*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ayah saya yang meninggal 3 tahun lepas mempunyai kad pengenalan
bernombor 1709351.  Beliau berusia 85 tahun semasa menginggal. 
Maknanya kalau orang tersebut mempunyai kad pengenalan bernombor
1600001 dia mungkin berusia 90 tahun.  Kepada petugas pondok panas
(harap ada kaum mislimin yang jaga pondok panas sebab muslimin ni
garang sikit) sila pastikan orang-orang yang mempunyai kad pengenalan
16000001 ini dah tua bongkok.  Kalau muda trang tang tang dengan misai
melenting, halau aje atau buat laporan polis.  

Gerrrrrrammmmmmnya akuuuuuuuuu........


--- Concorde <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>      Penemuan Bukti Mahafiraun Dan SPR Menipu Rakyat  
> 
> Dari maklumat yang saya terima dari kawan-kawan yang bekerja di JPN,
> Mahafiraun telah mengarah JPN mengeluarkan beratus-ratus ribu Kad
> Pengenalan palsu yang akan digunakan untuk pembuangan undi kali ini.
> Kad-kad pengenalan palsu ini mempunyai nombor bersiri yang sama
> diantara satu sama lain. Nombor-nombor ini digunakan kerana
> nombor-nombor ini tidak digunakan lagi. 
> 
> Kad-kad pengenalan palsu ini telah di bahagi-bahagikan kepada
> orang-orang tertentu dan orang-orang inilah yang akan membuang undi
> di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Adalah dianggarkan setiap
> orang akan menggunakan dua atau tiga keping kad pengenalan untuk
> membolehkan mereka mengundi dua atau tiga kali di berlainan tempat.
> Tugas SPR pula ialah ialah memasukkan nombor-nombor tersebut di dalam
> senarainya, supaya apabila ada orang memeriksanya nombor-nombor ini,
> nombor-nombor ini didapati benar-benar ujud. 
> 
> Apa yang anehnya pemegang-pemegang kad palsu ini akan mengundi di
> satu kawasan yang sama. Sebagai contoh jika anda membuka laman web
> SPR taipkan nombor kad pengenalan palsu yang bersiri 1600001 hingga
> 1602000, anda akan mendapati lebih kurang 2,000 orang yang memmpunyai
> kad pengenalan palsu ini mengundi di tempat berikut: 
> 
> kawasan parlimen: 006 - Kubang Pasu 
> kawasan negeri: 00605 - Tunjang 
> Negeri: Kedah 
> 
> Kebanyakan mereka ini akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Dato' Wan
> Kemara, Changlun, Kedah. Untuk membuktikan perkara ini ujud, sila
> taip nombor-nombor kad pengenalan berikut di dalam laman web SPR: 
> 
> 1600001, 1600003, 1600004, 1600005, 1600006, 1600009, 1600010,
> 1600012, 1600013, 1600014, 1600024, 1600026, 1600028, 1600032,
> 1600033, 1600034, 1600036, 1600037, 1600042, 1600043, 1600048,
> 1600050, 1600052, 1600055, 1600058, 1600059, 1600066, 1600067,
> 1600069, 1600071 .................. 
> 
> Teruskan menaip nombor-nombor tersebut dengan tambahkan satu angka
> diakhir nombor tersebut sehingga nombor 1602000. Jika nombor yang
> anda tambah tidak ada data, tambahkan satu nombor lagi diakhir nombor
> tersebut. Anda akan dapati hampir 2,000 pengundi hantu ini mengundi
> di tempat kawasan yang sama. Tidakkah perkara ini aneh?. 
> 
> Adakah di negara kita orang-orang yang masih hidup mempunyai
> nombor-nombor kad pengenalan tersebut? Jika katakan memang ada ujud
> orang-orang yang mempunyai kad pengenalan bernombor tersebut,
> tidakkah kita merasa pelik dan hairan yang mereka ini mempunyai
> nombor kad pengenalan satu siri yang seakan-akan sama dan mengundi di
> satu tempat dan kawasan yang sama. Tidakkah ini satu penipuan yang
> telah dirancang oleh Mahafiraun? 
> 
> Jika satu-satu kawasan negeri Mahafiraun boleh mendapat undi hantu
> sebanyak lebih kurang 2,000 orang, bagaimana di kawasan-kawasan lain
> di dalam kawasan parlimen yang sama? Maka oleh sebab itulah
> Mahafiraun terlalu yakin yang dia boleh menang di dalam pilihanraya
> kali ini walaupun rakyat membencinya. Mahafiraun bukan sahaja
> mengeluarkan kad-kad pengenalan palsu di kawasannya, bahkan dia telah
> mengeluarkan beratus-ratus ribu kad pengenalan palsu di kawasan lain.
> Kita ambil contoh lagi penipuan di tempat-tempat lain seperti di
> Trengganu. Cuba anda anda taip nombor-nombor kad pengenalan berikut
> pada laman web SPR. Beribu-ribu nombor kad-kad pengenalan berikut
> mengundi tempat yang sama iaitu: 
> 
> Kawasan Parlimen: 033 - Besut 
> Kawasan Negeri: 03303 - Jertih 
> 
> 1100003, 1100008, 1100009, 1100011, 1100012, 1100014, 1100016,
> 1100018, 1100019, 1100023, 1100024, 1100026, 1100028, 1100045,
> 1100050, 1100059........... teruskan sehingga 1104000. 
> 
> Tambahkan satu nombor di akhir nombor tersebut, jika anda tidak
> bersua dengan nombor yang mengundi di tempat di atas, tambahkan satu
> nombor lagi sehingga anda bersua dengan nombor yang akan mengundi di
> tempat yang sama. Kita ambil contoh lagi penipuan yang akan berlaku
> di: 
> 
> Kawasan parlimen: 007 - Padang Terap 
> Kawasan negeri: 00707 - Kuala Nerang 
> Negeri: Kedah. 
> 
> Cuba anda taip nombor-nombor kad pengenalan berikut di dalam laman
> web SPR: 0100005, 0100006, 0100008, 0100012, 0100014, 0100019,
> 0100020, 0100021, 0100023, 0100024, 0100025, 0100026, 0100027,
> 0100032, 0100034, 0100042, 0100045, 0100047, 0100048, 0100050
> teruskan tambah satu angka di akhir nombor kad pengenalan tersebut. 
> 
> Tidakkah mereka ini akan membuang undi di tempat kawasan negeri dan
> parlimen yang sama. Anda ingin bukti lagi? Taip nombor-nombor kad
> pengenalan berikut: 1000007, 1000009, 1000011, 1000012, 1000017,
> 1000018 ..... tambahkan satu angka diakhirnya. Tempat mengundi ialah:
> 
> 
> Kawasan Parlimen: 054 - Parit Buntar. 
> Kawasan Negeri: 05406 - Titi Serong 
> Negeri: Perak. 
> 
> Banyak lagi nombor-nombor kad pengenalan palsu yang dimasukkan di
> dalam senarai nombor-nombor kad pengenalan yang tidak ujud. Di sini
> sudah sah dan nyata yang Mahafiraun bekerjasama dengan JPN dan SPR
> akan menipu kita di dalam pilihanraya kali ini. Oleh sebab itu
> walaupun calon-calon yang dipilihnya dari kalangan orang-orang yang
> menghianati bangsa, merompak wang rakyat dan kaki rasuah, mereka
> yakin mereka boleh menang. 
> 
> Apbila mereka-mereka ini menang, sudah tentu kita tidak puas hati dan
> dikatakan kita akan merusuh. Oleh itu diharapkan pemimpin-pemimpin
> dari kalangan Barisan Alternatif mengambil serius perkara ini.
> Lakukanlah sesuatu sebelum kita terlambat. Bawalah perkara ini ke
> mahkamah. Tidak ada gunanya jika kita bersungguh-sungguh dan kita
> yakin rakyat menyebelahi kita tetapi akhirnya kita hampa. Ambillah
> iktibar apa yang berlaku di lain-lain negara dimana hak-hak mereka
> telah dirampas. 
> 
> Walaupun mereka menang berjuang tetapi kemenangan ini dinafikan
> dengan penyelewangan dan penipuan. Bagi anda yang telah menemui
> bukti-bukti tersebut, diharapkan anda dapat menyimpan data-data yang
> telah anda perolehi dari laman web SPR. Kerana manalah tahu jika
> perkara ini dihebohkan sudah tentu mereka akan membuang nombor-nombor
> tersebut dari laman web SPR supaya kita tidak mempunyai bukti. Dan
> akhirnya kita juga akan dituduh membuat fitnah. Salam Reformasi Dari:
> Jebat Siber
> 
> Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020
> 25 November 1999
> 
> http://members.tripod.com/mahafiraun
> 
> 

> ATTACHMENT part 2 image/jpeg name=mrf.jpg


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke