*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahathir Mohamad: Pengkhianat Negara
YAB Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad atau nama barunya Mahafiraun Laknatullah telah
menunjukkan dengan jelas lagi terang dalam ucapan ucapan beliau di media massa bahawa
beliau ingin terus berkuasa selepas 29 November 1999, walau apa pun yang terjadi dan
walaupun kalah dan jatuh tersembam.
Dalam sehari dua ini Mahathir tidak segan silu mengatakan bahawa Barisan Alternatif (
BA) akan merusuh menjelang hari piliharaya. Seperti yang semua sedia maklum, Mahathir
adalah pakar didalam hal ehwal tipu muslihat politik. Apa yang Mahathir maksudkan
ialah bahawa beliau dan UMNO akan merusuh bilamana keputusan pilihanraya yang bakal
atau yang telah diumumkan tidak meyebelahi di pihak beliau (UMNO / BN). Mengapakah
perlu BA merusuh jika mereka akan menang. ? Hanya orang yang kalah dan tidak gentleman
sahaja yang akan merusuh. Tidak pernah terjadi didalam pertandingan bolasepak dimana
pasukan yang menang merusuh dan merosakkan bas pasukan lawan.
Bilamana sahaja rusuhan terjadi, Mahathir bolehlah melalui MAGERAN mengisytiharkan
darurat dan terus berkuasa sampai bila bila masa.. Dimasa yang sama, mana mana calun
calun BA bolehlah ditangkap dan disumbat ke dalam penjara tanpa perbicaraan. Taktik
taktik kotor dan jahat ini bukanlah perkara perkara yang baru. Ianya telah lama
digunakan oleh diktator diktator kejam sepanjang zaman.
Pengisytiharan darurat yang disebut di atas adalah usaha terakhir Mahathir untuk terus
berkuasa dan menjadi diktator di alaf baru. Akan tetapi sebelum dari itu beberapa
taktik jijik telah pun dilakukan. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya bebas
dan berkecuali tidaklah bebas dan berkecuali seperti yang disangkakan. Mahathir telah
memperkudakan SPR supaya menidakkan 680,000 pengundi baru daripada menjadi pengundi
yang sah. Memang telah diketahui ramai para pengundi yang baru ini yang lebih celik
dan berpelajaran dan akan memberikan undi dan amanah mereka kepada BA.
Tidak cukup setakat itu sahaja malah daftar pengundi yang sedia ada telah pun
dimanipulasikan oleh Mahathir. Bukan sedikit cerita tentang nama nama mereka yang
lesap dari daftar pengundi, nama nama dan nombor nombor yang bertindan, alamat para
pengundi yang telah ditukarkan (pindah kawasan secara haram) dan bermacam macam lagi
cerita cerita pelik termasuklah para pengundi yang telah meninggal dunia yang masih
lagi boleh mengundi asal sahaja mereka dapat pergi ke pusat pembuangan undi tanggal 29
November ini.
Samada SPR memang amat tidak layak untuk mengendalikan pilihanraya kali ini dan selama
lamanya atau Mahathir terlebih dahulu menghulurkan tangan separuh ghaib beliau untuk
menidakkan mana mana pengundi yang dirasakan tidak memihak kepada Parti Kebangsaan
Melayu Bersatu milik beliau.
Jika kemaskini daftar pengundi yang dirasakan amat mudah dilakukan dengan penggunakan
komputer gagal dilaksanakan, bagaimana pula SPR boleh memastikan kotak kotak undi
tidak dicolek atau ditukar ganti ?. Apakah SPR menganggap para pengundi ini semua
lembu ternak belaka??
Taktik seterusnya yang telah Mahathir gunakan ialah dengan menakut nakutkan rakyat
dan mengeluarkan kenyataan kenyataan yang membolehkan beliau sendiri didakwa dibawah
Akta Hasutan. Salah satu contoh paling mudah yang boleh diketengahkan ialah ucapan
Mahathir tentang kununnya adanya pakatan dari BA untuk membawa mana mana negeri yang
berjaya ditawan untuk keluar dari Malaysia. Mahathir ingin menakut nakutkan para
rakyat tentang akan berlakunya perpecahan dan peperangan seperti di negara jiran
Indonesia. Mahathir ingin rakyat membayangkan akan keperitan yang berlaku di Timur
Timor dan juga di Acheh dimana berlaku pembunuhan dan penderitaan. Tidakkah Mahathir
tahu bahawa segala pembunuhan dan kekejaman yang berlaku di kedua dua wilayah tersebut
dimulakan oleh kerajaan Indonesia yang berpusat di Jakarta ?
Adakah Mahathir cuba menggembar gemburkan kepada para pengundi bahawa negeri Perlis,
Kedah, Terengganu dan Kelantan ingin menuntut kemerdekaan dan keluar dari Malaysia ?
Samada Mahathir sudah nyanyuk, gila dan paranoia atau beliau adalah seorang pakar
membuat strategi separuh masak yang tidak dipercayai oleh sesiapa pun jua.
Mahathir juga tidak kurang dengan taktik fitnah memfitnah dan berbohong pada rakyat
jelata. Beliau asyik mengatakan bahawa BA didalangi oleh ejen asing atau kuasa asing.
Jika difahami modus operandi yang dilakukan oleh Mahathir, semua rakyat perlu faham
bahawa orang yang menjadi ejen kuasa asing adakah beliau sendiri dan UMNO. Samalah
seperti perenggan di atas, dimana orang yang akan merusuh ialah Mahathir dan juga
UMNO. Para pengundi sudah mula faham akan tipu muslihat beliau ini. Malah tidak ada
apa yang dituturkan oleh Mahathir boleh dipercayai. Ianya hanyalah omongan kosong
orang yang gila kuasa dan pangkat dan tercungap cungap menipu dan berbohong setiap
detik dan ketika.
UMNO telah menjadi ejen kepada British dan kuasa kuasa barat selama 42 tahun dengan
mentadbir negara mengikut pertunjuk dan dasar dasar barat. Mahathir dan Malaysia
adalah satu satunya negara yang begitu lancang mengutuk negara negara barat seperti
Amerika dan Britain tetapi masih menjadikan barat rakan niaga yang paling besar
sekali. Rakyat sudah lama mengetahui bahawa kelancangan Mahathir itu hanyalah lakunan
dan sandiwara sahaja untuk mengabui mata rakyat yang bodoh dan para penyokong UMNO.
.Mahathir adalah sebenarnya ejen barat yang sering disebut sebut itu.
Tidaklah diketahui dari mana Mahathir dan UMNO akan mendapatkan undi untuk pilihanraya
yang akan datang ini. Rata rata hampir kesemua rakyat ditemui menyatakan sokongan
kepada BA
dan amat benci kepada Mahathir dan UMNO. Satu cara yang dikenal pasti yang
membolehkan
Mahathir untuk terus berkuasa ialah dengan cara menipu. Untuk seorang pengkhianat
seperti Mahathir, menipu adalah urusan sehari harian dan adalah cara hidup. Samada
sedar atau tidak, Mahathir hanyalah menipu dirinya sendiri.
Undilah calun calun Barisan Alternatif
Mr Pengundi
http://www.care2.com - The Best of The Internet...With A Green Twist!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mr Pengundi" <[EMAIL PROTECTED]>