Dari Harakah ...
 
Semenjak peristiwa bersejarah 14 april 1999, seluruh negara mula bercerita tentang seorag anak muda yang sungguh berani berhadapan dengan kezaliman dan penindasan demi menegakkan kebenaran dan keADILan.
 
Kemunculan Tian Chua, ataupun nama sebenarnya Chua Tian Chang dalam gerakan reformasi dan perhimpunan aman di ibu kota jelas menafikan dakwaan Dr. Mahathir bahawa perhimpunan reformasi didalangi oleh apa yang disifatkannya sebagai "kroni" Dato' Sri Anwar Ibrahim yang kecewa dan cuba menghasut rakyat untuk membenci kerajaan pimpinan Mahathir serta menimbulkan kekacauan.
 
Sejak peristiwabeliau duduk bersila di hadapan trak water canon FRU itu, maka ramai yang tidak pernah mengenali Tian Chua sebelum ini tertanya-tanya siapakah pemuda yang hebat dan berani ini.
 
Walaupun secara tidak rasmi, seluruh pendukung reformasi, pemimpin parti politik dan NGO terutamanya dari kalangan orang MELAYU telah mengiktiraf beliau sebagai 'wira' kerana beliaulah orang yang berani tampil ke depan untuk menolong dan menasihatkan anak-anak muda apabila berhadapan dengan kekerasan dan kekejaman FRU.
 
Tian Chua dilahirkan di Melaka pada 21hb Disember 1963. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang falsafah di Universiti New South Wales, Australia pada tahun 1989 dan kemudiannya mendapatkan ijazah Masters beliau dalam jurusan Employment & Labour Studies di Institut Kajian Sosial, Hauge, Netherlands pada tahun 1996.
 
Beliau bergiat dalam badan bukan kerajaan selama hampir sepuluh tahun dan banyak memperjuangkan hak asasi manusia yang di anggap kritikal terhadap polisi kerajaan yang berkait dengan hak-hak rakyat. Prinsip hidup beliau menjadi faktor penting penglibatan beliau dalam gerakan menuntut kebenaran, ketelusan dan keadilan di negara tercinta ini.
 
Sejak tahun 1990, beliau telah bersama Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) sebagai penyelia dan terlibat secara langsung dalam beberapa badan bukan kerajaan dalam dan luar negara seperti Asia Monitor Resource Center di Hong Kong, yang berfungsi sbagai pusat penyelidikan tentang isu-isu pekerja bagi lingkungan Asia Pasific, sebagai badan penganjur untuk Persidangan  Asia Pasific Mengenai Timur Timor (APCET) pada bulan November 1997, sebagai penyelia Badan Solidaritas Timur Malaysia (STTM) 1998-1999, sebagai badan penganjur Asia-Pasific People Asembly (APPA) pada bulan November 1998 yang merupakan perjumpaan badan badan-bukan kerajaan atas isu APEC, sebagai ahli sekretaria SUARAM dari 1996- 1999, dan juga sebagai pengarah Pusat Sember Pekerja (LRC) dari 1998 sehingga sekarang.
 
Latar belakang beliau itulah yang telah mendorong beliau bangun untuk menentang penindasan dan kezaliman kerajaan terhadap rakyat malaysia yang telah melanggar prinsip hak asasi manusia dan rakyat negara isi secara terang-terangan.
 
Dalam sisi perhimpunan rakyat di ibu kota juga telah menyaksikan bagaimana perhimpunan yang aman bagi mempraktikkan hak bersuara rakyat telah dieksploit oleh pihak tertentu yang menggunakan FRU dan cawangan khas olis (SB) bagi memburuk-burukkan imej reformasi dan orang ramai yang berkumpul menyuarakan bantahan terhadap apa yang berlaku kepada sistem pentadbiran negara.
 
Rasa tanggungjawab terhadap semua rakyat tanpa mengira kaum dan keprihatinan beliaulah yang telah membawa kepada peristiwa di mana beliau duduk bersila di atas jalan raya di depan trak water canon bagi menghalangnya daripada merempuh para reformis. Hampir 20 orang lain turut menyertai be;iau selepas itu.
 
Selepas peristiwa itu, Tian Chua berkata bahwa bukannya niat beliau untuk menjadi 'wira'. 'Pada masa itu, saya tiada pilihan. Kalau kita tidak memprotes dengan cara aman atau non-violance seperti duduk bersila pun, kita tetap akan dipukul, malahan keadaan mungkin menjadi lebih teruk kerana SB dengan ejen provokatornya akan mengambil kesempatan memprovokasi orang ramai dan mengapi-apikan keadaan agar berlakunya rusuhan. Kehendak kami pada masa itu sangat mudah, hentikan kekerasan dan kezaliman.
 
Saya ingin menyatakan bahawa bukan niat sya untuk menjadi wira walaupun saya mendahuluinya namun ramai lagi individu turut melakukan perkara yang sama. Dalam perjuangan reformasi, ada ramai orang sanggup menghadapi risiko demi hak meraka, katanya dengan jujur.
 
Setelah lama memperjuangkan hak-hak asasi rakyat, mengkritik dan menegur sistem dan dasar pentadbiran negara, kerajaan masih tidak mengendah dan buat tidak tahu tentang bantahan rakyat. Dengan kedatangan pilihan raya, inilah masa undi kita yang akan menjatuhkan hukuman ke atas pemerintah yang zalim, mengadaikan kepentingan rakyat dan menindas.
 
 
 

Kirim email ke