*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sambungan....
Dari kefahaman yg sebenar terhadap pengertian ulamak
bukan syariat itu dan kedudukannya yg mulia di sisi
Allah swt serta peranannya yg penting menurut Al-Quran
di dlm harakah tauhid, maka pengislahan golongan
intelektual dan ilmuan sekular di tanah air tidaklah
bererti selain dari usaha mengembalikan mereka kpd
gambaran sebenar mengenai diri mereka, masyarakat dan
alam ini yg selari dgn hakikat2 ketauhidan Allah swt
itu. Ia wajiblah dilakukan sehingga ke peringkat
mereka dapat menjadikan kembali pengetahuan mereka
terhadap rahsia2 alam sebagai pintu makrifah selepas
mana sebelumnya melalui fahaman2 sekular barat, ilmu
pengetahuan itu adalah merupakan tembok tebal yg
mendinding mereka dan sehinggalah mereka benar2
menyedari dan memahami tentang peranan mereka yg asli
di dlm perjuangan menegakkan agama dan risalah
tauhidnya dan cara melakukannya tanpa perlu lagi
meminjam walau sedikit pun dpd pemikiran dan
pendekatan sekular yg beracun itu, selepas mana
sblmnya melalui fahaman2 sekular tersebut mereka
adalah penentang dan peruntuh ajaran2 Tauhid tanpa
mereka sendiri menyedarinya.
Firman Allah swt di dlm surah al-Nisaa' ayat 76 yg
bermaksud:"Org2 yg beriman, berperang pd jln Allah dan
org2 yg kafir pula berperang pd jln Taghut (syaitan).
Oleh itu, perangilah kamu akan pengikut2 syaitan itu
krn sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah."
Ulama yg terdiri dpd pewaris Nabi AS adalah peribadi
yg telah pun mencapai keluasan dan kematangan di dlm
ilmu agama sehingga pandangan dan pendapatnya adalah
sangat menepati dgn kehendak dan maksud2 agama,
seterusnya dgn kematangan taqwa yg telah melepasi
pasang surutnya di dlm jiwa mereka, mereka benar2
tidak akan mengeluarkan pandangan dan pendapat tanpa
ia telah diyakini terlebih dahulu sebagai telah
menepati kehendak ilmu. Sekiranya mereka tersilap oleh
sifat mereka sbg manusia maka mereka tidak pula pernah
keberatan utk segera kembali tunduk ke dlm kebenaran
Tuhannya. Di dlm hal bersegera tunduk kpd kebenaran
Tuhan, mereka sebagaimana para ulama yg sangat
mendalam pengetahuan bukan syariatnya sehingga membawa
kpd makrifah terhadap ketauhidan dan keagungan Allah
swt itu tadi adalah berada di dlm acuan dan jln yg
satu. Acuan dan jln ubudiah kpd Allah swt.
Firman Allah swt di dlm surah Saad ayat 24 yg
bermaksud: Nabi Daud berkata:"Sesungguhnya ia telah
berlaku zalim kpdmu dgn meminta kambingmu itu (sbg
tambahan) kpd kambing2nya dan sesungguhnya kebanyakan
dari org2 yg bergaul dan berhubungan (dlm berbagai2
lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kpd
setengahnya berlaku zalim kpd setengahnya yg lain
kecuali org2 yg beriman dan beramal salih sedang
mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah
berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah
mengujinya (dgn peristiwa itu) lalu ia memohon ampun
kpd Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia
ruju' kembali (bertaubat).
Firman Allah swt di dlm surah Al-Syua'rai ayat 45-48
yg bermaksud: Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan
tongkatnya, tiba2 tongkatnya itu menelan apa yg mereka
pura2 adakan (dgn sihir mereka). Maka (kemenangan Nabi
Musa menjadikan) ahli2 sihir itu segera merebahkan
diri:sujud. Sambil berkata:"Kami beriman kpd Tuhan
skelian alam. "Tuhan Nabi Musa dan Nabi
Harun".....bersambung
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place.
Yahoo! Shopping.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>