*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Amanat Tok Guru
MEMILIH PEMIMPIN BERTAKWA
Manusia adalah makhluk yang paling berharga mengikut pandangan Islam. Lebih
mulia dan berharga dari logam, petroleum, balak atau apa sahaja.
Atas berharganya manusia inilah Allah SWT mengirim Nabi-Nabi untuk mengajar
perkara-perkara yang tidak dapat difikir, dianalisa atau dikomputer oleh
mereka seperti hidup selepas mati, dosa pahala, syurga neraka dan hisab
padang mahsyar.
Dengan ajaran inilah Allah mendidik manusia supaya gerun dan takut untuk
menyeleweng, berlaku zalim, rasuah dan lain-lain. Dengan itu, Nabi-Nabi
termasuk Nabi Muhammad s.a.w memulakan kerjanya dengan membaiki hati atau
kalbu manusia.
Celaru dan hiruk pikuk yang berlaku dalam mana-mana masyarakat termasuk
masyarakat kita ialah kerana pemimpin tidak memperbaiki kalbu mereka. Mereka
berfikir menggunakan nafsu yang tahu setakat dunia sahaja - tidak sampai ke
akhirat. Dengan itu mereka berlumba-lumba mencari kekayaan diri dan keluarga
tanpa mengira dosa pahala apalagi nasib rakyat jelata dan negara.
Dengan ajaran akhirat tadi juga Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya menyatukan
pelbagai bangsa - seperti disimbolkan oleh Suhaib Ar-Rumi dari Rom, Salman
Al-Farasi dari Iran dan Bilal ibni Rabah dari Afrika. Doktrin akhirat inilah
yang mampu mengendalikan manusia - baik sebagai pemimpin mahupun sebagai
manusia biasa. Kerana bila baik hati mereka baiklah rakyat dan negara. Di
atas keyakinan inilah kita mentadbir negeri Kelantan selama dua penggal.
Alhamdulillah perkara yang paling saya syukuri ialah kejayaan kita
memperkenalkan Islam sehingga berjaya menghapuskan segala tohmahan negatif
lawan kita terhadap islam selama ini.
Dulu Islam dituduh memecah belah, melampau, membawa kemunduran, pelancung
tak datang dan seribu satu macam tuduhan lagi. Sekarang pelbagai kaum -
Melayu, Cina, India telah merentasi garis momokan/ketakutan terhadap Islam
hasil dari usaha-usaha kita berkerajaan secara Islam di Kelantan.
Sebagaimana Islam memuliakan manusia, kita muliakan manusia - baik mereka
Cina, India, orang Asli atau apa sahaja. Pekerja ladang orang India yang
telah tua kita berikan tapak rumah untuk mereka. Orang Cina juga berhak
memiliki rumah melalui pemulihan projek perumahan terbengkalai. Orang Asli
mendapat tapak rumah dan lot dusun atas nama mereka. Apakah ini semua kalau
tidak keadilan Islam?
Dengan hilangnya keraguan dan ketakutan ini, kekuatan BN menjadi lemah.
Ditambah dengan bala bencana yang menimpa Umno bertubi-tubi. Dulu Umno
pecah menjadi S46. Sekarang ahli Umno keluar tubuh parti keADILan. Negara
berterusan dilanda macam-macam krisis.
Selain itu, alim ulama yang dulunya kadang-kadang berpecah atas soal-soal
khilafiah kini bersatu. Khilafiah adalah khilafiah sampai kiamat - kini alim
ulamak bersatu menghadapi Umno yang membawa fahaman sesat iaitu
sekular/jahiliah. (Agama lain politik lain)
Semua ini memberi semangat kepada kita semua untuk menghadapi pilihan raya
ini dengan yakin dan tenang. Saya sendiri yakin perubahan politik akan
berlaku dalam negara kita. Saya juga yakin pembaharuan ini akan berlaku
secara aman, Insya-Allah.
Saya dengan ini menyeru semua rakyat memberikan kepercayan dan undi mereka
kepada parti PAS dan lain-lain Parti Alternatif.
Semua golongan diharap memohon doa daripada Allah Azzawajalla supaya pilihan
raya berlalu dalam keadaan aman, penuh sopan dan tertib.
"Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya menyatukan pelbagai bangsa - seperti
disimbolkan oleh Suhaib Ar-Rumi dari Rom, Salman Al-Farasi dari Iran dan
Bilal ibni Rabah dari Afrika. Doktrin akhirat inilah yang mampu
mengendalikan manusia - baik sebagai pemimpin mahupun sebagai manusia
biasa. Kerana bila baik hati mereka baiklah rakyat dan negara."
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>