*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari laman Mahafiraun:
----------------------
Pertarungan Di Baling- BA OK BN KO
Pertempuran antara BN dengan BA di Baling sudah sampai ke penghujungnya walau pun hari
penentuan belum tiba lagi di mana pihak BN sudah pun tewas sebelum berjuang dengan
pukulan KO. Ini berdasarkan kepada insiden dan fenomena berikut :
Guru-Guru Turun Ke Padang Secara Terbuka Untuk Berkempen Bantu Calon PAS Tanpa rasa
takut dan penuh semangat kelihatan guru-guru serta kakitangan kerajaan turut
mengunjungi
markas-markas PAS dengan membawa bahan-bahan cetak REFORMASI untuk diedarkan kepada
penyokong-penyokong UMNO dan yang di atas pagar dengan bantuan maklumat daripada
petugas-petugas PAS. Di kedai-kedai kopi pula mereka tanpa berselindung lagi memberikan
hujah-hujah kepada orang-orang kampong mengapa kali ini BA mesti perintah Malaysia.
Dalam hal
ini MAHAFIRAUN sudah silap besar kerana pilihanraya dibuat ketika cuti sekolah di mana
guru-guru punyai masa 100 % untuk tujuan berkempen ini. Gelagat guru-guru ini memberi
kesan yang amat besar kepada orang-orang kampong untuk memihak kepada BA. Guru-guru
ini mungkin
menyahut SERUAN JIHAD yang sering dilaungkan oleh Ustaz Taib Azamuddin di dalam
ceramah-ceramahnya . . . . . . . .
Kaum Thai ( Siam ) Baling Tubuh Markas PAS Tindakan nekad kaum Siam ini betul-betul
menjadi petanda bahawa BN pasti tewas ! Tidak pernah terjadi di dalam sejarah pilihan
raya Baling dua markas PAS dibina dan dijaga oleh kaum
Siam dan mereka telah sebulat hati untuk memberikan undi kepada calon BA kerana mereka
telah membuat kesimpulan bahawa Wakil Rakyat BN adalah pembohong ! Markas PAS itu
dibina dengan sukarelanya oleh mereka sendiri di Kampong Thai Sirako dan Kampong Thai
Jalan Asam Jawa. Sementara pengundi kaum Siam di Kampong Thai Pegang ( Kg Pajak )
telah sebulat suara untuk tidak mahu keluar mengundi kerana mereka juga telah ditipu
oleh Non Toyu beberapa kali sebelum ini. Kesannya daripada fenomena ini mengakibatkan
BN kehilangan 400 undi .Kalau orang Siam pun dah buat keputusan untuk nak undi PAS,
tak kan orang Melayu Islam tak mau pula . . . . . . . . . .
Semakin Banyak Bilik Gerakan UMNO Kosong Ini adalah benar kerana menurut
petugas-petugas UMNO, pada tahun ini calon-calon BN tersangat kedekut untuk
menghulurkan duit . Perkara ini berlaku kerana calon-calon BN sendiri tidak
mahu manabur banyak kerana mereka sendiri tidak berkeyakinan untuk menang. Hal ini
dinyatakan sendiri oleh mereka di dalam satu mesyuarat tertutup bersama penyokong kuat
mereka. Patutlah di markas BN asyik makan roti kering saja
. . . . . . . .
Tok Guru UMNO Baling Gementar Lutut Barangkali kerana terasa takut dengan kehebatan
ilmu Bekas Imam Masjid Negara , Tok Guru UMNO ni sudah hilang mood untuk berceramah
lagi . Sebelum ini bukan main garang lagi Tok Guru UMNO ni berceramah, tetapi sejak
Ustaz Taib Azamuddin mula menjelajah seluruh Baling mematahkan hujah-hujahnya dengan
menggunakan bukti-bukti yang sahih melalui ayat Al-Quran dan Hadis, nampaknya
ceramahnya pun bernada slow. Orang kampong dah boleh menilai sendiri . . . . . . yang
mana patut ikut, cakap Ustaz Taib Azamuddin yang berjuang kerana Allah swt semata-mata
sebab sanggup meninggalkan gaji ribuan ringgit ATAU Tok Guru UMNO ni yang berceramah
kerana dapat elaun RM 50.00 sekali berceramah . . . . . . . .
