PASTIKAN PERUBAHAN SECARA AMAN
Pesanan Presiden PAS kepada para pengundi
Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd. Noor memberikan jaminan, perubahan kerajaan yang berlaku selepas pilihan raya ini akan berjalan secara aman dan damai tanpa sebarang kekacauan.

Daftar pemilih: 51.2 peratus tiada rekod lahir
Sebanyak 51.2 peratus atau 4.9 juta pengundi yang disenaraikan dalam daftar pemilih yang telah digezetkan pada Januari 1999 tidak mempunyai rekod tarikh lahir.

Menara KL tidak retak - CEO Menara KL
Pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur, menafikan menara itu retak sebagaimana yang dilaporkan oleh Harakah sebelum ini.


MALAY SECTION

Orang sembahyang tak semestinya lebih Islam dari orang tak sembahyang - PM
"Kita tidak boleh mengatakan orang yang sembahyang itu adalah lebih Islam daripada orang yang tidak sembahyang," kata Dr. Mahathir ketika memberikan ucapan penangguhan di Perhimpunan Agung Umno 19 November 1989.

Penyokong BN benci calon perempuan
Gara-gara mencalonkan seorang perempuan bagi kerusi DUN N15 (Bukit Naning), Muar, Johor, BN menghadapi masalah besar apabila 8,000 penyokong mengugut tidak akan mengundi perikatan itu kali ini.

14 bilik gerakan BN Kubang Pasu tutup
Sebanyak 14 bilik gerakan pilihan raya Barisan Nasional di Kubang Pasu, kawasan parlimen Dr. Mahathir yang kini bertanding mempertahankan kerusi itu, telah ditutup apabila beratus-ratus pekerja Umno beramai-ramai meninggalkan parti itu sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.

Cerita Anwar dalam penjara dibukukan
Seorang bekas banduan yang pernah berada bersama-sama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Anwar ditahan reman di penjara Sungai Buluh telah menulis sebuah buku khas pengalaman beliau selama 153 hari bersama Anwar.

Media diminta jangan galakkan keganasan
Pemantau pilihan raya rakyat Malaysia (Pemantau) menyeru media dan akhbar tempatan agar melaksanakan tanggungjawab mereka dengan tidak menyiarkan iklan yang memaparkan keganasan sewaktu demonstrasi yang mengaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan Barisan Alternatif di samping mereka seharusnya mematuhi etika kewartawanan mereka sendiri.

LAGI BERITA ...

SISIPAN GEMA HARAKAH

SEMBANG-SEMBANG PWTC

CATATAN KELANTAN

Manifesto Bersama BAMANIFESTO BERSAMA BARISAN ALTERNATIF

Klik sini...

 

Bukuadil.jpg

Kirim email ke