Assalamu'alaikum,
Izinkan saya mencelah tentang hal ehwal SPR ni..... saya terpaksa juga luahkan apa yg terbuku di hati ni, dah tak sanggup dipendamkan begitu saja! Rasa nak "mendugai" rasanya!
Dari sejak seminggu yg lepas.... setelah rakan-rakan meberitahu saya bahawa web server telah ditutup, maka saya pun cubalah menelefon SPR pula..
Senario yg berlaku ketika saya menelefon: No. Tel: 2938000 & 2934111
Saya telefon mula-mula No. yg pertama tu...... engage.... OK, let's try the second one: - Dahlah sampai nak dekat habis ringing tone baru nak angkat, lepas tu bila diminta sambung ke pegawai yg bertugas, depa bagi kita dengar "muzik" sampai 10-15 minit.. hooiiiii.. mana tahan! Bila kita letak kemudian ring again, "engage" pulak... cuba lagi, kot-kot boleh pulak kali ni... Boleh tu boleh, tapi macam tak ada orang yg nak angkat, kalau angkat pun bila transfer ke extension yg diminta..... bagai nak rak pulak kita kena "hold on" dengar muzik sampai 10-15, and then bila somebody picked up, senang-senang aje dia cakap: "Maaf cik ya... orang yg bertugas tu pergi minum!" Hah??? Pergi minum apanya pepagi buta lagi? Takkan pukul 8.45 pagi masa call sebelum tu tak ada, lepas tu dah pukul 11.00 pagi masih pergi minum?? Herannya!!!
Apa ni?? Nampak sangat yg mengelak dari bercakap dengan kita..! Belum pun sempat nak tanya apa-apa, lepas cakap "pergi minum", terus letak? Macam ni kah pegawai SPR bertugas? Atau takut untuk menghadapi sebarang pertanyaan dari kita semua? I am sicked & tired being treated like that! Kita sikit punya sopan nak minta bercakap dengan si polan si polan, tapi jawapan macam tu yg kita dapat! Sakit jiwanyaaa!!!
Saya betul-betul heran.. sewaktu mak bapak saya bergiat aktif dalam UMNO dulu, depa memang dah siap daftarkan nama saya, dah dapat kad putih tu pun... Seperingatan saya, Ketua Cawangan UMNO tempat lama saya dulu (yg kini telah menjadi arwah) pun pernah mentioned nama saya telah ada.... Bulan September lepas, saya checked nama saya memang ada, locality kat mana pun semuanya ada, tup-tup bila check balik... tak ada! Ke mana hilangnya? Saya daftar untuk mengundi di tempat baru pada bulan Mac 1999 lepas, tapi sebelum ni nama saya berada di Bukit Raja.... sekarang kat mana??? Kat Kubang Pasu ka??? Atau tak ada langsung! Memang tak ada kot, saya cuba IC lama & baru, memang tak ada.... Tapi memang sah saya telah didaftarkan pada tahun 1994, bapa saya (yg merupakan salah seorang orang kuat UMNO) masa tu yg daftarkan untuk saya. Bila saya beritahu kat bapa, dia terkejut, dan suruh saya check balik. Dah check dah.... dapat tengok sekali aje, saya siap print tunjuk kat husband, sebab bangga dapat mengundi kat kawasan sendiri, tapi sekarang habuk pun tak dak! Yen-nadey SPR? Apa lu bikin sama saya punya nama?
Saya benar-benar tak puas hati... sepatutnya dah zaman canggih IT ni, semuanya boleh beres dan dikemaskini dengan cekap, ni tidak! Alasan yg diberikan langsung tak masuk akal! What a shame! Shame on you, SPR! Don't talk about MSC lah kalau benda-benda macam ni pun tak boleh nak settle!
Tak pa saya tak boleh mengundi kali ni, tapi saya pastikan 10 orang akan mengundi bagi pihak saya. Bukan pengundi hantu, tapi orang-orang yg dekat ngan kitalah yg akan mengundi bagi pihak kita... spouse, mak, bapak, abang-abang & kakak-kakak serta rakan-rakan rapat. InsyaAllah melebihi 10 orang!
Ada sorang jiran saya minta saya check nama dia, alangkah terkejutnya dia bila mendapati namanya "dihantar" balik ke Melaka! Sedangkan sebelum ni beliau pernah mengundi kat PJ! Dahlah kawan tu tak boleh nak balik Melaka sebab husband dia masih mengundi kat PJ... tak ke dah rugi satu undi?? Ni lagi satu senario yg saya rasa SPR tak telus! Buatlah..... tak berkat duit gaji yg engkorang makan tu! Buat naya kat orang banyak-banyak, sehingga hak warganegara yg layak pun dipermain-mainkan, buatlah, buatlah!!! Hanya Allah saja yg tahu bagaimana perasaan orang-orang seperti kami yg dinafikan hak untuk mengundi!
InsyaAllah, Tuhan itu Maha Kaya..... sekarang ni boleh lepas, jawablah kat akhirat nanti!
Wassalam
-----Original Message-----
From: Perak Man [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, November 24, 1999 1:33 PM
To: Abdullah Ahmad; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Web server SPR, satu tanda-tanya ????
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tambahan.
Terdapat banyak halaman utk check spr...tetapi sekarang telah ditutup.
Antaranya
http://202.186.123.17
http://daftar.spr.gov.my
http://semak.spr.gov.my
Sebab mereka tutup server ini utk mengelakkan orang ramai check
pengundi hantu atau tak sah. Ini disebabkan laporan dari harakah dan
orang ramai tentang redundant IC number.
Utk kepastian sila telefon SPR HOTLINE
03 293 8000
03 293 8400
03 293 4111
Tetapi sesiapa yang berjaya telefon, anda manusia paling bertuah di
bumi Malaysia yang penuh dengan dusta.
Nak salahkan orang SPR, diorang nie buat kerja, nak jaga periuk nasi
sendiri, dah le menumpang bangunan dengan Bank Pembangunan...Tetapi
SALAH SPR jugak sebab pengecut...ada tangan ajaib di server
tersebut...tangan yang pernah menumbuk DSAI dalam penjara .
--- Abdullah Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum wbt,
>
> Sebelum kita mulakan perbincangan ini, saya jelaskan beberapa istilah
> supaya mereka yang baru tidak berasa janggal bila membincangkan topik
> ini.
> server : komputer pelayan. Dalam sitem rangkaian, sebarang komputer
> yang
> membolehkan pengguna-pengguna dalam sistem rangkaian mencapai
> fail-fail,
> pencetak, komunikasi, atau lain-lain servis. SPR menyediakan web
> server
> dan server pangkalan data SQL / XDbase.
> network : sistem rangkaian, sekumpulan komputer dan peralatan yang
> berkaitan yang dihubungkan dengan saluran komunikasi. Ia membolehkan
> perkongsian fail dan sumber-sumber lain antara pengguna.
>
> Dalam artikel ini, kita akan membincangkan bagaimana web server SPR
> dikendalikan.
>
> Untuk membangunkan laman web, kita memerlukan sekurang-kurangnya dua
> buah komputer iaitu komputer stesen kerja dan satu lagi server web.
> Komputer stesen kerja adalah sebuah komputer yang digunakan untuk
> berkerja. Dalam kes SPR, komputer inilah yang sepatutnya digunakan
> untuk
> mengemas kini database dan menguruskan database. SPR memerlukan lebih
> dari 1 komputer stesen kerja bagi memudahkan kakitangannya bekerja.
> Web
> server, iaitu komputer pelayan yang memberi perkhidmatan hos laman
> web
> SPR sepatutnya beroparasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu sepanjang
> tahun. Server web biasanya beroperasi tanpa henti dan ia hanya
> dihentikan dalam tempoh yang pendek untuk servis sahaja (jika perlu).
>
> Server laman web utama, biasanya dibina dengan menggunakan komputer
> berkuasa tinggi seperti DEC/Compaq Alpha, Sun, HP, IBM dan sebagainya
> (server PC tidak digunakan di sini). Server jenis ini menggunakan
> Unix
> sebagai sistem operasi. Laman web SPR bukanlah sebuah laman web
> peribadi. Ia mengendalikan sebuah pangkalan data yang besar (tak lah
> besar sangat) dan bilangan capaian sehari adalah sangat tinggi iaitu
> lebih dari 1000 hit sehari (Microsoft lagi besar, 1000 Gb atau 1
> Terrabyte data sehari). SPR sepatutnya menggunakan komputer pelayan
> jenis enterprise atau hi-end server. Mahal ??? Mahal bukan masalah
> bagi
> SPR.
>
> Berbalik kepada stesen kerja. Bagi pengendali laman web, mereka akan
> mengemas kinikan laman web dan mengujinya terlebih dahulu di stesen
> kerja atau menggunakan virtual server atau menggunakan server kerja.
> Sekiranya semuanya OK, data-data yang dikemas kini akan disalin ke
> server web. Ini mungkin mengambil masa selama beberapa minit (bagi
> saiz
> data kecil) atau sehingga seminggu (bagi data yang besar, jarang
> ???).
> Begitu juga yang dilakukan oleh pengendali laman web peribadi, mereka
> mengemas kini laman web di komputer sendiri dan bila bersedia mereka
> memindahkan salinan data ke server hos laman web.
>
> Pangkalan data SPR tidaklah sehebat pangkalan data Microsoft,
> Netscape,
> Sun dan beratus-ratus agensi asing yang lain. Tetapi kenapakah SPR
> begitu lembab sangat. Bagaimanakah nak SPR menghadapai krisis Y2K
> nanti
> ? Nampaknya rakyat Malaysia perlu mencari hardware khas untuk
> mengatasi
> pepijat Y2K yang berkarat di kepala pegawai-pegawai SPR. Ya, harware
> itu
> telah ditemui, sdr/i adalah hardware itu.
>
> Adalah tidak munasabah untuk menutup laman web dalam tempoh yang
> panjang
> untuk kerja-kerja mengemas kini. Komputer server bukan kedai yang
> boleh
> dibuka dan ditutup sesuka hati. SPR sepatutnya tidak menggunakan
> komputer server untuk berkerja. Memang benar SPR tidak menggunakan
> komputer server sebagai stesen kerja, buktinya homepej SPR (laman
> utama)
> http://www.spr.gov.my/ masih boleh dicapai pada bila-bila masa.
> Tetapi
> kenapa laman semakan daftar pemilih ditutup ?? Jika SPR mahu mengemas
> kinikan daftar pemilih, biarkan daftar pemilih lama dipaparkan
> seperti
> biasa. SPR cuma perlu menyatakan bahawa semakan daftar pemilih yang
> ada
> itu bertarikh sekian-sekian dan menyatakan pendaftaran baru sedang
> diproses dan akan dikemas kini tidak lama lagi. Apa yang SPR cuba
> sembunyikan, apa yang hendak dirahsiakan dari rakyat ??? Nampaknya
> ada
> banyak virus yang menyerang pentadbiran SPR dan rakyat Malaysia perlu
> mencari satu antivirus untuk menyingkirkan virus-virus ini. Gunakan
> hak
> anda sebagai anti virus.
>
> Bincangkan, kalau boleh bincangkan secara ilmiah. Adalah diharapkan
> kakitangan kerajaan / SPR dapat memberi alasan-alasan baru yang lebih
> logik. Kalau perlu tender mencari alasan ini boleh diberikan kepada
> kroni-kroni.
>
>
> Wassalam.
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Abdullah Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place.
Yahoo! Shopping.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Perak Man <[EMAIL PROTECTED]>