Calon BN Gelabah Bila Bacian Terkini Mereka Kalah Laporan mutakhir daripada Bilik
Gerakan BN saban hari yang penyokong mereka semakin merosot dan akhirnya ke tahap
kalah menyebabkan ketiga-tiga calon BN kecut perut. Gelabah mereka semakin menjadi -
jadi bila semakin dekat dengan hari pengundian. Demgar-dengar khabar ada antara
tiga mereka ini sudah nak tukar bomoh lain pulak. Tak Syirik ke pakai bomoh ni ?
Laporan rakan saya dekat sempadan nanti boleh pastikan ini.
KeAdILan Baling Giat Bantu Calon PAS Syabas kepada saf kepimpinan Parti KeADILan
Baling kerana usaha mereka siang dan malam bertungkus-lumus untuk membantu berkempen
untuk Calon PAS. Undi daripada ahli KeADILan yang
seramai 2 000 lebih tu sudah tentu menjadi penentuan kemenangan muktamad kepada calon
PAS kerana hampir semua ahlinya adalah bekas ahli UMNO Baling. Teruskan perjuanganmu
wahai pejuang-pejuang REFORMASI !!
Wanita UMNO Baling Dah Putus Asa Untuk Berkempen Keluhan daripada AJK Tertinggi Wanita
UMNO untuk terus berkempen semakin kerap didengari kerana kata mereka kebanyakan orang
harapan mereka sebelum ini di kampong-kampong sudah lari menyokong PAS. Yang tinggal
pun suami dah tak bagi pula untuk bantu mereka kerana gelombang PAS sudah menular ke
segenap ceruk rantau kampong. Apa lagi desas-desus berbunyi menyatakan ketua mereka
tidak suka kepada dua calon BN yang ada sekarang . . . . . . . .Patutlah satu sumber
memberitahu bahawa ada
pemimpin wanita suruh ahlinya 'kerat' si anu tu . . . . . . . .Ini sudah cukup bagus !
MCA & MIC Lebih Banyak Ketawa Daripada Bekerja Fenomena ini sangat ketara bila kita
cuba
sembang-sembang dengan mereka. Mereka ketawa kerana calon-calon BN ni bodoh-bodoh
belaka
sebab dalam satu parti pun tak mahu bersatu. Alasan yang diberikan ialah jentera calon
adalah
berasingan selain daripada bilik gerakan calon yang berasingan. Calon-calon UMNO ni
sombong
kerana jarang ajak mereka berbincang. Jangan terkejut kalau ditanya siapa akan awak
pilih ?
Jawapannya lebih ramai menjawab itu HAJI BESARLAH . . . . . . . . . . Kalau tak
percaya cuba tanya orang Cina di Pekan Baling . . . . . . .. .
Semakin Banyak Sumbangan Untuk Markas PAS Nampaknya Allah swt telah memberikan terlalu
banyak rezeki kepada pejuang-pejuang jihad PAS kali ini. Apa tidaknya kerana saban
hari bertimbun-timbun sumbangan dalam bentuk
makanan dan lain-lain keperluan. Yang terkini sumbangan beras sebanyak satu lori
daripada seorang muslimat. Yang lebih hebat ada dua tiga orang Taukeh Cina yang murah
hati suruh ambil beberapa jenis barang makanan daripada kedainya tanpa bayar. Pesannya
tolong jangan kasi orang BN tahu . . . . . .Tidak hairanlah kalau diperhatikan ramai
petugas-petugas UMNO yang tak tau malu untuk tumpang sekaki pekena sepinggan dua
juadah di Markas PAS. PAS berkawan dengan semua orang . . . . . . . .
YA ALLAH , BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA SEMUA CALON BA DI SELURUH MALAYSIA INI DEMI
UNTUK MENEGAKKAN KALIMAT SUCI LAA ILA HA ILLALLAH
DI BUMI BERTUAH INI . . . . . . AMIN.
Dulu UMNO, sekarang PAS.
25 NOVEMBER 1999
Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>