*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai warga hizbi sekelian.
Assalamualaikum saya ucapkan kepada umat islam sekelian mari kita sendiri
buat post mortem sekiranya ada salah dan khilaf SPR dalam mengendalikan
Pilihanraya yang lalu. Melalui rakan rakan saya dapat maklumat bahawa
jumlah Pengundi Parlimen Bagan Serai tidak selari dengan jumlah Pengundi 2
DUNnya iaitu DUN Alor Pongsu dan DUN Gunong Semanggol. Dari pemantauan
saya, saya dapati Pengundi Parlimen melebihi Pengundi di 2 DUN tersebut
sebanyak 4318 undi, saya kira ini adalah tidak munasabah atau mungkin satu
kesilapan yang disengajakan atau tidak disengajakan. Harapan saya agar
saudara2 dan saudari sekelian yang begitu perihatin agar membuat semakan di
tempat anda semua. Saya juga dimaklumkan bahawa hal ini telah dilaporkan
kepada pihak polis Bagan Serai oleh Ustaz Hj Ahmad Bin Awang bersama sama
dengan Ustaz Hj. Saberan Bin Asmawi.
Harapan saya agar SPR lebih prihatin dengan masalah ini dan jangan lah
ketelusan SPR itu dicabuli sewenang wenangnya. SPR mestilah mengambil
tindakan drastik terhadap pegawainya yang menyeleweng atau cuba menipu
dalam kes ini. Kepercayaan rakyat harus diutamakan.
Sekian terima kasih
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "afiqsaid" <[EMAIL PROTECTED]>