Penulis '50 Dalil' dilihat di rumah Dr Ibrahim

PERMATANG PAUH -- Penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM dilihat berada di rumah Datuk Dr Ibrahim Saad di Permatang Pauh semalam.

Encik Khalid Jefri memberitahu Berita Harian bahawa beliau ingin membincangkan sesuatu tetapi tidak membuat temu janji terlebih dahulu dengan Dr Ibrahim.

Dr Ibrahim ketika itu sedang mengadakan pertemuan dengan sekitar 40 penduduk di sebuah rumah yang terletak jauh dari rumahnya.

Sekitar 15 minit kemudian, beliau meninggalkan rumah Dr Ibrahim. Beliau berkata beliau kini sedang menyiapkan sebuah lagi buku susulan berhubung 50 dalil.

Buku itu belum dicetak kerana beliau takut didakwa menghina mahkamah, "namun peguam saya berkata buku itu boleh dicetak dan diedarkan kerana tidak membabitkan perbicaraan", katanya. -- Oleh Jabbar Hanief.

Kirim email ke