*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a'kum,
awal tahun nii, nama saya di kawasan wangsa maju. minggu lepas, nama saya di
kawasan gombak.
pada 23/11/99. pukul 1230pm, saya telah ke kaunter bn di desa pandan untuk
mengesahkan hak saya sebagai pengundi.setelah beberapa minit, perempuan di
kaunter itu, memberitahu nama saya tak ada dlm. senarai pengundi. telah
mencuba beberapa kali dgn. menggunakan no. k/p baru dan lama, tiada hasil
nya. dengan senyuman yang manis, beliau telah memberikan no. talipon SPR
HOTLINE untuk pengesahan. talian tersebut memang "HOT".. tetapi amoi yang
menjawab...
'Aiyaaaaa, ini hari telinga saya sudah panas woh..byk olang sudah talipon
pasal p/raya...
apasal huh????..

masyaallah!!!!! macamaner niiii.. p/raya tinggal beberapa hari
lagi...bolehkah saya menggundi?????

wasallam

abuhanif wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> salam & peace to all.
>
> 1. saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yg prihatin tentang
> kepimpinan negara dan masyarakat. Kesan kepimpinan ini menentukan corak
> kehidupan harian, budaya hidup dan budaya niaga, kemajuan dan segala
> aspek lain termasuk perlaksanaan keadilan dan kezaliman dalam
> masyarakat. Sebab itulah kepimpinan mestilah diambil peduli OLEH SETIAP
> anggota masyarakat sama muslim atau tidak.
>
> 2. Bagi ummat Islam ambil berat soal kepimpinan dalam masyarakat adalah
> FARDHU (ada ulamak kata fardhu kifayah tetapi bergantung kpd suasana
> semasa ia juga jadi fardhu AIN!).  Bagi saya keadaan sekarang ini
> menjadikan ia fardhu 'AIN - nak bincang detail lagi jadi satu bab yg
> amat panjang debatnya.
>
> 3. Dengan kemajuan IT, saya sarankan jika SPR benar-benar telus, SPR
> wajar edarkan senarai nama pengundi dalam bentuk CD ROM dalam ASCII
> format, dan HANYA maklumat salinan dari CD ini sahaja digunakan pada
> hari pengundian.  Menjual senarai nama pengundi mengikut kawasan spt yg
> dilakukan tidak boleh diharap sebab dengan kemudahan komputer, senarai
> itu mudah ditapis pilih oleh pihak yg tak bertanggungjawab dan tidak
> muktamat TANPA DIKETAHUI OLEH PIHAK YG MEMBELI SALINAN BUKU ITU.
>
> 4. Pengalaman saya yg telah terperanjat beberapa hari lalu yg lihat nama
> saya tiada dalam senarai - menyebabkan saya menduga berlakunya perkara
> ini / tahu apa yg telah berlaku. Saya percaya buku yg telah dibeli dari
> SPR itu mengandungi nama-nama yg tidak muktamat, tidak tepat, telah
> dipilih-pilih nama pengundi itu.
>
> 5. Menggunakan DUA field (NOKP lama dan NOKP Baru) juga memberi ruang
> kepada penyedia perisian database itu jalan yang mudah untuk MENIPU.
> NOKP Baru yang mempunyai aksara (huruf) yang banyak digit memberi ruang
> untuk penipuan ini MUDAH dilakukan. Ribuan pengundi yang dah meninggal
> dunia, atau yang HANTU,  MUDAH diselitkan dalam database itu.
>
> 6. Sebagai bukti, ayah saya yang telah meninggal dunia banyak tahun
> lalumasih lagi tersenarai sebagai pengundi. SEPATUTNYA, dengan membina
> routine yang mudah, pihak SPR boleh "merge & filter"  dengan short
> simple database dari pihak Pejabat Pendaftaran Negara supaya nama-nama
> pengundi yg telah wafat ini otomatik MEMBATALKAN nama pengundi ini.
> Takkanlah SPR tak boleh buat kerja mudah ini?
>
> 7. Saya ulangi bahawa pihak SPR sepatutnya mengedarkan maklumat nama
> pengundi dalam CD ROM DALAM ASCII format supaya boleh dibeli oleh pihak
> parti pembangkan sebagai membuktikan ketelusan SPR. ------- DAN HANYA
> SALINAN DARI CD INI DIGUNAKANB PADA HARI MENGUNDI!  Salinan CD ini boleh
> dibeli selepas hari penamaan calon.
>
> 8. Inilah seruan saya sebagai rakyat Malaysia yg amat prihatin terhadap
> nasib rakyat biasa yang sama-sama mahu menikmati kekayaan bumi negara
> ini dengan adil dan saksama supaya kita  [sebagai manusai & makhluq]
> dapat mengangungkan kebesaran Pencipta alam,  sementara kita semua masih
> hidup di dunia yang sementara ini.
>
> Itu adalah  sebahagian dari  perintah Ilahi - iaitu melaksanakan
> keadilan dalam masyarakat ("fahkum bainahum Bil QIST" - al-ayah---
> bermaksud kira-kira: "berhukumlah kamu di kalangan [manusia] dengan
> adil").
>
> abuhanif
> (Bekas penulis perisian Mesiniaga/IBM)
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Zaed <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke