*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

Veteran UMNO  Tan Sri Mustafa Jabar mendakwa bahawa
pengundi Melayu kini telah beralih angin dan menolak
UMNO. Khalil Yaacob pula mendakwa bahawa pengundi di
Pahang terpengaruh dengan sentimen Kelantan dalam
pilihanraya kali ini. Najib yang cuma menang majoriti
240 itu  pula berkata bahawa UMNO perlu cermin diri
dan jangan menuding jari kepada pembangkang. Manakala 
Mahathir pula yang masih mendabik dada , bermegah akan
kemenangan 2/3 tanpa menilai  fakta sebenar tentang
majoriti undi yang telah jauh menurun berbanding
pilihanraya 1995. Dengan sombongnya dia berkata: " PAS
main taktik kotor..........". KU LI yang ditemuramah
TV3 dalam keadaan berkain pelikat juga memberikan
pendapat yang sama seperti Najib. " Bukan saya yang
lemah, UMNO yang masih lemah di Kelantan. Saya baru 4
bulan menerajui Badan Perhubungan UMNO
Kelantan..........", katanya malam itu.

Mungkinkah kenyatan yang bercanggah di kalangan mereka
ini merupakan bunga-bunga awal kepada perpecahan UMNO
menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti pada  tahun
2000 nanti? Apakah mungkin KU LI akan menentang
Mahathir sementara Najib pula akan menentang  Dolah
Badawi? Siapa pula yang bakal mengisi barisan "ulamak"
dalam UMNO selepas ini ? ( setelah rakyat menolak
kesemua lepasan Pusat Islam seperti Hamid Osman, Yusof
Nor dan Zainal Abidin).

Timbang-timbangkan...........

Wassalam





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke