*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,

Memang betul Pak Din, termasuk diri saya, kecewa tu tidaklah, tapi sedih 
dengan kaum melayu golongan veteran yang masih lagi nak menyokong dacing, 
ini termasuklah Tok Iman (Ganti)/Tok Siak Masjid Daerah Manjung, malah yang 
tOk Siak nya tanpa malu-malu waktu hari pengundian ada bersama-sama 
bercampur duduk dengan golongan UMNO+ Cina+Hindu di Pondok Panas BN,, lagi 
satu yang kita heran sangat puak-puak UMNO ni sanggup bertungkus lumus 
mendirikan pondok panas mereka, sedangkan calunnya hindu dengan cina,, yang 
syoknya puak hindu dan cina langsung tak nampak batang hidung,, bila kita 
dok perati kat depa masing-masing tunduk malu saja,, sedangkan pondok panas 
BA majoriti dibantu golongan anak muda 20han,, malah terdapat anak-anak 
orang kuat UMNO, saya sendiri cuma membantu yang ringan-ringan sahaja kerana 
memang ramai tenaga kerja,,
   UPU tempat saya memang menang dengan majoriti 500 lebih,, tapi UPU 
lain-lain kebanyakannya kalah, terutama kawasan kampong yang melibatkan 
golongan veteran, mereka masih nak sokong Hindu dengan Cina, sedangkan 
Cina-cina (DAP) sanggup bersama-sama mengundi BA,, ini memang diakui oleh 
Pegawai SPR yang bertugas,,, nasib baik undi POS TLDM banyak membantu kepada 
BA,, kalau tidak calun BA Kawasan Lumut mungkin kalah banyak lagi,, Cuma apa 
yang saya risaukan juga ialah bagaimana bekal Calun Parlimen Lumut Tuan Hj 
Zamanhuri bekas ADO Manjung akan menyesuaikan diri sebagai ahli politik,, 
kerja dah resign 48 jam,, pencen mungkin buleh atau tidak pun susah nak 
cakap, lainlah kalau ambik calun BN,, macam calun DUN Pasir Panjang Ust 
Sidik Nur walaupun tewas dengan 400+ tak ada masalah sebab Ustaz PAS memang 
dah biasa dengan kehidupan hidup yang ala kadar,, Tatapi kalau yang 
datangnya dari ADO kemudian nak sesuaikan diri sebagai orang politik 
pembangkang risau juga saya,, moga-moga nanti ada pihak-pihak yang tawarkan 
jawatang kepadanya,, kerana pengorbanannya terlalu besar untuk kepentingan 
Islam,, tetapi Orang-orang Melayu kawasan Lumut masih lagi mahu orang kafir 
laknatullah menjadi calun pilihan mereka.

>From: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* p/raya - sembang sembang
>Date: Tue, 30 Nov 1999 04:10:31 -0500 (EST)
>
>
>Assalamualaikum,
>
>Melihat kepada tulisan sahabat-sahabat kita di hizbinet ini, saya dapat 
>merasakan ada yang merasa kecewa dengan so called kegagalan BA dalam 
>pilihanraya yang baru berlalu.
>
>Secara peribadi, saya tidak merasa kecewa langsung dengan 'kekalahan' ini; 
>walau pun saya sendiri seperti sahabat-sahabat satu UPU terpaksa bercekang 
>mata sampai pukul 2 tiga pagi menyiapkan bahan2 kempen, poster-poster, 
>melengkapkan pondok panas dsg;  saya tidak rasa kecewa malah sebaliknya 
>pula berlaku. Kemenangan PAS di Terengganu dan penambahan jumlah kerusi 
>parlimen beserta kemenangan buat pertama kali di beberapa buah negeri bukan 
>Kedah-Perlis-Kelantan-Terengganu membuatkan saya jadi gembira dan cukup 
>bersyukur dengan prestasi ini.
>
>Dari segi penambahan jumlah kerusi parlimen, sila lihat fakta ini:
>
>BN (1995) - 166 kerusi
>BN (1999) - 148 kerusi
>
>PAS (1995) - 8 kerusi
>PAS (1999) - 27 kerusi
>ADIL (1999) - 5 kerusi
>
>Walaupun dilihat secara sepintas lalu, kita gagal menyekat 2/3 majoriti BN, 
>tapi kegagalan itu bukanlah merupakan satu kegagalan dalam erti kata yang 
>sebenarnya. Kalau pun hari ini depa tak mahu memilih kita, tapi insyaallah 
>5 atau 10 tahun akan datang; anak-anak mereka akan menyertai kita. Tak usah 
>sembang pasal Kedah-Perlis-Kelantan-Terengganu; cuba tengok jumlah undi 
>yang kita tewas di negeri-negeri seperti Pahang, Perak dan Melaka; ada 
>sesetengahnya tak sampai pun 500.  Datuk Najib yang pernah diwar-warkan 
>sebagai bakal Perdana Menteri melalui theori RAHMAN itu pun, hampir-hampir 
>saja menyembah bumi kalau tak kerana ada extra dua tiga ratus orang pelakon 
>tambahan. Kadang-kadang kita sendiri naik terkejut dengan perubahan 
>mendadak masyarakat kita ini; contohnya apabila melihat siaran langsung 
>keputusan p/raya negeri Melaka malam tadi, secara tak sengaja keluar 
>perkataan berikut dari mulut saya:
>
>"Ish, tak sangka sungguh ramai jugak pengundi PAS di Melaka ni!!"
>
>Kata saya kepada isteri saya:
>
>"Tengoklah 5 atau 10 dari sekarang; silap-silap Melaka pula akan jatuh ke 
>tangan kita!!".
>
>Sesungguhnya tuan-tuan dan rakan2 sekalian,
>
>"KALAHNYA KITA ITU HANYA MERUPAKAN KEKALAHAN DARI SEGI JUMLAH ORANG YANG 
>MEMBERI SOKONGAN, TETAPI HARUS KITA INGAT KEMAMPUAN KITA MENAMBAHKAN JUMLAH 
>MEREKA2 YANG PAHAM TENTANG SISTEM HIDUP ISLAM, DAN MAHU BERSAMA-SAMA KITA 
>MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN, SEBENARNYA SECARA SENDIRINYA  
>ADALAH MERUPAKAN SATU KEMENANGAN!!"
>
>Moga segala hasil usaha kita sebelum, ketika dan selepas pilihanraya ini 
>akan diberi balasan pahala yang setimpal. Amin!
>
>Teruskan perjuangan.....
>
>Wassalam,
>Pakdin
>
>
>
>
>---------------------------------------------------
>Get free personalized email at http://www.iname.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "michel mick" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke