*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NILAILAH SENDIRI REKOD PRESTASI BARISAN NASIONAL:
1. Pembasmian kemiskinan:
Pada tahun 1984, terdapat 81,300 isi rumah miskin di kawasan bandar.
Pada tahun 1990, jumlah ini telah meningkat 53.7% kpd 125,000 isi rumah.
Pada tahun 1984, terdapat 483,300 isi rumah miskin diseluruh negara.
Pada tahun 1990, jumlah ini telah meningkat kepada 513,900 isi rumah.
Apabila negara merdeka, golongan 20% terkaya di kalangan orang Cina
memiliki 46% kekayaan orang Cina dan golongan 40% termiskin memiliki18.1%.
Selepas 20 tahun merdeka, golongan 20% terkaya di kalangan orang Cina
memiliki 52.8% kekayaan dan kedudukan golongan 40% termiskin semakin
merosot dan hanya memiliki 11.9% dari kekayaan orang Cina. Keadaan sama
juga berlaku di kalangan Melayu.
Implikasi
Pembangunan yang dilaksanakan Barisan Nasional mengutamakan golongan atasan
sahaja dan kebanyakan golongan bawahan sebenarnya telah tercicir. Golongan
terbawah mendapat sebahagian kecil kekayaan negara tetapi disuruh
�bersyukur� dan �patuh� kepada parti yang telah menganaktirikan mereka.
2. Pendidikan:
Pada tahun 1997, penilaian yg dilakukan Asiaweek meletakkan Universiti
Malaya ditempat ke 11 di Asia dan Universiti Kebangsaan Malaysia berada
ditempat ke 20.
Pada tahun 1998, Univeristi Malaya telah jatuh ke tempat ke 33 di Asia
dan UKM pula jatuh ke tempat 53.
Pada tahun ini, kerajaan BN telah mengeluarkan arahan supaya jumlah
bahan pengajian (unit kursus) dikurangkan sebanyak lebih kurang 18%.
Implikasi:
Sudah jatuh ditimpa tangga. Pada ketika kedudukan universiti-universiti
tempatan sedang merosot, kerajaan Barisan Nasional mengambil tindakan
mengkompromikan lagi kualiti pendidikan dengan mengurangkan bahan pengajian.
3. Pembasmian rasuah:
Pada tahun 1995 Malaysia berada ditempat ke 23 dari 99 negara yang
dinilai Transparency International dari segi bebas rasuah.
Pada tahun 1999, kedudukan Malaysia telah merosot kepada kedudukan ke
32. Di antara negara yang dianggap lebih bersih dari rasuah dari Malaysia
termasuklah Botswana, Namibia, Hong Kong, Taiwan dan Singapura.
Implikasi:
Masalah rasuah semakin meruncing. Kenapa Barisan Nasional tidak menjadikan
cita-citanya untuk menjadikan Malaysia negara yang paling bersih dari
rasuah?
Malaysia Boleh?
4. Ekonomi:
Pada tahun 1998, sebanyak RM15 bilion pelaburan telah diluluskan.
Pada tahun 1999, jumlah pelaburan yang diluluskan telah merosot
sebanyak 43% kepada RM8.5 bilion sahaja.
Kerajaan Barisan Nasional menyatakan para pelabur asing telah berjanji
untuk melabur sebanyak hampir RM16 bilion di MSC.
Tetapi sehingga Ogos, 1999 hanya RM1 bilion sahaja telah dilaburkan
oleh syarikat asing di MSC.
Walau pun pada mulanya 220 syarikat telah mendapat status syarikat MSC
dan menyatakan minat untuk berpindah ke Cyber Jaya, pada Ogos, 1999 hanya
9 syarikat telah berpindah ke situ.
Kerajaan Barisan Nasional menyatakan hanya RM2 bilion modal telah
meninggalkan negara dalam tempoh seminggu selepas 2 September 1999, iaitu
ulang
tahun kawalan mata wang yang dikenakan Mahathir. Sebenarnya modal telah
mula mengalir keluar sejak Julai 1999 dan jumlah yang telah mengalir keluar
dari
Julai-Oktober, 1999 ialah RM6 bilion. Ini tidak dilaporkan media
tempatan.
Implikasi:
Peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan dan peluang perniagaan akan
berkurangan kerana pelaburan semakin sedikit. Para pelabur juga telah mula
hilang
keyakinan terhadap Malaysia. Mereka bimbang dengan kecaman-kecaman yang
disuarakan oleh Mahathir terhadap orang asing. Ramai yang takut dan tidak
jadi
melabur, malahan ada yang telah berpindah ke Singapura sejak September,
1998.
INGINKAH ANDA MELIHAT KEADAAN INI BERTERUSAN DAN NEGARA
MENJADI SEMAKIN MUNDUR? GAMBARAN YG DIBERIKAN MEDIA
TEMPATAN LEBIH INDAH KHABAR DARI RUPA. LAKUKAN PERUBAHAN
UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH MAKMUR DAN AMAN.
INILAH REKOD PENCAPAIAN BARISAN NASIONAL...
...BERSYUKURLAH ANDA
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Perisik Persendirian" <[EMAIL PROTECTED]>