*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum.

              Bersatu dibawah Barisan Alternatif.


tiada apa yang paling menyedihkan kita sekalian selain  
dari masalah politik sesama bangsa (umat islam ) yang 
melanda negara kita sekarang.mungkin ramai yang 
begitu terkejut dengan apa yang berlaku. 


apakah puncanya? 
mengapa anwar ibrahim diperlaku sebegitu sekali dan apakah tujuannya? 
kearah mana kita dibawa sekarang ini? 
bolehkah kita mengatasinya untuk masa depan agama dan generasi kita? 

telah menjadi matlamat dr.mahathir untuk menjadi seorang diktator. 
Ia amat jelas apabila krisis UMNO 1987 berlaku. Tengku Razaleigh
masih hidup untuk menjadi saksi.Malangnya Tengku Razaleigh kini 
telah terperangkap.

Mahathir juga berniat untuk memusnahkan DSA sejak dari 
awal lagi dan ia telah dirancang sebegitu rapi.cara mana 
kemusnahan itu dilaksana tidak menjadi kira kerana 
keputusan akhir yang penting. ini boleh dibuktikan dengan surat
mahathir-ismail al faruqi-anwar kira-kira 5 bulan sebelum mahathir 
menjadi perdana menteri. 

mungkin antara sebab awalnya ialah DSA pada ketika itu amat 
berpengaruh bukan sahaja di ABIM tetapi juga di seluruh negara 
islam.rujuk surat ismail al faruqi tentang bantuan jutaan ringgit 
untuk membina bangunan ABIM dari arab saudi.apakah duit itu 
diterima atau tidak adalah satu hal yang lain. 

sekiranya DSA tidak bersama mahathir,besar kemungkinan mahathir tidak 
aman dalam mentadbir negara akibat gangguan DSA dari luar kerajaan dan hanya
mampu untuk menjadi perdana menteri pada jangka waktu yang singkat.ini pasti
amat menyulitkan mahathir yang bercita tinggi 
sejak awal lagi. 

Dengan adanya DSA didalam kerajaan, maka kawalan yang lebih mudah dapat 
beliau lakukan terhadap DSA.malangnya bagi mahathir kerana DSA tetap menjadi
duri dalam daging beliau.DSA tetap berpegang kepada pendirian dan agenda asas
beliau ketika di luar kerajaan lagi.

DSA tidak mudah melatah dengan melaksanakan agendanya dengan
sewenang-wenangnya ketika bersama kerajaan dan kita tidak melihat DSA
melaksanakan agenda tersebut secara terang-terangan.

Sila rujuk interview DSA dengan majalah antarabangsa 
(time atau newsweek - bulan 8,9 atau 10)tahun lepas (1997) 
dimana DSA secara terang-terangan telah mengaku akan mengadakan 
perubahan dasar terhadap negara jika menjadi perdana menteri...

apakah perubahan dasar yang DSA maksudkan? 
perubahan perlembagaan atau apa?
dan jika betul...apalah yang ingin diubah oleh DSA. 

apakah sama dengan cita-cita PAS? sama-samalah kita tafsirkan 
maksud PERUBAHAN DASAR itu. 

tentu sekali mahathir kecewa dengan pendirian DSA yang masih 
tidak berubah walaupun begitu lama digula-gulakan oleh beliau.
tidak mudah terpengaruh budaya wang ringgit seperti pemimpin yang lain.

ketegasan DSA sudah pasti digeruni oleh semua pemimpin yang tidak amanah.saya
pasti perkara ini sudah diperhati oleh mahathir dan kuncu-kuncunya sejak dulu
lagi.meningkatnya pengaruh DSA didalam 
UMNO amat ketara apatah lagi setelah DSA berjaya menewaskan ghafar
tanpa bertanding.

mahathir adalah mangsa seterusnya jika tiada tindakan yang diambil. 

  sepanjang DSA didalam kerajaan,mahathir pasti telah mendapat jalan terbaik
untuk memusnahkan DSA.cuma masa yang sesuai saja belum tiba.ini dibuktikan
oleh mahathir sendiri apabila secara terbuka mengaku ada sepucuk surat fitnah
terhadap DSA tentang hubungan seks DSA.apatah lagi ianya diumumkan pada waktu
dan ketika yang agak pelik.diumumkan ketika perlumbaan lumba motosikal di shah
alam.sudah pasti ketika itu, begitu ramai pemberita di luar negara yang berada
di negara kita.tujuan mahathir tidak lain tidak bukan agar perkara ini
diketahui dunia secara amnya.strategi ini amat penting kerana kewibawaan DSA
telah diketahui dunia. 

 Sifat tidak amanah melampau pemimpin-pemimpin UMNO dan kuncu-kuncunya amat
tidak disenangi oleh DSA.sudah pasti perkara ini menakutkan mahathir dan
kuncu-kuncunya.rasanya satu malaysia kini telah mengetahui penyelewengan yang
dilakukan oleh mahathir demi anak-anak dan kuncu-kuncunya. 

  Masanya telah sampai untuk bertindak kerana perhimpunan agung UMNO semakin
tiba dan jelas kepada mahathir beliau adalah mangsa DSA 
jika tidak bertindak tepat pada waktunya.Krisis ekonomi yang secara 
tiba-tiba telah menyulitkan lagi keadaan.Ketegasan DSA semakin menyesakkan
mahathir. 

      Apatah lagi anak-anak mahathir dan kuncu-kuncunya juga terheret ke
lembah bankrup.DSA tidak bertolak-ansur walau sedikit. perkara ini boleh
disahkan oleh cerita-cerita yang kita dengar termasuklah anak mahathir ingin
membunuh akibat masalah ekonomi yang dihadapi. 


   kini segalanya telah menjadi sejarah baru bangsa melayu negara kita.Apakah
alasan atau cara terbaik untuk mencemarkan nama dan kewibawaan seorang manusia
yang sifat-sifat peribadinya seperti DSA? hubungan sulit dengan wanita lain? 

  Ini tidak cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.maka fitnah sebegitu jijik
dan keji adalah yang terbaik.maka berakhirlah karier DSA untuk selama-lamanya
pada pandangan kasar kita berdasarkan apa yang telah berlaku.

  Tetapi ingat....ketentuan dan apa yang akan berlaku pada hari esok bukan
berada  ditangan kita.Segala-galanya adalah kehendak Allah S.W.T belaka. 


 Akan kembalikah DSA untuk menjadi pemimpin kita? marilah kita sama-sama 
panjatkan doa untuk DSA semoga kesihatan dan kesejahteraan DSA mendapat 
lindungan Allah S.W.T. 

   pandangan mahathir, DSA adalah orang yang akan menentukan hidup atau 
matinya beliau,keluarga dan kuncu-kuncu beliau jika DSA menjadi perdana 
menteri.bayangkan apa yang akan berlaku terhadap mereka jika DSA menjadi 
perdana menteri yang begitu berpegang kepada prinsip keadilan.Segala 
kesilapan dan kesalahan mahathir sepanjang menjadi perdana menteri sudah pasti
akan diadili. 

 maka kita sebagai bangsa melayu di bumi ini kini telah terjebak ke satu 
landasan masa depan yang tidak pasti.renunglah sedalam-dalamnya apa yang 
akan berlaku jika fitnah dan cerita keji lagi jijik terhadap DSA tidak 
diselesaikan sebaik mungkin.kita orang melayu sebenarnya telah berada diambang
kehancuran masa depan akibat kerakusan pemimpin kita sendiri. 

 apakah yang akan terjadi jika mahathir mati hari esok? 
mahukah pemimpin-pemimpin kanan UMNO sekarang mengaku bahawa apa yang berlaku
keatas DSA adalah satu fitnah? Sanggupkah mereka memikul malu setelah
bersekongkol dengan mahathir mereka-cipta fitnah keji dan hina terhadap DSA?
mampukah mereka mengawal rasa marah umat melayu ? 

tertahankah mereka asakan rakyat yang semakin hari semakin berdendam dan marah
terhadap mereka? bolehkah mereka kembali menyatupadukan umat melayu yang
berpecah pada hari ini seperti sebelumnya? 

 umat melayu telah dibawa ke lembah kehancuran untuk selama-lamanya. 
kehancuran ini pasti akan berlaku sebaik sahaja mahathir tidak berkuasa lagi
kecuali fitnah keatas DSA diselesai dengan cara yang baik.mereka yang berada
di pihak DSA pasti inginkan keadilan kerana kini segala-galanya berubah
menjadi maruah yang begitu peribadi. 

  jangan fikir mudah dan cepat pasang angan-angan PAS akan memerintah 
jika menang pilihanraya.Tengoklah apa yang terjadi kepada ALGERIA dan TURKI,
kemenangan pilihanraya tidak bermakna jika parti yang menang tidak 
berkuasa.Namun sekali lagi sebagai umat islam, ketentuan hari esok bukan 
ditangan kita.Semoga Allah tetap memelihara kita. 

  Kepada pemimpin UMNO, berfikirlah sejenak dengan meletakkan diri 
anda semua sebagai rakyat biasa yang amat pasti bahawa DSA telah 
difitnah.Selamilah perasaan mereka.Bertindaklah membuat keputusan 
sekarang dan bersamalah di pihak yang benar.Kebenaran agak kabur 
di pihak mahathir berdasarkan apa yang berlaku. 

 Cara pendakwaan di mahkamah terhadap Dr.munawar dan Sukma dan beberapa 
kejadian semakin menjelaskan motif sebenar mahathir.Cukuplah anda semua 
membenarkan diri anda dipergunakan oleh mahathir. 

 Secara terbuka rayuan dibuat kepada pemimpin UMNO terutama Tengku 
Razaleigh supaya bersama bertindak secara langsung demi masa depan bangsa
melayu tercinta.Anda semua tahu mainan mahathir tentang fitnah ini. 

  Kepada umat melayu semua, fikirlah dan bertindak dengan bijak demi 
mengelakkan kita semua berada didalam kehancuran.Bersatulah kita semua 
dalam menghadapi perkara ini. 

  Kepada pemimpin-pemimpin melayu lain, perjelas dan satukan matlamat kepada
rakyat supaya tidak timbul kekeliruan dikalangan masyarakat. 

 Ingatlah...perpecahan yang melanda umat melayu pada hari ini 
adalah satu kesilapan yang amat jijik dan keji dalam sejarah 
peradaban melayu moden. 

 Ia adalah satu kejadian yang amat malang bagi anak-anak lepasan 
merdeka yang telah dibentuk dan dibesar oleh satu cara pemerintahan 
yang paling kotor serta berselindung disebalik kemajuan ciptaan mereka. 

Tergamak mereka mendidik anak melayu serta membentuk pemikiran 
anak-anak lepasan merdeka untuk terus tunduk kepada mereka. 

 Wahai anak bangsa ku, marilah bersama-sama berganding bahu membetulkan 
segala kesilapan yang sengaja diadakan demi kepentingan sesetengah golongan. 

  Bersatulah kita kembalikan kegemilangan agama dan bangsa 
yang telah punah ini.....kemusnahan terhadap bangsa baru saja dimulakan 
oleh mereka diatas sana sementara kegemilangan agama islam telah lama padam
oleh mainan terancang musuh-musuh islam.sejarah menceritakan 
segalanya. 

 marilah kita sama buktikan bahawa kita sebagai bangsa melayu adalah 
bangsa yang mampu untuk pergi lebih jauh jika pemikiran kita tidak 
dikongkong oleh sesetengah golongan . 

 marilah kita sama buktikan bahawa agama islam yang kita anuti ini 
menjamin keadilan dan kesejahteraan yang tidak berpihak kepada semua manusia
didunia ini. 


  *Artikel diatas ditulis pada 20hb.oktober.1999 dan telah setahun berlalu.
Kini PAS di ambang kejayaan-insyaALLAH...Bersama kita doakan.


  BERSATU DIBAWAH BARISAN ARTERNATIF DEMI AGAMA, BANGSA DAN BUMI BERTUAH.


  WASSALAM 
  NAKALSIKIT



____________________________________________________________________
Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke