*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Secara peribadi, saya merasakan kemenangan PAS di Terengganu begitu mengejutkan; bukan
kerana belum bersedia menerima kemenangan ini, tetapi kerana selama ini suasana
politik di Terengganu tidaklah nampak sangat begitu menjerumus ke arah itu. Tidak
keterlaluan kalau kita katakan selama ini semua orang tidak sangat memberi perhatian
kepada Terengganu berbanding Perlis.
Saya sendiri, walau pun sering berulang alik ke Terengganu atas urusan peribadi tidak
begitu menjangkakan kemenangan sehebat ini. Mungkin kerana itu saya jarang menulis
mengenai Terengganu walau pun mendapat berbagai maklumat dari sahabat-sahabat di sana.
Pun begitu, seingat saya, ada dua tiga article yang pernah saya tulis mengenai
Terengganu ini; di sini saya petikkan sebahagian dari article tersebut sebagai
flashback untuk tatapan bersama:
September 1998 (selepas pemecatan DSAI)
----------------------------------------------------
<deleted>
Masuk ke Hulu Terengganu, seorang sahabat di sana yg sekarang ini sudah 'terlalu
kurang' menerima habuan2 kontrak baiki jalan dan yg sewaktu dengannya, bila diajukan
persoalan Anwar Ibrahim, beliau berkata, "Heran sungguh, kita dok pasang telinga
dengar orang sembang-sembang di kedai2 kopi , setakat ini semuanya anti-Mahathir, tak
ada lagi yang saya dengar sokong Mahathir". "Ada dalam 10 orang?", tanya saya.
"Lebih!". "20 orang?". "Lebih lagi!". Dalam perbualan seterusnya, kita dimaklumkan
melalui survey random beliau dari Bandar Kuala Terengganu hinggalah ke pedalaman Ulu
Pait berdekatan air terjun Sekayu, sentimen pro-pembangkang begitu jelas terasa. Bulan
nak naik dah!!
Singgah pula di Pekan Chukai, dalam kawasan Wan Amar Mokhtar, Menteri Besar yang
paling lama berkhidmat dalam dunia (sudah 24 tahun), seorang sahabat yang rumah
pusakanya sedang menunggu masa untuk dirobohkan - bagi memberi laluan kepada
pembangunan 'Bandar Kemaman'; apabila diajukan persoalan Anwar Ibrahim, beliau
berkata, "Nak cerite pun tak reti, tapi tadi saya ada berbual dengan penjual
suratkhabar dekat Pasar tu, dia cakap, saje-saje le dia nak tengok reaksi orangramai
beli suratkhabar pagi tadi, (muka depan 2 org mengaku salah diliwat), semua orang yang
beli, bila tengok aje muka depan tu, terus geleng kepala, tak logik - tak logik, tak
masuk akal!!".
Terus pula kita ke sebuah kampung nelayan berdekatan, kereta baru yang kita bawa itu
habis berdebu melalui jalan-jalan berpasir di celah2 rumah nelayan tersebut. Selepas
minum, kita pun ajukan persoalan yang sama, belum sempat kita habis soalan, sahabat
tersebut terus menjawab, "Aha, kalau nak tahu cerita yang betulnya, tadi Zaki ada bawa
balik 'tebal ni' dari internet!". Tu dia aih, internet dah masuk ke kampung nelayan,
nak apa lagi??.
Next stop ialah di Kuantan, Pahang. Bila diajukan persoalan yg sama, isteri tuan rumah
yang agak becok ini bila diajukan persoalan Anwar Ibrahim ini, beliau berkata,
"Suratkhabar tak boleh percaya, kalau nak, nanti saya tunjukkan 'internet' yang abah
dia bawa balik tiap-tiap hari tu - 'tebal ni'".
Pun begitu, walaupun mereka sudah tak percaya suratkhabar, tapi terpaksa juga dibeli
kerana nak tahu perkembangan terbaru. Ini diakui oleh Pok Li dari Kuala Kemaman,
Terengganu. Kata beliau, "Surat kabo nak kena beli juga, walau pun tak beto tapi nak
kena ambik tahu jugo ape cerita". Inilah kelebihan yg kerajaan ada yang pihak
pembangkang tak ada.
<deleted>
September 1999 (setahun selepas pemecatan DSAI)
------------------------------------------------
<deleted>
Walau pun demam pilihanraya tak begitu terasa di bumi Terengganu, tetapi di kalangan
ahli-ahli PAS,
persediaan mereka sudah lama bermula; ini terbukti dengan Poster Ceramah berbagai rupa
yang boleh kita temui di mana-mana. Mungkin kerana itu agaknya, walau pun sedang
bergumbira dengan Festival Terengganu, Ayah Wan kita sebenarnya tak berapa nak boleh
tidur lena. Dalam satu perbualan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan di Pekan
Chukai, saya dimaklumkan bahawa dua tiga minggu lepas, Ayah Wan jadi terkedu kerana
majlis beliau bersama rakyat di Kuala Kemaman cumalah dihadiri oleh sekitar LIMA PULUH
ORANG sahaja!!
Kerana itu juga, beliau terpaksa membatalkan satu majlis yang sama di satu kawasan di
Kemaman dua tiga hari selepasnya. Menurut sahabat itu lagi, majoriti orang-orang
Melayu di Kemaman sudah bersama dengan Barisan Alternatif, yang jadi faktor penentu
dalam pilihanraya akan datang ialah pengundi berbangsa Cina. Kerana itulah agaknya,
Ayah Wan sanggup melakukan sapa saja untuk meraih sokongan kumpulan ini; dalam
pilihanraya lepas sebagai contohnya, di saat-saat akhir pengundi berbangsa Cina
beralih sokongan daripada S46 kepada BN selepas Ayah Wan 'menghadiahkan' mereka sebuah
kuil di Pekan Cukai!!
Kali ini pula, dua tiga minggu lepas, Ayah Wan disambut meriah oleh kumpulan
motosikal orang2 Cina, berarak di tengah pekan Kemaman, membawa beliau merasmikan
sebuah Pusat Judi di situ. Yang membuatkan sahabat ini tak puas hati, perarakan itu
dibuat selepas waktu maghrib belum pun masuk isyak. Menurut sahabat ini lagi, Ayah Wan
bukan takat merasmikan, tapi turut memberikan sumbangan ikhlas RM25,000. Wallah hua
aklam - dalam politik macam2 boleh jadi!!
<deleted>
Malam tadi, sehari selepas keputusan p/raya disiarkan, saya cuba menghubungi
sahabat-sahabat yang saya ceritakan di atas, ingin mendapat gambaran sebenar tentang
suasana politik Terengganu ketika dan selepas musim pilihanraya yang lalu.
Sahabat dari Kuala Berang menceritakan bahawa suasana di sana agak tenang kecuali hari
selepas keputusan p/raya dikeluarkan; dimaklumkan bahawa ramai penyokong PAS dan pihak
polis berkumpul 'mengepong' Wisma Darul-Iman atas sebab-sebab politik. Tak perlu kita
hurai panjang di sini, cukup sekadar saya katakan kalau saya jadi Wan Mokhtar, yang
tidak pernah terfikir akan kecundang sebegini dashyat, sudah tentu saya tak pernah
terfikir nak 'bawak lari' segala jenis dokumen rahsia yang tersimpan di Wisma
tersebut. Hari ini, keadaan sudah kembali tenang.
Menurut sahabat itu lagi, pada malam ketika keputusan p/raya diumumkan, beliau ada
singgah di sebuah kedai makan; ada sekitar 60 orang sedang makan-makan di kedai
tersebut; masing-masing dengan hal masing-masing tidak begitu memperdulikan mu-aku.
Tiba-tiba, apabila keluar keputusan p/raya, mereka semua menjerit hampir serentak tiap
kali calon PAS menang!
Kata beliau:
"Mungkin inilah dia kumpulan silent majoriti yang kerajaan dok kata tu!!"
Berkenaan dengan cerita undi hantu yang orang dok heboh-hebohkan tu, telah berlaku
satu kekecohan di sekitar kawasan Marang apabila ada sekitar 750 orang pengundi luar
(diberitakan dari Langkawi) cuba dibawa masuk untuk membuang undi. Mereka ini telah
ditahan, dan dikhabarkan ada yang kena pukul. Wallah hu aklam.
Kepada penyokong-penyokong BA, terutamanya penyokong PAS; diharap kita semua tidak
menunjukkan sikap riak dengan kemenangan ini, kerana menurut sahabat ini (yg saya rasa
masih UMNO di dalam dadanya); ramai orang2 UMNO turut memberi undi kepada calon PAS.
Saya tak begitu pasti apa puncanya; mungkin kerana isu Anwar, keceluparan Mahathir
menghina Nabi dan Ulamak atau pun macam Mat Sabu kata "5% atas sebab usaha kita, 95%
lagi atas bantuan Allah SWT".
Di Chukai, Kemaman pula, kawasan di mana Wan Mokhtar bertanding; telah berlaku sedikit
kekecohan di sekitar Chendor apabila 2 buah bas sarat dengan Bangladesh cuba masuk
untuk membuang undi. Jentera pilihanraya PAS nampaknya begitu bersedia untuk
berhadapan dengan penipuan seperti ini; mungkin kerana itu last minute, kira2 dua tiga
minit sebelum tempoh pengundian tamat, pihak musuh telah menghantar 5 orang 'komando'
mereka melompat/merempuh masuk pagar Sekolah Rendah Chukai untuk memasukkan kertas2
undi yang siap dipangkah ke dalam tong undi; nasib baik mereka ini berjaya ditangkap.
KALAU TIDAK, TENTU MAJORITI 436 YANG DIMENANGI KITA DI CHUKAI INI AKAN SEDIKIT
BERKURANG!!
Dalam perbualan dengan sahabat dari Kemaman ini; saya cuba menyelami apa sebenarnya
yang menyebabkan rakyat Kemaman khususnya rakyat DUN Chukai sanggup menolak Ayah Wan
sebegitu rupa. Tak banyak yang beliau mampu nyatkan, cuma beliau kata:
"Cukuplah tu, 25 tahun tu doh lama sangat doh!!"
Selama ini, rakyat Terengganu khususnya orang-orang Kemaman cuba menyampaikan mesej
ini kepada Ayah Wan, tapi tak pernah diambil peduli. Mungkin Ayah Wan ingat orang2
Kemaman buat lawak saja; tapi kali ini orang2 Kemaman terutamanya mereka2 yg terpaksa
pindah ke kawasan2 pedalaman untuk memberi laluan kepada pembangunan Bandar Kemaman
tak mau buat lawak lagi. Kali ini mereka serious, damn serious!!
Kesian Ayah Wan, malam keputusan p/raya diumumkan beliau menangis keluar air mata. Itu
kira okay lagi, Mat Nor Teja kroni no wahid Ayah Wan di Kemaman jatuh
terpesok�..pengsan!!!
Dan, sorang lagi kawan Ayah Wan, Ahmad Said yang bertanding di DUN Kijal menangis
apabila diumumkan beliau kalah dengan majoriti tipis 264. Bukan takat menangis,
diberitakan 2 kali beliau nak bertumbuk dengan orang!!
TAK KATA KAT DIA LERR, KALAU KITA PUN MUNGKIN NAIK BERPINAR!!
Berbalik kepada sahabat dari Chukai ini, apabila ditanya kepada beliau apa perasaan
beliau dengan kemenangan PAS ini, beliau berkata:
"Biasa saja, sini pun tak nampak apa-apa yang luar biasa. Tapi, selepas ini Pasar kat
Chukai ini boleh bebas buka waktu mana yang suka; tak macam sebelum ini, kalau nak
jual sayur atau apa2 cuma dari selepas subuh hingga pukul 8-9 pagi. Selepas tu, kalau
jual juga, nanti pihak bandaran datang rampas semua sayur2 tu dibuang dlm tong
sampah!!"
LA, RUPANYA ISU MAJLIS BANDARAN DAN PASAR SAYUR-IKAN INI JUGA BERTANGGUNGJAWAB
MENJATUHKAN WAN MOKHTAR!!
Selain dari itu, melalu perbualan saya dengan tiga orang anak Terengganu dari kawasan
berbeza; ada satu isu yang common atau yang sama di antara mereka, iaitu tak puas hati
dengan hasil minyak. Kata salah seorang dari mereka:
"Terengganu kaya dengan minyak, tapi hasilnya siapa dapat? korek minyak di Terengganu
tapi duit tu gi longgok buat Twin Tower, anak-anak Terengganu habuk pun tarak!!"
Kemudian mereka menceritakan kepada saya manifesto PAS untuk meminta 20% royalti yang
selama ini cuma diberi 5% saja.
Kata kawan dari Kemaman itu:
"Insyaallah lepas ni, semua anak-anak Terengganu akan dapat biasiswa dari duit minyak
tu!!"
Saya termenung seketika, terlintas dalam hati:
"Ish, untung sungguh jadi anak Terengganu, dapat biasiswa. Aku suami isteri,
pendapatan melebihi RM36,000 setahun, anak-anak aku nanti bukan takat tak dapat
biasiswa tapi kalau ikut kriteria pendapatan tahunan itu, depa semua tak layak dapat
Bantuan Pinjaman daripada Tabung Pendidikan Tinggi Negara!!"
Untung sungguh siapa-siapa yang dapat kahwin dengan orang Terengganu.....
Wassalam,
Pakdin
---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]