*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DOSA DOSA BESAR (PEMIMPIN PENIPU)
Di antara dosa dosa besar itu ialah Pemimpin Penipu.
Pemimpin yang menipu rakyat adalah berdosa besar,apatah lagi
yang berlaku kejam terhadap rakyatnya.Bukankah pemimpin itu
bertanggungjawab terhadap rakyatnya, dan mesti mengambil tahu
dari hal hidup mereka sehari-hari,termasuk penderitaan yng mereka
tanggung dan kesusahan yang mereka pikul.Maka adalah menjadi
tugas pemimpin untuk berusaha mengubah nasib mereka.
Firman Allah didalam surah Asy-Syura:42 :-
Sesungguhnya dosanya itu atas orang-orang(pemimpin-pemimpin)
yang berbuat zalim(kejam) kepada maknusia dan melampaui batas
diatas muka bumi ini tanpa hak.Mereka itu akan mendapat siksaan
pedih.

Di dalam Surah Ibrahim: 42-43 :-
Dan janganlah engkau menyangka bahawa Allah lalai dari apa yang
diperbuat oleh mereka yang kejam.Hanyasanya Allah
menangguhkan mereka sampai pada hari dimana mata maknusia
akan terbelalak.Mereka akan datang dengan bergegas-gegas
memenuhi panggilan dengan menundukkan kepala mereka,
sedangkan mata mereka tidak berkedip sedikit pun dan hati mereka
kosong.

Seterusnya didalam Surah Al-Maidah : 79 :-
Mereka (satu dengan yang lain) tidak pernah melarang dari
perbuatan jahat yang mereka kerjakan.Sungguh amat buruklah apa
yang mereka perbuat itu.

Sabda Nabi s.a.w didalam Riwayat Ahmad dan Termidzi :-
Akan muncul nanti beberapa orang pemimpin yang fasik dan
zalim,maka barangsiapa yang mempercayai mereka atas
kedustaan mereka dan membantu mereka atas kezaliman mereka,
nescayalah dia bukan dari golonganku,dan aku pula bukanlah dari
golongannya dan dia tidak akan boleh mendatangi telaga
miniman(Nabi diakhirat nanti).
Didalam Riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda:-
Tiga golongan maknusia yang tiada akan Allah berbicara
kepadanya dihari kiamat:- 1.Lelaki yang sudah beristeri lalu dia
berzina.
              2. Raja(pemimpin) yang suka berdusta membohongi
rakyatnya.
              3. Orang miskin yang berlagak sombong.

Pernah Nabi s.a.w. berkata kepada sahabatnya ,Kaab bin Ujrah:-
Moga-moga Allah melindungi mu daripada jabatan orang-orang
yang jahat dan bodoh, iaitu pemimpin-pemimpin yang datang
sesudah ku.Mereka ini tidak mengikut petunjukku dan tidak berjalan
atas landasan perjalananku.
dari Riwayat Ahmad.

Abu Dzar r.a. berkata kepada Saiyidina Umar Al-Khatab r.a. :-
Aku pernah mendengar dari Rasulullah s.a.w. katanya: Akan dibawa
sesaorang penguasa(pemimpin) nanti dihari kiamat serta ditolaknya
diatas jambatan jahannam,sehingga bergoncanglah jambatan itu
dengan suatu goncangan yang kuat, yang bakal menyebabkan
setiap tulang-belulang orang yang berada diatasnya tercabut dari
simpulannya.Namun jika dia saorang yang taat kepada perintah
Allah dalam segala amalannya maka dapatlah dia melaluinya
dengan selamat.Tetapi jika dia seorang derhaka kepada Allah
dalam segala amalannya maka jambatan itu akan terputus lalu
terhumbanlah dia kedalam neraka jahanam itu sekadar panjang
masanya lima puluh tahun.

Akhir sekali , ingatlah (khasnya buat aku) akan seksaan pedih dan
azab sengsara
untuk orang-orang yang zalim dan kejam .Tetapi sebaliknya
,bahagia kepada orang-orang yang taat akan perintah Allah.

Hai orang yang suka digelari 'kejam' atau 'zalim'. Berapa kalikah
engkau telah melakukan kezaliman?Ingatlah,bahawa balasannya
tidak ada yang lain iaitu neraka jahanam dan kebenaran itu ditangan
Hakim Maha Hakim.Engkau tidak punya alasan lagi, jika kau
hendak menghujjah.Ingatlah perut kubur itu sunggh mengecutkan
hati. Mengapa engkau tidak ingat bahawa engkau akan
dipenjarakan di situ nanti?Ingatlah bahawa perkiraan(hisab) dihari
perhitungan nanti akan berpanjangan, maka buatkanlah perhitungan
keatas diri mu dari sekarang.
segala yang engkau kumpulkan ,banyak yang kotor,padahal engkau
senang dengan cita-cita mu itu.Dan engkau masih melangkah satu
demi satu. Ingatlah bahwa penganyiaan yang engkau lakukan itu
tidak akan ditinggalkan dari dikira meskipun sekadar ruas jari.
Oleh kerana itu, jika engkau lihat seorang zalim, maka hendaklah
engkau memberhentikannya,moga-moga dia akan tersedarlah dari
perlakuan nya yang buruk itu.

Sekian ,Wallahu a'lam bis sawab.
insankamiil

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "insankamiil s.m." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke