*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rayuan ANWAR kepada pengundi
UNDILAH BARISAN ALTERNATIF



Saudara-saudari pengundi, Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Dalam tempoh terdekat, rakyat Malaysia akan membuat keputusan memilih wakil 
dan kerajaan. Kita belum pernah saksikan kempen kotor dan jijik sebegini 
yang dilancarkan oleh Dato� Seri Dr. Mahathir dan Barisan Nasional termasuk 
melalui media rasmi.

Benarlah kerana sebelum ini beliau telah membuat telahan kempen paling kotor 
dalam sejarah! Hingga saat kesihatan saya, sakit kepala menjadi mainan 
mereka. Saya telah membalas menceritakan kisah penyakit beliau yang tidak 
diketahui umum. Namun, saya tidak ingin berbuat demikian kerana ini 
melanggar prinsip akhlak dan etika. Tindakan BN hanya menggambarkan mereka 
dalam keadaan cemas dan terdesak, malahan sanggup berbuat apa saja.

Rakyat terutamanya penyokong-penyokong Barisan Alternatif harus berwaspada, 
patuhi undang-undang dan jangan terperangkap dengan muslihat mereka untuk 
mengusutkan keadaan.

Teguran serta isu pokok yang dibangkitkan tidak mampu dijawab oleh Dato' 
Seri Dr. Mahathir dan pemimpin BN. Beliau sekadar menyatakan kebimbangan 
takut dikatakan menghina mahkmah. Tetapi apa halnya dengan laporan polis 
serta dokumen dan surat yang dikemukakan? Ia tidak berkait dengan mahkamah. 
Bagaimana dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa beliau meluluskan RM2 
bilion untuk syarikat anaknya?

Bagaimana dengan rasuah dan percanggahan kepentingan melibatkan berbilion 
ringgit dalam kes Perwaja dan Bakun? Bagaimana dengan kelulusan penswastaan, 
kontrak untuk anak-anaknya? Bagaimana dengan pertuduhan rasuah oleh Jabatan 
Peguam Negara terhadap Dato' Seri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik 
yang dihalang beliau?

Bagaimana dengan rasuah Tun Daim sehingga menjadi Menteri  Kewangan terkaya 
di dunia termasuk melesapkan berbilion ringgit wang, termasuk yang dikatakan 
wang kepunyaan Umno? Bagaimana dengan berbilion ringgit yang dibelanjakan 
untuk projek mega, megah dan mewah termasuk pembinaan mahligai, pembelian 
pesawat peribadi yang tercanggih; Formula One yang menjadi hobi anaknya?

Bayangkan jumlah rumah kos rendah untuk rakyat, kompleks peniaga dan 
penjaja, jambatan dan jalan kampung, kemudahan pendidikan dan kesihatan yang 
boleh dibangunkan dengan wang berjumlah berbilion ringgit itu. Sekadar 
menghibur sementara dan agar rakyat melupakan kerugian besar ini, maka 
dihapuskan lesen TV dan diberikan tambahan RM400 kepada pegawai kerajaan 
menjelang pilihan raya!

Dalam mana-mana zaman sekalipun, kemuncak keangkuhan manusia ialah bila mana 
hukum agama dan para ulama dipersenda. Dato' Seri Dr. Mahathir tidak 
menafikan kenyataannya dalam pita rakaman yang diedarkan. Untuk menuntut 
maaf jauh sekali, kerana pada beliau itu tidak serasi dengan kedudukannya.

Gejala tersebut berterusan kerana budaya membisu pimpinan Umno dan BN.  
Bahkan kerana mereka banyak yang terlibat dengan rasuah, memperkaya diri dan 
keluarga, memberi lesen, balak, tanah, kontrak kepada anak-anak dan kroni; 
tidak mungkin berkata apa-apa;  selain mengangguk, menyokong dan mengambil 
laba keuntungan bersama.

Menjelang pilihan raya, nada mereka bertukar. Umno dikatakan penyelamat 
bangsa, jangan berpecah takutkan kuasa Cina DAP yang akan menelan orang 
Melayu.  Kepada masyarakat Cina, dan bukan Melayu, MCA dan BN sahaja jalan 
selamat kerana bahaya pelampau Islam PAS.  Demikianlah strategi BN untuk 
menakut-nakutkan, memecah dan perintah.  Yang beruntung bukanlah majoriti 
Melayu, Iban, Kadazan, Cina atau India, tetapi beberapa kerat pemimpin yang 
kaya raya bersama keluarga dan kroni mereka.

Kerjasama Barisan Alternatif:   PAS, KeADILan, DAP dan PRM lebih meyakinkan 
kerana bersandarkan prinsip.

Pertama: menjamin demokrasi dan keamanan.

Kedua: pembangunan ekonomi segar yang seimbang dengan tumpuan membela 
rakyat.

Ketiga: memulihkan keyakinan terhadap institusi penguatkuasaan dan badan 
kehakiman.

Keempat: memartabatkan Islam, kehidupan beragama dan budaya lain-lain kaum.

Kelima: membanteras rasuah, kezaliman, nepotisme dan kronisme.



Saudara-saudari yang mulia,

Inilah ketika sebaiknya kita membuat perubahan secara aman.  Sesungguhnya 
perjuangan membela nasib rakyat memerlukan kesungguhan, komitmen dan juga 
pengorbanan.

Kita berdepan dengan jentera kerajaan BN, parti BN yang kaya kerana 
mengumpul wang rasuah dari syarikat perjudian dan dari kroni.

Media yang mereka kuasai bersama kroni akan hanya menyerang dan memfitnah 
Barisan Alternatif dan tokoh-tokoh mereka.

Namun, saya yakin, insya - Allah, sejarah telah membuktikan bahawa 
keangkuhan kuasa, wang, propaganda media tidak dapat membendung kemarahan 
rakyat yang ikhlas menuntut perubahan.

Saya merayu, memohon sokongan saudara-saudari memberi undi kepada 
calon-calon PAS, KeADILan, DAP, PRM dan rakan-rakan sekutu di Sabah dan 
Sarawak.  Ke arah Malaysia yang adil dan saksama.


Salam hormat.

Anwar Ibrahim
Sungai Buloh

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke