*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sambungan....
Oleh itu adalah sangat perlu dibezakan di antara
mereka yg disebutkan sebagai ulama dan di antara
mereka yg disebutkan sebagai ulama dan di antara
mereka yg masih merupakan penuntut dari penuntut ilmu2
syariat yg belum sampai ke peringkat telah memahami
Kitab Allah dan ajaran agama dgn kefahamannya yg luas
dan sempurna. Perbuatan bermudah2 dlm mengeluarkan
pandangan oleh sebahagian para penuntut dan pembawa
ilmu syariat di zaman ini di dlm perkara yg mereka
masih belum mendapati panduan ilmu yg jelas
mengenainya di samping hati yg dipenjara oleh hawa
nafsu dan kecintaan dunia telah menyebabkan mereka
terjerumus ke dlm kesilapan dan kesesatan yg merugikan
Islam dan membahayakan Muslimin. Sesungguhnya adalah
menjadi kewajipan kpd setiap para penuntut ilmu
syariat agar sentiasa berpandukan kpd petunjuk ilmu
pengetahuan yg telah dirumuskan dpd Al-Quran dan
Sunnah di dlm segenap bidang kehidupan. Mengambil
panduan ilmu bukan sahaja terbatas di dlm aspek
sembahyang dan puasa bahkan juga di dlm bidang2 yg
lain terutamanya dakwah dan jihad. Kegagalan para
penuntut ilmu berpegang kpd petunjuk ilmu ketika
mereka menjelaskan kpd Muslimin mengenai aspek dakwah
dan jihad telah membawa kesan yg amat buruk kpd
perjuangan menegakkan Islam dan mentauhidkan Allah
Azza Wajalla pd zaman ini. Sekurang2nya pengetahuan
para penuntut ilmu pd zaman ini mestilah merangkumi
ilmu di bidang Al-Quran, As-Sunnah, Lughah, Aqaa'id,
Fekah, Tasawwuf, Usul Fiqh, Mantiq, Sirah, Sejarah
Islam, kajian2 Islam Semasa dan Fiqhu Dakwah.
Seterusnya sebagaimana pula perlu dibezakan pula di
antara para ilmuan dan intelektual sekular yg tidak
menjadikan matlamat mereka pengagungan Agama Allah swt
yg terdinding selama2nya dgn fahaman sekular mereka
itu dari mengenali Tuhan yg mencipta mereka dan yg
menguasai alam ini. Perlulah difahami dari pengertian
ulama itu tadi bahawa intelektual dan ilmuan yg
bersifat sekular itu tidak ada wujudnya di dlm Islam
dan tidak diakui wujudnya di dlm masyarakat Islam.
Istilah sekular bagi pengertian org2 yg berilmu itu
sama ada disebut sebagai intelektual atau pun lainnya
mestilah dihapuskan kewujudan mereka itu dpd realiti
masyarakat Islam. Yg ada di dlm Islam
hanyalah para ulama dgn ciri2nya itu tadi sama ada
ulama syariat yg menjadi pewaris para Nabi AS atau pu
ulama bukan syariat yg dgn ilmunya mengakui dan
menyaksikan ketauhidan Allah swt itu serta menjadi
saksi tentang kebenarannya kpd seluruh manusia.
Firman Allah swt di dlm surah Al-Imran ayat18 yg
bermaksud:"Allah menerangkan (kpd seluruh makhlukNya
dgn dalil2 dan bukti) bahawasanya tiada Tuhan (yg
berhak disembah) melainkan Dia. Yg sentiasa
mentadbirkan (seluruh alam) dgn keadilan dan malaikat2
serta org2 berilmu (mengakui dan menegaskan juga yg
demikian); tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan
Dia; Yg Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Oleh itu, di dlm ajaran Islam tidak akan ada sebarang
pertembungan di antara ulama syariat dgn ulama bukan
syariat tersebut. Kedua2nya dgn ilmu yg dikurniakan
oleh Allah swt kpd mereka adalah saling mengiktiraf
dgn pengiktirafan yg hakiki terhadap ketauhidan Allah
swt. Kedua2nya adalah menaruh bimbang dan takut dari
kemurkaan Allah swt itu. Kedua2nya dgn itu adalah
saling berusaha meneguhkan agama Allah swt dan saling
mempertahankannya.
Dari itu perlulah difahami oleh sekelian Muslimin
bahawa pertembungan yg sedang berlaku pd hari ini pd
hakikatnya adalah pertembungan di antara para
intelektual dan ilmuan sekular atau yg masih beraqliah
sekular dgn barisan para ulama syariat yg berjuang
mempertahankan turath para Anbiaa' AS tersebut. Ia
bukanlah pertembungan di antara para ulama Islam dgn
para ilmuan di bidang bukan Agama dgn Ilmu Sains yg
sebenar spt yg cuba ditonjolkan oleh golongan
intelektual sekular di tanah air sebagai fitnah
terhadap Islam dan para ulamanya yg mempertahankan
kemutlakan dan kesempurnaan ubudiah terhadap Allah swt itu.....bersambung.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place.
Yahoo! Shopping.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>