|
Malam ini ustaz
ceramah
2pm Ustaz buat sedikit preparation untuk malam ini... 1. Muqaddimah...Syukur Allah kurniakan Islam. 2. Kita wajib bersyukur dgn mengambil Islam sebagai dasar hidup kita. 3. PAS adalah sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. 4. Umat Islam wajib menyokong perjuangan utk menegakkan Islam... 5.Sejak akhir-akhir ini berlaku suatau perubahan besar dalam masyarakat
kita..seluruh ulama dan tokoh-tokoh tanah air menyertai gerakan reformasi dan
terjun dalam politik. 6. Mengapa mereka sanggup meninggalkan profen yang agak lmayan untuk
menyertai BA??? 7. Punca utama adalah kerana Dr.Mahathir telah melakukan kezaliman yang luar biasa. 8. Dr.Mahathir dan pimpinan UMNO telah memfitnah dan mengaibkan DS Anwar secara terang-terangan semata-mata bertujuan untuk merosakkan imej Anwar Ibrahim. Sedangkan fitnah adalah dosa besar. Fitnah tanpa membawa 4 saksi adil hukumnya sebat 80 kali.Tukang-tukang fitnah dihukum fasiq dan tidak boleh dilantik menjadi pemimpin. 9. Bagi menjayakan konspirasi kotor dan jijik ini, Dr. mahathir telah
menghancurkan institusi kehakiman, institusi peguam, institusi polis, institusi
media....semua mesti tunduk kpd kemauannya. 11. Lihatlah apa yg dipaparkan melalui media; TV dan akhbar. Budaya matlamat menghalalkan cara, fitnah, penghinaan Hudud, penghinaan keluarga Anwar dipaparkan kepada seluruh umat. Semua ini menggambarkan hati perut Dr.Mahathir dan pemimpin BN. 12. Kehidupan rakyat di Malaysia kini sungguh menyedihkan. Dr.Mahathir, anak2, kroni, menteri semuanya jutawan-jutawan...sedangkan ramai lagi rakyat yg miskin dan hidup dalam kesempitan. 13.Yang paling menyedihkan ialah Dr.Mahathir dan pemimpin BN menghina ayat-ayat Allah Rasulullah S.A.W dan para ulama yang mengajak kepada iman dan taqwa.. Isu Hudud, tutup aurat, negara Islam, janggut nabi s.a.w. dan air jampi. 14. Kita perlu membuat perubahan melalui pilihanraya kali ini. Hukumnya wajib. kaedah fiqh. 15 BA berjanji akan menunaikan amanah yg diberi rakyat melalui undi pada 29 hb Nov ini. 16. BA merangcang untuk menghadkan PM dan MB sehingga 2 penggal shj agar penyalahgunaan kuasa seperti Dr. Mahathir tidak berlaku. Semua institusi kerajaan seperti kehakiman, polis BPR akan diberi kebebasan, tidak lagi berada di bawah telunjuk PM. BA menjanjikan tertegaknya suatu masyarakat yang demokrasi yg sebenarnya; telus dan mematuhi prosedur yg ditetapkan oleh undang-undang negara. Khazanah negara akan dibagi-bagikan sama rata khususnya utk membela petani, nelayan, buruh kasar dan rakyat awam yang menderita. 17. Malaikat mencatat apa yang anda pangkah pada hari mengundi nanti. Apakah sumbangan anda kepada perubahan. sekian. 12 45 pm semoga sahabat-sahabat dapat memberi ceramah yang lebih berkesan. |
