*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rata-rata tahu bahawa kekalahan teruk kita kepada BN adalah kerana undi
masyarakat Cina. Tak payahlah kita cakap pasal kertas undi yang dah
siap bertanda. Itu memang berlaku sebab di DUN Kajang UPU yang meminta
pengundi menyapu kertas undi dengan tisu yang diberikan oleh mereka
menang besar sedangkan UPU yang tidak tahu adanya arahan tersebut kalah
besar.
Alhamdulillah masyarakat Melayu telah mula sedar akan kelemahan parti
memerintah. Namun sokongan ini perlu dijaga dan dikekalkan. Jangan
pula 5 tahun lagi mereka berubah pula untuk kembali tertarik kepada BN.
Kita berdoa agar PIEM melakukan satu lagi kesilapan besar seperti kes
pemecatan DSAI. He he he. Tak siapa nafikan ia banyak membantu
kemenangan kita.
Masa merayu undi seorang uncle beritahu saya masyarakat Cina susah
sikit nak ajak untuk menyokong perjuangan kita sebab kebajikan mereka
benar-benar dijaga oleh UCNO. Sekarang tugas kita nampaknya untuk
menjaga hati mereka dan memberi penerangan kepada mereka. How?
Macamana? Lagu mano? Guano nok wak?
Dalam hizbi net ni nampaknya kita banyak beri fakta, tapi kita kurang
berikan cadangan. Macam kes kertas undi yang boleh bertukar tanda
pangkah tu. Kita semua tahu hal tersebut, dah lama tahu, 3 atau 4
bulan sebelum election kita dah tahu, tapi tiada seorangpun yang
berikan cadangan apa yang harus dilakukan. Memang dalam hizbi net ni
ada orang UCNO seperti Darwis(hai, tak bersuara nampak?), none none(dah
lama menyepi?), Mat Rencana(tak pernah baca komen orang),
Mahazan(adakah dia ini Darwis?) dan ramai lagi. Tapi buat apa kita
takut kat depa. Memanglah sesuatu cadangan atau pandangan sepatutnya
adalah sirr (rahsia), tapi kalau dah kertas undi tu dah siap sedia,
depa tak sempat nak tukaq lagi dah.
Begitu juga dengan kaum Cina ini. Biarlah mereka tahu apa yang kita
nak buat. Mereka memang tak ada modal lain selain dari modal basi,
kalau pangkah PAS nanti tak boleh minum arak, kalau pangkah PAS nanti
tak boleh main mahjong, nanti kalau pangkah PAS kena potong tangan,
kalau pangkah PAS, tak boleh pakai skirt pendek. Idea basi beb, idea
basi! Semua tu kita dah tahu macamana nak balas balik. Tapi
masalahnya kita ni jarang nak mendekati masyarakat Cina. Kita jarang
berbual-bual dan cuba menceritakan keindahan Islam kepada mereka. Kita
ni lebih ramai dari mereka, tapi nampak gayanya orang kita yang lebih
tertarik untuk mengikut gaya hidup mereka. Mereka tak ikut gaya hidup
kita kecuali di Kelantan dan Melaka.
Orang Cina yang mula bawa dadah ke sini, orang kita ikut. Orang Cina
tak leh lupakan arak, orang kita ikut. Orang Cina main mahjong, orang
kita main tikam ekor. Yang kita boleh tarik orang Cina ikut kita
hanyalah makan nasik lemak dan roti canai. Satu lagi teh tarik. Itu
ajelah nampak gayanya.
Kita ada 5 tahun lagi untuk election yang seterusnya. Ahli PAS dah
bertambah berkali ganda. Ahli ADIL pun ramai juga. Kalau setiap dari
kita tumpu kepada seorang Cina sahaja, InsyaAllah election akan datang
kita akan menang!
TAKBIRRRRR!!!!!
ALLAHU AKBER 3X
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>