*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kuala Lumpur: PAS mendapati lebih 200,000 pengundi yang menggunakan kad
pengenalan palsu dalam daftar pemilih 1998 yang akan digunakan dalam
pilihanraya Isnin depan, kata AJK PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dalam
sidang akhbar di sini petang ini.
Menurutnya, jumlah itu didapati setelah semakan dibuat terhadap kira-kira
separuh daripada jumlah pemilih berdaftar yang ada dalam senarai Suruhanjaya
Pilihanraya dan PAS percaya lebih ramai pengundi hantu akan ditemui apabila
semakan sepenuhnya siap.
Hatta berkata, setakat ini PAS menyiapkan senarai 12 kawasan Parlimen yang
menunjukkan pengundi menggunakan kad pengenalan yang tidak wujud atau palsu
kerana tidak terdapat dalam senarai kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran
Negara.
"Kami telah membuat cross check dengan pelbagai jabatan termasuk Pendaftaran
untuk memastikan nama pengundi itu benar-benar wujud," katanya.
Setakat ini, 2530 nama di kesan di Kuala Kedah, 2107 di Merbok, 2420 di
Kubang Pasu, 1430 di Arau, 1443 (Baling), 1755 (Kangar), 1667 (Padang
Besar), 1527 (Kuala Kangsar), 1486 (Padang terap), 1615 (Sik) dan 456 di
Gombak.
Sehubungan itu, PAS dan BA mendesak SPR memgambil tindakan segera untuk
memastikan semua nama yang dikenalpasti dilarang daripada mengundi dan
langkah-langkah pengesanan di pusat-pusat membuang undi dipertingkatkan,
katanya.
Petugas BA akan memberikan kerjasama untuk sama-sama menghalang pemegang kad
pengenalan palsu ini daripada mengundi, katanya.
Menurutnya, agen mengundi (PO) perlu memberikan perhatian penting mengenai
pengundi palsu ini untuk mengelakkan daripada mereka mengundi.
BA juga meminta Kementerian Dalam Negeri menyiasat skandal pemberian kad
pengenalanan palsu ini kerana ia merupakan ancaman kepada keselamatan
negara, katanya.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>