*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bayangkan..........
Pagi 30 Nov 1999. Jika diizinkan Allah, Barisan
Alternatif mengambil alih pemerintahan negara.
Berpusu-pusu penyokong BA mengiringi
pemergian pemimpin BA ke Istana Negara bagi mendapat
watikah perlantikan dan mengangkat sumpah............


Bayangkan..........
Bilamana sidang parlimen pertama diadakan. Jika
diizinkan Allah, empat muka penting diarahkan untuk
melaporkan diri di Bangunan Parlimen.
Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara
dan Ketua Pengarah BPR
.....................keempat-empat mereka dikehendaki
memberikan taklimat secara terperinci dan "live" yang
dipancarkan ke seluruh negara..................


Bayangkan............
Bilamana Mokhtar Abdullah dikehendaki memberikan
taklimat mengenai perkembangan kes-kes yang
dipendamkan di pejabatnya. Dengan wajah yang
pucat, tangan yang terketar-ketar, kaca mata yang
hampir terjatuh, peluh yang meleleh di dahi, satu demi
satu soalan yang perlu beliau jawab...............Dan
wajah Ghani Patail yang pucat lesi berdiri di
belakangnya bersama dengan timbunan fail penyelewengan
yang tidak diteruskan pendakwaan................Dan
dihujani dengan soalan bertubi-tubi mengenai 6 kotak
dokumen rahsia rasmi kerajaan BN yang beliau
lindungkan................(soalan favourite mesti dari
Ezam)


Bayangkan................
Bilamana Ketua Hakim Negara dipanggil untuk memberikan
taklimat tentang kaedah penghakiman yang dilakukan
oelh Augustine Paul. Dengan peluh
yang meleleh di dahi, diiringi oleh Augustine Paul di
belakangnya. Relevankah keterangannya ketika itu?
Dan wajah sugul lain-lain hakim yang menghakimi kes
Anwar Ibrahim...........ketika memberi keterangan di
parlimen tentang sebab penangguhan perbicaraan secara
mendadak.


Bayangkan...........
Bilamana Ketua Polis Negara dipanggil dengan diringi
oleh bekas KPN. Dan soalan demi soalan yang diajukan
mengenai "karate chop" Rahim Nor
yang masih belum dibalas. Malah mungkin kedua-duanya
diarah untuk melakonkan semula episod "tumbuk maut" di
Bukit Aman. Dan wajah Musa Hassan serta lain-lain
saksi yang memaksa Munawar, Sukma , dan lain-lain
mangsa membuat pengakuan bohong tentang salah laku
seks Anwar..........


Bayangkan........
Bilamana Ketua Pengarah BPR diiringi masuk ke Parlimen
dengan 15 fail siasatan mengenai duit RM 3 billion
yang didakwa dimiliki Anwar. Mampukan beliau
menceritakan tentang perkembangan siasatan tersebut?
Mampukah beliau memberi
taklimat mengenai hasil siasatan penyelewengan di
Perwaja? 


Bayangkan..............
Anda sendiri yang berada di tempat pengundian. Anda
sedang melakukan satu tindakan bijak demi masa depan
agama, bangsa dan negara yang
gemilang.


Anda mahu menjadikan apa yang dibayangkan menjadi
kenyataan?

SELAMAT MENGUNDI






���
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke