*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
> SIARAN MEDIA
> 27 November 1999
>
>
> SELAMAT MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA 1999:
> BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT DEMI MASA DEPAN YANG
> GEMILANG
>
>
>Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru rakyat Malaysia
>supaya keluar beramai-ramai pada 29 November 1999 bagi
>menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara untuk memilih
>calon-calon yang bertanding bagi mewakili kawasan masing-
>masing dalam pilihanraya kali ini. Tindakan dan keputusan anda
>amat penting kerana apa yang anda pilih akan menentukan masa
>depan kita, maruah dan martabat umat di Malaysia pada alaf baru.
>
>Seperti yang kita maklum, negara kita sedang
>mengalami pergolakan yang amat getir dari segi politik,
>ekonomi dan sosial. Hampir-hampir tidak ada siapa
>yang terlepas dari tekanan keresahan akibat pelbagai
>perkara yang berlaku, sama ada mereka warga kota
>maupun penduduk desa, kelompok korporat maupun
>birokrat, para pelajar serta mahasiswa maupun kaum
>pekerja. Keadaan ini berpunca dari krisis
>kepemimpinan politik paling serius yang pernah
>melanda negara. Ini telah menjerumuskan rakyat jelata
>ke dalam kemelut yang menggoncang institusi-institusi
>awam dan swasta ke tahap yang paling mencabar
>dalam sejarah tanahair. Krisis ini juga telah
>menghumban kita ke jurang kegelisahan dan
>kesengsaraan mental serta fizikal yang belum pernah
>kita alami sebelum ini.
>
>Sebagai rakyat yang mencintai keamanan dan
>kesejahteraan, kita bertanggungjawab untuk tampil bagi
>menghentikan semua gejala buruk ini dari terus
>berkembang dan memusnahkan kekuatan umat dan
>negara. Sumbangan berkesan boleh diberi oleh rakyat
>untuk keluar dari kemelut ini dengan memilih parti yang
>membariskan para pemimpin yang jujur dan benar-
>benar berhati rakyat dan berjuang untuk rakyat serta
>sedia mengorbankan kepentingan-kepentingan diri
>demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat terbanyak.
>Sebaliknya calon-calon yang ternyata rendah pekertinya,
>miskin akal budinya, tandus ilmunya, mengkhianati
>amanah dan sering menabur fitnah, tidak ada pilihan
>lain untuk kita kecuali menolak mereka sama sekali.
>Gunakanlah akal budi dan nurani anda untuk
>menentukan antara kaca dan permata; antara madu dan
>hempedu; antara padi dan lalang.
>
>Pilihan bijaksana yang anda buat itu, akan menentukan
>kemampuan kita untuk bangun pada fajar alaf baru dengan
>kekuatan dan keberanian yang meyakinkan bagi membawa umat
>negara ini ke tahap kecemerlangan. Ini akan hanya menjadi
>kenyataan sekiranya kita dipimpin oleh barisan qiyadah yang
>penuh wibawa, amanah dan berakhlak, bersemangat tinggi serta
>berpegang teguh kepada nilai-nilai murni sejagat. Diharapkan juga
>pilihan waras yang anda buat akan menjadikan sosio politik negara
>kita bebas daripada amalan korupsi dan pembaziran, kronisme dan
>kolusi serta amalan fitnah-memfitnah.
>
>Nyatakan pilihan bijaksana anda itu dengan penuh yakin di atas kertas undi.
> Inilah masanya untuk kita sama-sama menyatakan pendapat yang amat berharga
dan
>nilainya ialah maruah bangsa, negara serta agama. Selamat mengundi.
>
>
>
>
>AHMAD AZAM ABDL RAHMAN
>Presiden
____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://webmail.netscape.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Abdullah Zubair <[EMAIL PROTECTED]>