*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masalah pilihanraya 5 tahun sekali

Nama penuh:     nordin bidin
E-email:        [EMAIL PROTECTED]
Pekerjaan&jawatan/penuntut:     tentera
Majikan/jabatan/univ/sekolah:   mindef

assalamualaikum,
Saya telah mendengar jawapan mengenai hukum pilihanraya dan didalam buku  fatwa 
masakini
jilid 7&8 Prof Dr Yusof  Qardawi pun ada menyatakan tentang pilihanraya dan berparti
politik. Daripada  penelitian saya untuk membentuk negara islam di malaysia secara aman
maka kita perlu melalui sistem pilihanraya. Maka kita sebagai  orang islam perlu 
menyokong
parti yang mahu melaksanakan syariat islam. 

Apa yang menjadi persoalan kepada saya apakah  benar dan betul kaedah pilihanraya yang
diamalkan oleh kerajaan malaysia hari ini iaitu kita terpaksa menunggu 5 tahun  
sekali. 

Ini bermakna untuk menubuhkan kerajaan islam  pada hari ini peluangnya terbuka 5 tahun
sekali. Dan kerajaan islam itu juga  boleh tumbang dengan mudahnya hanya melalui suara
majoriti. Maka untuk membentuk satu tamadun islam di Malaysia peluangnya  hanya ada 5
tahun sekali. Jika kerajaan yang ada sekarang mengubah kepada 10 tahun sekali maka 
adalah
terlalu lambat sekali  untuk menunggu menubuhkan kerajaan islam dimalaysia.!  
Apa yang saya katakan ini semuanya boleh berlaku jika dilihat  pada situasi semasa 
akhir2
ini.  
Soalan saya:
1. Adakah untuk menubuhkan sesuatu kerajaan islam perlu kepada suara  majoriti?
2. Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu menunggu 5 tahun iaitu  pilihanraya 
maka
jika diubah waktu kepada 10 tahun peluang menubuhkan kerajaan islam di Msia nampaknya
begitu sukar? sekian terima kasih

Kapt Tudm


                                           Jawab

Alhamdulillah, inilah jawapannya:
 Pemerintahan adalah urusan yang paling besar umat Islam. Suatu perkara yang  tidak 
boleh
dipandang remeh dan enteng. 
Kata Ibnu Taimiyah:
"Wajib diketahui bahawa urusan kekuasan manusia adalah kewajipan agama yang  paling 
besar,
malahan tidak dapat tertegak agama melainkan dengannya. Maka sesungguhnya anak Adam itu
tidak  akan sempurna maslahatnya kecuali dengan bermasyarakat kerana sebahagian 
memerlukan
sebahagian yang lain.  Ketika bermasyarakat itu, tidak boleh tidak mestilah mempunyai
ketua. Sehingga Nabi s.a.w. telah bersabda:  "Apabila kamu keluar tiga orang 
bermusafir,
kamu lantiklah salah seorang sebagai ketua." (HR Abu Daud dari Hadis Abu  Sa’id dan Abu
Hurairah).

Manakala imam al-Ghazali berkata:
"Agama itu sendir. Penguasa itu pengawal. Sesuatu yang tidak bersendi akan  hancur dan
sesuatu yang tidak ada pengawal akan sia-sia."

Ibnu Hazmin berkata:
"Telah muafakat seluruh Sunni, semua Murji’ah, semua Syiah, semua Khawarij  atas wajib
adanya imamah. Dan bahawa umat Islam wajib berada di bawah pimpinan imam yang adil yang
akan  ditegakkan hukum-hakam Allah di dalamnya serta mengatur mereka dengan hukum-hakam
berkenaan dengan apa yang telah  didatangkan oleh Nabi s.a.w. Yang terkecuali dari
kemuafakatan ini ialah golongan Najdah…."

Amat dikesalkan sekali kerana masih ramai umat Islam di negara kita yang  masih keliru
dengan persoalan menegakkan negara Islam. Sebahagiannya masih berfikir ia hanyalah
soal-soal dunia yang tidak  ada kena mengena dengan kehidupan beragama mereka.
Sebahagiannya enggan turun mengundi kerana katanya `tidak sunnah'.  Sebahagian yang 
lain,
pergi mengundi tetapi masih tidak dapat melakukan pilihan yang tepat siapakah yang 
layak
dipilih untuk  dijadikan pemimpin menguruskan permasalahan umat Islam.

Para ulamak dan umat Islam yang insaf akan perkara ini perlu bekerja lebih  kuat lagi
untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruhnya.

-----------------
Jumhur ulamak Islam mengharamkan langkah kekerasan (spt. revolusi dsbnya)  sekalipun
terhadap pemerintah yang zalim dan fasiq. Kerana ia akan berakibat jauh lebih buruk 
dari
sebelumnya. Jika  berjaya tindakan itu, akan memakan korban, jika gagal, memang sudah
semestinya lebih banyak korban lagi.

Terbabit dalam pilihanraya ala barat oleh parti Islam bukan bermakna mereka  beriman
dengan demokrasi secara total. Ia hanya digunakan sebagai wasilah untuk menegakkan 
negara
Islam. Dan, ia bukannya  satu-satu wasilah ke arah itu, namun dalam keadaan umat Islam
dihimpit dari seluruh pihak oleh sistem sekular, maka  terbabit dalam pilihanraya 
adalah
antara jalan yang terbaik. Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam Malaysia 
khususnya 
untuk memberikan dokongan kepada parti Islam. Paling lekehpun, `lebih baik daripada
mendokong parti sekular..’ (Hukumnya  telahpun dibahas oleh para ulamak kini termasuk
al-Qardhawi)

Pada zaman ini, sebuah parti Islam tidaklah bergerak hanya semata-mata  sebagai sebuah
parti politik sahaja. Bahkan ia mestilah bergerak sebagai sebuah harakah islamiyah. 
Jika
hanya semata-mata sebuah  parti politik sahaja (lebih-lebih lagi jika pembangkang), 
maka
tumpuannya hanyalah 5 tahun sekali pilihanraya.  Aspek-aspek lain diabaikan, seperti
pendidikan, tarbiyah, ekonomi, dakwah, kebajikan umat dll.

Tidak selamanya parti Islam dibenarkan untuk menyertai pilihanraya oleh  rejim yang
berkuasa. Adakalanya ia disekat. Dan, apakah ketika itu sudah terhenti segala usaha dan
harapan untuk menegakkan  negara Islam? Sudah tentu tidak, kerana kerja pendaulatan
syariah Islam adalah satu usaha yang mesti berjalan secara  berterusan, sesuai dengan
semangat amar makruf nahi munkar. Terlalu banyak lagi usaha-usaha dan kerja-kerja yang
perlu  dilaksanakan (walaupun ia bukan yang terbaik). Jika pilihanraya dihalang, maka 
itu
bermakna salah satu dari wasilah telah  hilang, bukan segala-galanya telah hilang.

Contoh lain, jika setiap kali pilihanraya yang dijalankan secara tidak adil  dan 
terdapat
unsur-unsur penipuan, para ulamak ketika itu bolehlah berijtihad untuk menentukan 
apakah
perlu terbabit dalam  pilihanraya? Masalah ini bukan melibatkan soal halal dan haram,
tetapi masalah yang baik dan yang terbaik. Apabila ulamak mengeluarkan  kenyataan
tertentu, umat Islam wajar mematuhinya.

----------
Soal: 
Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu menunggu 5 tahun iaitu  pilihanraya maka 
jika
diubah waktu kepada 10 tahun peluang menubuhkan kerajaan islam di Msia nampaknya begitu
sukar?

Jawab: 
Apabila kita mengubah hala fikir kita dengan berpegang kepada  prinsip:
1 .  Parti Islam bukan semata-mata parti politik, tetapi ia adalah sebuah  gerakan 
Islam.
2 .  Pilihanraya adalah satu wasilah yang terbaik dalam keadaan yang  melanda umat 
Islam
sekarang ini ke arah menegakkan negara Islam.
3 .  Usaha menegakkan negara Islam adalah satu usaha yang berterusan. - maka kecelaruan
ini akan selesai.

Baiklah.. Jika kita terima bahawa pilihanraya sebagai salah satu dari  wasilah, dan
terpaksa menunggu 5 tahun sekali… Untuk menunggu tempoh berkenaan, terlalu banyak kerja
yang mesti dilakukan. Untuk  membolehkan rakyat memilih parti islam sebagai pemerintah
mereka, bukan dapat dilakukan secara tiba-tiba. Lihat sahaja  latarbelakang sejarah 
umat
Islam modern, bermula dari era sekularisasi Ataturk. Rakyat perlu ditarbiyah, 
dihilangkan 
pemikiran-pemikiran pro-sekular dan kejahilan mereka.

--------------
Soal: Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu menunggu 5 tahun?
Jawab: Kalaulah kita boleh melakukannya dalam tempoh beberapa jam…

Soal: Adakah untuk menubuhkan sesuatu kerajaan islam perlu kepada suara  majoriti?
Jawab: Kalaulah kita boleh menubuhkannya dengan suara seorang dua sahaja….

---------------
Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w. dapat mendirikan kerajaan Islam Madinah  jika tiada
dokongan dari penduduknya terhadap usaha dakwah baginda? Bagaimana mungkin Rasulullah
s.a.w. dapat menakluk  kota Mekah jika tiada satu kekuatan dan strategi di belakangnya?
Melainkan… Jika berlaku sesuatu perkara yang mencarik adat  dengan berlakunya mukjizat
ataupun keramat ataupun bantuan dari Allah tanpa disertai sebab.

Sebenarnya bukan suara majoriti, tetapi kekuatan dan strategi. Ia dapat 
menundukkan kekuatan dan mempengaruhi suara majoriti.

----------
Masalah:
Al-Marhum Syeikh Sya’rawi pernah ditanya:"Mengapa hingga kini negara Mesir  masih belum
melaksanakan syariat Islam?"
Beliau menjawab: "Tanya kepada rakyat Mesir sendiri. Kerana merekalah yang  memilih
wakil-wakil dalam dewan perwakilan. Seterusnya tanyakan kepada mereka, apakah orang 
yang
dipilih  itu ada janji seperti itu (melaksanakan syariat)?"

-----------
Masalah (tambahan):
Kami pernah bertanya kepada seorang teman pada pilihanraya yang lalu:
Kata kami: "Kamu undi siapa?"
Dia menjawab: "Undi parti ini (parti sekular yang tidak mendokong syariah Islam)".
Kami bertanya: "Kamu fikir, pilihanraya ini apa?"
Dia menjawab: "Pangkah pilihan yang kita mahukan, selesai..."
Kami berkata: "Apa kamu fikir.. Islam itu hanya sekadar sembahyang, puasa, zakat 
sahaja..?
Apakah Tuhan di akhirat
nanti hanya akan bertanya kepada kamu tentang itu sahaja..? Apakah Tuhan akan melupakan
undi yang kamu
lakukan? Apakah penentangan terhadap Islam dan dokongan terhadap kekufuran oleh orang 
atau
parti yang kamu
pilih itu, kamu akan terlepas begitu sahaja? Kamu memilihnya, bermakna kamu redha 
terhadap
dasar yang telah dan
akan dilaksanakan… 
Kerana:
Al-Ridha bis-syai’ ridhan bima yatawalladu minhu (Redha terhadap sesuatu,  bermakna 
redha
terhadap apa yang dilahirkan).
Dia bertanya: "Bagaimana aku ini sekarang..? Sebelum ini mana aku tahu.." Kami 
menjawab:
"Kamu tunggulah lima tahun lagi, di samping itu jangan lupa  berdoalah kepada Tuhan 
agar
orang atau parti yang kamu pilih itu akan segera mengubah dasar sekularnya."  Wallhu
a’lam. 
Rujukan:
Feqhus Sirah, Syeikh Muhamad al-Ghazali Anta Tas’al Wa Islam Yujib, Syeikh Sya’rawi
Al-Siyasah al-Syar’iyah Fi Ishlahir Ra’I War Ra’iyah, Syeikhul Islam Ibnu  Taimiyah 


--
al-ahkam


_____________________________________________
Free email with cool domains at FriendlyEmail
http://www.mypad.com/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke