebaiknya. Tegakkan Keadilan Dan Bela Nasib Rakyat,
Undilah Calon Barisan Alternatif.
Salam Hormat dan Terima Kasih.
(Anwar Ibrahim)
----------------
Semak Daftar Pemilih anda: http://202.186.123.17 or
http://daftar.spr.gov.my
The People's Election 1999: http://www.rayma.com.my/pahlawan/election99/
Election 1995 results: http://www.mol.com.my/election/elect95.htm
----------------
KeADILan: http://www.keadilan.org/
PAS: http://www.parti-pas.org/
DAP: http://www.malaysia.net/dap/
PRM: http://www.gv.net.my/prm/
----------------
Nyem's Headline News: http://cyberwarung.hypermart.net/cgi-bin/mynews.pl
Malaysia Kini: http://www.malaysiakini.com/
Daily News Roundup: http://members.xoom.com/adilmalaysia/
Harakah Daily: http://members.tripod.com/harakah2/
----------------
--------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------
GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!
<a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a>
------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------
ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.
Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's
--------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
From:
Nyem <[EMAIL PROTECTED]>
8:17
Subject:
[ADIL-Net] [mahazalim2] Amanat Anwar Ibrahim
To:
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED]
From: Nyem <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>