MAna ada menteri2 barisan TAIK berani letak jawatan, hatta sudah ada kes pun tak berani macam IBU DUGONG RAFFI DUHhhhhh...

Nak sokong BN BARISAN TAIK lagi????

BN IS DEAD

and SO MAHADEAD!

 

BERITA MALAYSIA


November 26 , 1999 22:11PM

 

MENTERI KANAN LETAK JAWATAN DARI KABINET INDONESIA

 

JAKARTA, 26 Nov (Bernama) -- President Abdurrahman Wahid hari ini mengumumkan peletakan jawatan seorang menteri kanan Indonesia.

"Saya tidak mempunyai sebab untuk menolak peletakan jawatan Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat dan Pembanterasan Kemiskinan, Hamzah Haz kerana beliau mahu menumpukan sepenuh masa kepada Partai pembangunan Bersatu pimpinannya.

Beliau memberitahu persidangan media beberapa jam sekembalinya dari lawatan ke Kuwait, Qatar dan Jordan.

Hamzah kurang senang dengan spekulasi dalam media bahawa beliau dikatakan menerima dana secara haram bagi menyokong partinya pada pemilihan umum Jun lalu.

Beliau menafikan tuduhan itu sambil berkata dana parti diperolehi melalui sumbangan daripada berjuta-juta anggota dan penyokong parti tetapi bukan dari Bank Bali.

Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur berkata tidak ada hubungan antara peletakan jawatan Hamzah dan rasuah, persubahatan dan nepotisme, atau korupsi, kolusi dan nepotisme (KKN) sepertru dikenali di sini.

Pejabat Peguam Negara telah menyiasat kes itu dan mendapati tiada bukti menunjukkan pembabitan Hamzah dalam salah laku itu, kata beliau.

Gus Dur berkata beliau melantik Prof. Basri Hasanuddin, bekas rektor sebuah universiti di Makassar (Ujungpandang), Sulawesi Selatan untuk menggantikan Hamzah.

Beliau sebelumnya meminta Duta Besar Indonesia ke Amerika Syarikat Prof. Dorodjatun Kuncorojakti untuk mengisi jawatan itu selepas Hamzah mehnyatakan hasrat untuk meletak jawatan dari Kabinet.

Tetapi Dorodjatun menolak tawaran itu kerana beliau mahu menumpukan masanya kepada keluarga, kata Presiden.

Media sebelumnya membuat spekulasi bahawa Hamzah dan dua lagi anggota Kanibet -- Yusril Ihza Mahendra, Menteri Undangan-undang dan Perundangan serta Menteri Tenaga Kerja Bomer Pasaribu terbabit dalam skandal rasuah bersabit dengan pembiayaan Bank Bali funding.

Kedua-dua menteri menafikan tuduhan sementara Gus Dur telah mengisytiharkan bahawa Yusril bersih dan meminta beliau kekal dalam Kabinet.

Bank Bali mendapat liputan meluas media sejak beberapa bulan lalu berikutan penemuan melaluui audit oleh Pricewaterhouse Cooper mengenai pengagihan sejumlah besar dana kepada beberapa elit politik Indonesia di bawah bekas pentadiran Presiden B.J.Habibie. -- BERNAMA

 

blue.gif

bernamasmall.gif

Kirim email ke